KUALA LUMPUR: Kadar pengangguran belia di negara ini berada pada tahap 10.1 peratus pada suku pertama tahun ini berbanding 11.1 peratus pada tempoh sama tahun lalu.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Mustapha Sakmud berkata, kaji selidik Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) itu menunjukkan penurunan sebanyak satu peratus dalam tempoh suku berkenaan.
Beliau memaklumkan kepada Dewan Rakyat, kadar pengangguran yang tinggi dalam kalangan belia dilihat sebagai fenomena global yang dihadapi kebanyakan negara di seluruh dunia.
"Ia mengambil kira kumpulan umur ini berada dalam proses transisi daripada alam pengajian ke pasaran pekerjaan.
"Kerajaan secara berterusan merangka pelbagai inisiatif merentasi kementerian bagi membantu mengurangkan kadar pengangguran secara keseluruhan, termasuk dalam kalangan belia di bandar dan luar bandar.
"Untuk makluman, kadar pengangguran kita pada keseluruhan turut menurun pada suku keempat 2022 iaitu sebanyak 3.6 peratus dan suku pertama 2023 sebanyak 3.5 peratus.
"Perlis juga menunjukkan penurunan iaitu 2.2 peratus pada 2022, manakala suku pertama tahun ini, 2.1 peratus," katanya.
Mustapha berkata demikian menjawab pertanyaan Datuk Seri Shahidan Kasim (PN-Arau) mengenai usaha kerajaan menangani masalah pengangguran dalam kalangan belia kerana pekerjaan tidak setimpal dengan bidang pengajian, kekurangan bakat selain isu kualiti serta kuantiti pekerjaan.
Menjelaskan lebih lanjut, Mustapha berkata kementeriannya (KSM) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sedang mempergiatkan pelbagai program untuk penyertaan kerja termasuk dalam kalangan belia.
Melalui platform MYFutureJobs, katanya, lebih sejuta kekosongan jawatan ditawarkan.
Menjawab soalan tambah Shahidan, Mustapha mengakui pelaburan adalah penting bagi mengurangkan pengangguran dan berharap ia lebih merata ke seluruh negara terutama di Sabah dan Sarawak.
Hasimi Muhamad
Wed Jun 07 2023
Mustapha berkata, pelaburan adalah penting bagi mengurangkan pengangguran dan berharap ia lebih merata ke seluruh negara terutama di Sabah dan Sarawak. - Gambar fail
[TERKINI] ADUN Sungai Bakap meninggal dunia
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff meninggal dunia pada jam 1.38 petang di Hospital Seberang Jaya.
DoubleTree by Hilton Malaysia saji menu warisan 'Signature Across the State: A Makan Kitchen Showcase'
DoubleTree by Hilton serata Malaysia berbesar hati mengajak para tetamu untuk turut serta dalam pengembaraan masakan yang unik bersempena dengan kempen yang berlangsung bermula dari 1 hingga 30 Jun.
Nilai pasaran kredit komuniti negara cecah RM24.8 bilion - Nga
Nga Kor Ming berkata jumlah itu meliputi nilai pinjaman serta pajak gadai melibatkan Pemberi Pinjaman Wang (PPW) dan Pemegang Pajak Gadai (PPG).
ADUN Sungai Bakap meninggal dunia
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff disahkan meninggal dunia tengah hari tadi.
Ugut bunuh, tumbuk tunang, hos jualan didenda RM4,200
Tertuduh, Megat Amir Muhaimin Megat Azhar, 28, dari Puchong, Selangor membuat pengakuan berkenaan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kartini Kasran.
Ahmad Zahid lawat ibu pejabat Huawei di Shenzen
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Hamidi hari ini melawat ibu pejabat Huawei di sini.
Google Play Store kini benarkan penetapan harga jualan aplikasi sehingga RM4,800
Peningkatan ini membolehkan aplikasi dan kandungan yang lebih premium dan berkualiti tinggi ditawarkan, termasuk dengan ciri-ciri yang lebih menyeluruh.
Lawatan Anwar ke Jepun jana potensi pelaburan RM1.45 bilion, eksport RM550 juta
Lawatan rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama delegasi ke Tokyo berjaya meraih potensi pelaburan dan eksport masing-masing bernilai RM1.45 bilion dan RM550 juta daripada tujuh syarikat utama Jepun.
Semak arah kiblat kediaman masing-masing
Peristiwa Istiwa' A'zam bakal berlaku lagi pada 27 atau 28 Mei dan 15 atau 16 Julai ini.
Fatimah alami pendarahan tanpa henti selepas pembedahan, keluarga mohon doa
Pendarahan yang dialaminya berterusan hingga hari kelapan dan keadaan kanak-kanak itu juga dikatakan semakin lemah sejak dua hari lalu.
Akta Sewaan Kediaman perlu digubal segera bagi pelihara hak pemilik, penyewa
Pertubuhan Sewaan Kediaman Kebangsaan hari ini meminta kerajaan menggubal Akta Sewaan Kediaman dengan segera bagi memastikan hak pemilik kediaman dan penyewa sentiasa terpelihara di negara ini.
UNDP, Malaysia teruskan kerjasama pemantapan institusi legislatif, pembangunan bakat dan belia
Johari dan Xu terlibat dalam perbincangan yang membuahkan hasil positif dalam pelbagai bidang khususnya mengenai pemerkasaan Parlimen.
Enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu kosongkan kerusi - Nazri
Beliau menegaskan perkara itu merupakan asas utama akta tersebut dicadangkan dan dibentangkan di parlimen pada tahun 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 Mac 2024.
Dewan Rakyat ditangguh selepas 19 hari bersidang
Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 melabuhkan tirai hari ini selepas 19 hari bersidang bermula 26 Feb lepas.
Parlimen: 2.1 juta murid manfaatkan penggunaan DELIMa
Inisiatif itu mengandungi pelbagai perkhidmatan, aplikasi dan kandungan yang ditambah baik secara berterusan sesuai dengan perkembangan teknologi yang terkini.
Trend serangan siber meningkat - Gobind
Bagaimanapun katanya, terdapat perkembangan positif direkodkan pada 2023 apabila hanya 3,232 kes dilaporkan kepada NACSA.
Parlimen: Cadangan pindaan Akta Rukun Tetangga sedang dikemas kini - Saraswathy
Beliau berkata pindaan itu akan memberikan lebih fokus kepada inisiatif rukun tetangga yang sedang dilaksanakan pada masa ini.
Parlimen: Hasil kerajaan diunjur meningkat kepada RM312.2 bilion pada 2024
Hasil kerajaan Persekutuan pada tahun ini diunjurkan meningkat kepada RM312.2 bilion selepas mengambil kira langkah cukai Belanjawan 2024, disumbangkan kutipan hasil cukai yang lebih tinggi.
265 taska tempat kerja berdaftar dengan JKM tahun lepas
Sebanyak 265 taman asuhan kanak-kanak (Taska) di tempat kerja berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara sepanjang tahun lepas membabitkan agensi kerajaan dan swasta.