ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor akan bekerjasama dengan Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) dan Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) bagi melahirkan imam muda yang bertauliah dalam kalangan graduan.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata langkah itu bagi mengatasi isu kekurangan imam, bilal dan noja seperti di kawasan kampung atau perumahan di Johor.
Beliau berkata kerjasama dilakukan memandangkan UTHM dan MARSAH masing-masing melahirkan imam muda dalam kalangan graduan pada setiap tahun.
"UTHM menerusi Program Eksekutif Imam Profesional saban tahun lahirkan 85 imam muda, manakala MARSAH pula menyediakan 500 imam muda setiap tahun menerusi Program Imam Muda Muslih.
"Mereka akan diberikan kursus bagi tauliah imam dan juga bilal, jadi pada setiap tahun Johor akan mengeluarkan imam muda yang bukan sahaja terlatih bahkan terpelajar," katanya kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri Johor di sini Isnin.
Beliau berkata antara faktor kekurangan imam di negeri itu adalah masalah kesihatan dan perpindahan.
Katanya berikutan itu Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) harus menampung kekurangan yang dihadapi dengan segera.
Sehubungan itu beliau berkata langkah awal turut diambil antaranya membenarkan warga tempatan menjalani kursus bagi menjadi imam dan bilal sementara di sesuatu kawasan di negeri ini.
Mohd Fared berkata setakat ini, Johor mempunyai 838 masjid dan 1,942 surau, manakala pegawai masjid seramai 4,463 orang yang terdiri daripada imam, bilal dan noja.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 27 2023
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid ketika sesi soal jawab pada Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar. - Foto BERNAMA
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jemaah Menteri setuju laksanakan penyasaran subsidi diesel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Kerajaan bakal jimat RM4 bilion setahun
Jelas Perdana Menteri, dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar 4 bilion ringgit setahun.
Satu langkah berani diambil kerajaan
Penasihat Penyelidikan Khazanah Research Institute, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram menyifatkan pelaksanaan penyasaran subsidi ke atas bahan api termasuk diesel disifatkan satu langkah berani diambil kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ejen insurans didakwa merompak, cederakan mangsa
Seorang ejen insurans didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini kerana merompak dan mencederakan seorang lelaki di Kepong, dua bulan lalu.
Tertuduh, Mohammad Hasbullah Mustafa Kamal, 33, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim, Hamidah Mohamed Deril.
Tertuduh, Mohammad Hasbullah Mustafa Kamal, 33, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim, Hamidah Mohamed Deril.
PM Anwar jamin tindakan tegas terhadap pelampau
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap gerombolan pelampau yang mahu mengeruhkan keadaan dalam negara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 21 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Johor kerjasama dengan UTHM, MARSAH lahir imam muda bertauliah
Langkah itu bagi mengatasi isu kekurangan imam, bilal dan noja seperti di kawasan kampung atau perumahan di Johor.
Janganlah dianggap teknologi sebagai pengganti guru
Guru bukanlah bandingannya dengan teknologi. Guru membentuk jiwa, memugar potensi anak bangsa untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah.
Pertembungan manusia-hidupan liar: Malaysia perlu keluar dari 'zaman penafian'
Malaysia perlu beralih dari 'zaman penafian' kepada 'zaman pemulihan' bagi menyelesaikan isu pertembungan secara langsung dan tidak langsung antara manusia dan hidupan liar.
Pendidikan alam semula jadi harapan pemulihan hidupan liar Malaysia
Hari Hidupan Liar Dunia ini diwujudkan adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap hidupan liar termasuk flora dan fauna.
Charms, UTHM jalin kerjasama penyelidikan
Kemunculan pelbagai barangan kosmetik di pasaran menambahkan lagi keinginan itu hingga terlupa untuk memeriksa terlebih dahulu kandungan dan kualiti produk tersebut.
UTHM di tangga ke-247 dalam Asia University Ranking 2022
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya meningkatkan kedudukannya ke tangga 247 dalam Asia University Ranking 2022 berbanding kedudukan berjulat 291-300 pada tahun sebelumnya.
Johor dapatkan kepakaran UTHM bantu atasi banjir termenung - MB
Menggunakan kepakaran yang dimiliki UTHM merupakan hasrat kerajaan negeri dalam menyelesaikan masalah fenomena alam itu.
Mempercepat vaksinasi melalui khidmat pengangkutan awam bergerak
Khidmat pengangkutan awam bergerak merupakan salah satu inisiatif dan langkah tepat untuk mempercepatkan pemberian vaksin.
UTHM-SWM Environment rintis usaha ubah sisa makanan bazar Ramadan jadi baja kompos
Projek perintis ini melibatkan empat tapak bazar Ramadan iaitu Pesta, Bindu, Taman Universiti dan Parit Raja, Batu Pahat.
Integriti, kualiti dan peperiksaan buka-buku
Pada tahun 1998, ketika tahun kedua pengajian Sarjana Muda masih saya ingat betapa terujanya kami apabila pensyarah kursus Sains Bahan Dr Sam Ramrattan, pensyarah menerusi program The Midwest Universi