ALOR SETAR: Jabatan Laut Malaysia (JLM) menubuhkan pasukan penyiasat bagi memastikan insiden feri terkandas di muara Jeti Kuala Kedah seperti yang berlaku baru-baru ini, tidak berulang.
Menurutnya, pasukan itu akan turut memantau pemeriksaan yang dilakukan organisasi diiktiraf ke atas keselamatan feri itu sebelum ia dibenarkan beroperasi semula.
JLM menerima laporan berkaitan insiden sebuah feri membawa 139 penumpang termasuk enam bayi, yang terkandas apabila kipasnya tersangkut pada tali sauh sebuah kapal korek.
Kejadian itu mengakibatkan enjin feri tersebut mati di kedudukan 0.78 batu nautika dari Terminal Feri Kuala Kedah, pada jam 4.16 petang semalam.
“Susulan itu, JLM bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengaktifkan Pelan Kontigensi Mass Maritime Rescue Operation (MMRO).
"Menerusi operasi itu, semua penumpang diselamatkan dan kemudian dibawa kembali ke Terminal Feri Penumpang Kuala Kedah pada 6.21 petang.
"Selain JLM dan Maritim Malaysia, operasi itu turut membabitkan nelayan, operator feri, bot tunda dan orang awam di sekitar Kuala Kedah," katanya dalam kenyataan hari ini.
BACA: Feri terkandas kerana elak tali sauh - Laporan siasatan
BACA: Feri Langkawi tersangkut: Suasana panik tercetus kerana suhu dalam feri panas - Mangsa
Semalam Astro AWANI melaporkan, feri yang membawa penumpang dari Kuala Kedah ke Langkawi itu terkandas di muara Kuala Kedah apabila kipasnya tersangkut pada tali sauh kapal.
Ini merupakan kejadian kedua membabitkan perkhidmatan tersebut selepas pada Ahad, feri yang membawa 547 penumpang dan kru dari Langkawi ke Kuala Kedah, terkandas di muara sama.
Menurut laporan, kejadian pada Ahad berlaku apabila kapten feri cuba mengelak tali sauh sebuah kapal yang ketika itu memasuki laluannya.
Adie Sufian Zulkefli
Sat Oct 29 2022
Semalam, sebuah feri yang membawa seramai 133 penumpang dari Kuala Kedah ke Langkawi terkandas di muara Kuala Kedah apabila kipasnya tersangkut pada tali sauh sebuah kapal korek. - Foto APMM
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
JLM tubuh pasukan penyiasat kenal pasti punca kejadian feri terkandas
Pasukan itu akan turut memantau pemeriksaan yang dilakukan ke atas keselamatan feri itu sebelum ia dibenarkan beroperasi semula.
Asal-usul COVID-19: AS, 13 negara lain bimbang penangguhan laporan WHO
Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus mengenai tindakan China merahsiakan data daripada pasukan penyiasat badan dunia itu.
Insiden Dayang Topaz: Jabatan Laut tubuh pasukan penyiasat
Jabatan Laut Malaysia (JLM) menubuhkan satu pasukan penyiasat bagi mengumpul bukti dan dokumen sokongan mengenai siasatan berkaitan insiden kapal MV Dayang Topaz di Perairan Miri pada 27 Okt lepas.
Polis rakam keterangan Raja Petra di United Kingdom
Keterangan Raja Petra diambil di United Kingdom pada Rabu lalu oleh pasukan penyiasat terdiri daripada tiga pegawai polis Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
DMDI gesa Myanmar benarkan pasukan penyiasat PBB siasat dakwaan penindasan
Myanmar sebagai sebuah negara yang telah lama menyertai ASEAN sepatutnya memahami prinsip demokrasi yang diamalkan oleh semua negara anggota kumpulan serantau itu.
Tiga tahun berlalu, MH370 kekal teka-teki
Tiada bukti mencukupi untuk menentukan sama ada pesawat tersebut pecah di udara atau semasa impak pada permukaan lautan.
MH370: Pencarian diteruskan hingga 2017, objek dasar laut akan diteliti
Setakat ini tiada objek yang boleh dikaitkan dengan MH370 telah ditemukan di luar pantai Australia Barat.
MH370: Pasukan pencari akui mungkin misi di kawasan salah selama ini
Pengarah Projek Fugro berkata, pesawat MH370 mungkin meluncur lebih jauh jika ia dikawal secara manual oleh juruterbang, walaupun ketika kehabisan bahan bakar.
Panel penyiasat rampas minit mesyuarat 1MDB, penyata bank - Peguam Negara
Pihak berkuasa merampas antara lain minit mesyuarat Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB), buku minit serta penyata bank dalam serbuan ke pejabat syarikat itu di sini pada Rabu.
Kenyataan interim MH370 bertaraf antarabangsa dan berintegriti - pakar
Kenyataan interim dan maklumat faktual mengenai penyiasatan penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 adalah bertaraf antarabangsa dan berintegriti.