SHAH ALAM: Kadar zakat fitrah di Selangor bagi Ramadan tahun ini ditetapkan pada RM7, RM14 dan RM21 seorang mengikut jenis beras yang di makan.
Lembaga Zakat Selangor (LZS) dalam kenyataan hari ini memaklumkan penetapan itu berdasarkan harga beras mengikut gred dan jenis yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Islam di Selangor pada kadar timbangan satu gantang bersamaan 2.6 kilogram.
Menurut kenyataan itu kadar zakat fitrah RM7 ditetapkan untuk pengguna beras Super Special Tempatan lima peratus dan ia merupakan kadar wajib minimum sebagaimana diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.
"Kadar RM14 pula adalah bagi pengguna beras Super Import, beras perang, beras pulut, Herba Ponni dan beras wangi, manakala kadar RM21 untuk umat Islam yang memakan beras jenis basmati, beras Jepun, beras merah dan setaraf dengannya.
"Kadar zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan ini telah diperkenalkan oleh LZS sejak 2018 lagi," menurut kenyataan itu.
Menurut LZS bagi memudahkan umat Islam di negeri itu menunaikan bukan sahaja zakat fitrah pelbagai platform pembayaran telah disediakan seperti EZakatPay dengan melayari https://fpx.zakatselangor.com.my, perbankan Internet, portal MyEg dan Pos Online serta aplikasi e-dompet iaitu MAE, Tounch N Go, Selangkah, GoPayz dan Boost.
Kenyataan itu memaklumkan LZS turut melantik 2,778 penolong amil di seluruh Selangor bagi memudahkan orang Islam menunaikan zakat fitrah dan mereka dinasihatkan agar membayar zakat fitrah hanya kepada amil dilantik oleh lembaga itu yang dibekalkan kad tauliah serta sijil lantikan yang sah.
Menurut kenyataan itu LZS turut menyediakan 'Zakat On Wheels' di lokasi strategik seperti di masjid, bazar Ramadan, pasar tani, pasar raya dan sebagainya di sekitar negeri ini bagi memudahkan umat Islam yang memerlukan perkhidmatan lembaga itu.
"Semua 18 cawangan LZS di seluruh Selangor juga akan dibuka tujuh hari seminggu termasuk cuti umum sepanjang Ramadan bagi memudahkan masyarakat menunaikan zakat fitrah dan harta," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 08 2024
LZS memaklumkan penetapan itu berdasarkan harga beras mengikut gred dan jenis yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Islam di Selangor. - Gambar hiasan
AWANI Pagi: Pendidikan kanak-kanak Malaysia ketinggalan?
Ikuti perkongsian pandangan Pensyarah Kanan Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan UiTM, Dr Khadijah Said Hashim susulan laporan yang dikeluarkan Bank Dunia baru-baru ini.
AWANI Ringkas: 'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kebakaran kilang cat: JAS tempatkan dua alat ukur kualiti udara
Pengukuran tahap kualiti udara masih diteruskan secara berkala sehingga keadaan kembali seperti biasa.
KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
Kelas prasekolah akan diperluas di seluruh institusi pendidikan bawah KPM bagi memastikan isu keciciran murid dapat ditangani daripada awal.
Anwar minta seluruh negara Arab tegas dalam isu Palestin
Katanya, semua pihak juga perlu menyuarakan bantahan terhadap pencerobohan dan pendudukan haram Israel di tanah Palestin.
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
Wanita mengamuk kerana straw
Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap wanita itu yang juga berdepan tuduhan menghina secara peribadi.
KLK selesai bayar balik yuran susulan dakwaan ambil buruh secara tidak beretika
Ia susulan dakwaan terbaharu mengenai amalan pengambilan pekerja yang tidak beretika oleh sub-ejen SOS Manpower Service di Nepal.
AS sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Kebanyakan tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki Israel.
AWANI Pagi: Cabaran perjalanan wanita menuju Al-Haramain
Diskusi 7:30 pagi Selasa bersama Dr Azlinariah Abdullah, Editor/Penerbit Astro Awani & Petugas Media TH Musim 1445H/2024M dan Alisha Nur Mohd Noor, Petugas TH Musim 1445H/2024M berkongsi mengenai jangkaan cabaran perjalanan Muslimah menuju ke Tanah Suci semasa musim panggilan haji tahun ini.
Jangan tunggu saat akhir bayar zakat fitrah
Umat Islam diminta supaya tidak menunggu saat akhir untuk membayar zakat fitrah bagi membolehkan agihan dibuat lebih cepat kepada asnaf yang layak.
Kontrak kerajaan babit edaran beras, guna beras import mulai April
Sebarang kontrak kerajaan melibatkan pengedaran beras akan menggunakan beras putih import mulai April ini, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Kadar zakat fitrah di Perlis ditetapkan RM7 dan RM10
Bagi umat Islam yang menunaikan zakat fitrah dengan beras, kadar pengeluaran ialah satu gantang Nabawi seorang atau bersamaan 2.6 kilogram.
Zakat fitrah di Pahang kekal RM7
Kadar bayaran zakat fitrah di Pahang bagi tahun ini kekal RM7 seorang, kata Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Datuk Ahmad Hairi Hussain.
Kadar zakat fitrah di Perak ditetapkan RM8, RM16 dan RM24
Kadar RM8 itu ialah bagi yang menggunakan beras special tempatan (5 peratus hancur dan ke bawah) dan yang seumpama/setara.
Zakat fitrah Negeri Sembilan RM7, RM12.50, RM22
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menetapkan tiga kadar zakat fitrah iaitu RM7, RM12.50 dan RM22 pada tahun ini.
Kadar zakat fitrah di Johor bermula RM7 hingga RM20
Majlis Agama Islam Johor (MAINJ) menetapkan tiga kadar zakat fitrah tahun ini, iaitu RM7, RM12 dan RM20.
ZPP kumpul RM159.7 juta kutipan zakat pada 2023
Zakat Pulau Pinang (ZPP) mencatatkan prestasi kutipan memberangsangkan tahun lepas apabila mengumpul RM159.7 juta, merangkumi RM152.86 juta zakat harta dan RM6.84 juta zakat fitrah.
Zakat Melaka sasar kutipan zakat fitrah RM5.8 juta tahun ini
Jumlah pembayar zakat fitrah pada tahun lepas meningkat kepada 673,673 orang berbanding 661,703 orang pada 2021.
Kadar zakat fitrah yang wajib dibayar tahun ini
Kadar zakat fitrah adalah berdasarkan ketentuan oleh pihak berkuasa agama negeri-negeri.