KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang mencetak 160,000 kad pengenalan diri kanak-kanak bercip (MyKid) yang tertunggak sejak Oktober lepas dan akan diserahkan kepada pemohon secara berperingkat sebaik proses cetakan selesai.
Sehubungan itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata ibu bapa atau penjaga boleh menggunakan terlebih dahulu sijil kelahiran untuk sebarang urusan dengan pihak kerajaan mahupun swasta, sementara menunggu MyKid diperoleh.
"Ini kerana sijil kelahiran merupakan satu dokumen pengenalan diri yang sah dikeluarkan kerajaan dan agensi kerajaan serta swasta juga telah dimaklumkan untuk mengutamakan penggunaan sijil kelahiran sementara menunggu MyKid.
"Kementerian Dalam Negeri melalui JPN sentiasa komited untuk menyelesaikan isu tunggakan permohonan MyKid ini," katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Aziz Ariffin yang ingin mengetahui status terkini penangguhan pengeluaran MyKid ekoran masalah bekalan mikrocip dan inisiatif kerajaan bagi memastikan masalah itu dapat diselesaikan.
Shamsul Anuar turut memberi jaminan bahawa isu MyKid itu tidak akan berulang pada tahun hadapan memandangkan JPN ketika ini sedang melaksanakan proses perolehan bekalan sebanyak tiga juta kad pengenalan diri itu bagi menampung keperluan.
"JPN telah melaksanakan pelbagai usaha dan untuk makluman, kita sudah menyelesaikan 140,000 MyKid yang tertunggak bagi 2021 dan 2022... kita ada baki lebih kurang 15,000 MyKid masih belum dicetak dan dijangka selesai pada hujung bulan ini.
"Bagi 2023, perolehan bekalan MyKid dalam proses iaitu sebanyak tiga juta yang kita akan sediakan untuk tampung keperluan kerana dianggarkan berdasarkan kebiasaan, kadar kelahiran setahun antara 400,000 hingga 500,000 keperluan. Kita jangka selepas isu ini selesai, mulai 2024 masalah ini tidak akan timbul lagi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 13 2023
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah ketika Sidang Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
Kebanyakan kes kad pengenalan palsu dikesan apabila pemilik dewasa
Saifuddin Nasution mendedahkan kebanyakan kes penggunaan dokumen pengenalan diri palsu seperti kad pengenalan, dapat dikesan apabila pemegangnya mencapai usia dewasa.
Permohonan Halim Othman ikut prosedur
Myra Natasya Abdullah mendedahkan Halim telah meletakkan maklumat sebagai bapa di sijil kelahirannya tanpa pengetahuannya.
Demi langsai hutang, wanita menyamar jadi 'ibu' daftar kad pengenalan jiran
Seorang peniaga wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan memberikan maklumat palsu bagi mendaftarkan kad pengenalan dua lelaki yang juga jirannya tahun lepas.
Terpaksa tidur dalam lokap gara-gara tak bawa MyKad
Orang ramai dinasihatkan supaya membawa kad pengenalan diri ke mana sahaja destinasi yang hendak dituju.
Kewarganegaraan: KDN sudah buat keputusan 3,903 permohonan
Kementerian Dalam Negeri telah membuat keputusan terhadap 3,903 permohonan taraf kewarganegaraan membabitkan individu bawah 21 tahun setakat 7 Mac.
JPN terima hampir 60,000 permohonan gantian kad pengenalan baharu tahun ini
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menerima sebanyak 59,037 permohonan gantian kad pengenalan baharu tahun ini.
Badrul Hisham Ketua Pengarah JPN baharu berkuat kuasa hari ini
Pelantikan itu bagi menggantikan Zamri Misman yang bertukar ke BHEUU, Jabatan Perdana Menteri pada 2 Feb lepas.
Sistem PADU: Tiba-tiba semua jadi 'terpaling data’ - Rafizi
Jabatan kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mempunyai akta tersendiri dalam mengendalikan data awam.
JPN cetak 160,000 MyKid, serah kepada pemohon berperingkat - KDN
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang mencetak 160,000 kad pengenalan diri kanak-kanak bercip (MyKid) yang tertunggak sejak Oktober lepas.
Tiada ejen atau orang tengah untuk urusan JPN
Jabatan Pendaftaran Negara tidak mempunyai ejen atau orang tengah untuk mewakilinya bagi setiap urusniaga dan perkhidmatan.