BANGI: Komuniti orang kurang upaya (OKU) penglihatan berpeluang mempelajari bahasa Inggeris dengan ejaan tepat berserta sebutan yang betul, apabila kamus dwibahasa dalam tulisan Braille yang kini di dalam proses prototaip, siap sepenuhnya.
Ketua Program Pendidikan Khas, Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Mohd Norazmi Nordin berkata penghasilan kamus Braille dwibahasa yang pertama di negara itu, bukan sahaja akan memberi manfaat kepada golongan tersebut, tetapi juga guru-guru yang mengajar murid OKU penglihatan, khususnya dalam bahasa Inggeris.
"Sebelum ini, rujukan yang ada hanyalah daftar kata...namun kamus Braille bahasa Melayu-bahasa Inggeris dan bahasa Inggeris-bahasa Melayu yang sedang diusahakan ini, merupakan kamus lengkap daripada huruf A hingga Z, serta beserta huraian jelas seperti mana kamus yang lain," katanya kepada Bernama.
Beliau yang juga pensyarah pendidikan khas (Masalah Penglihatan) ditemui selepas Majlis Menandatangani Surat Hasrat Kerjasama antara Fakulti Pendidikan UKM dan Muslim Care Malaysia, di sini, baru-baru ini.
Selain Muslim Care Malaysia, kamus dwibahasa tulisan Braille itu turut mendapat kerjasama Yayasan Orang Buta Malaysia, City University Malaysia serta disokong Dewan Bahasa dan Pustaka, Institut Terjemahan dan Buku Malaysia dan Perpustakaan Negara Malaysia.
Menggunakan Kamus Dwibahasa Oxford Fajar sebagai rujukan utama, Mohd Norazmi berkata pihaknya akan menjemput pakar berkaitan bagi pemilihan dan penapisan perkataan, selain bantuan sukarelawan untuk memasukkan perkataan-perkataan yang dipilih ke dalam kamus tersebut.
Beliau yang berpengalaman lebih 13 tahun dalam bidang pendidikan khas berkata prototaip pertama dijangka siap dalam tempoh enam bulan sehingga setahun, dan memerlukan dana sehingga RM130,000 bagi menyiapkan 20 jilid kamus Braille.
Mohd Norazmi berkata kamus tersebut, menelan belanja lebih besar berbanding kamus biasa kerana memerlukan jumlah muka surat yang lebih banyak, selain kepakaran daripada golongan terbabit.
"Jika kamus biasa hanya dalam 500 muka surat, namun bagi kamus Braille ini akan mengandungi 1,500 sehingga 1,700 muka surat berikutan sel tulisan Braille yang akan memakan ruang.
"Kita juga perlu menggunakan khidmat kepakaran daripada komuniti OKU penglihatan, agar kamus itu dihasilkan mengikut codding yang betul dan tepat, serta mematuhi standard yang ditetapkan," kata bekas guru Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Peel ini.
Mohd Norazmi berkata berbanding bahan audio, bahan bacaan Braille dapat memberi ruang pembelajaran bahasa yang lebih baik berkaitan ejaan, struktur ayat, susunan frasa dan pembinaan ayat.
"Kalau tertinggal satu tanda baca mungkin akan jadi maksud lain, begitu juga penggunaan huruf kecil dan huruf besar. Jadi, untuk belajar ejaan dengan betul, kita tetap kena sentuh.
"Lagipun, sistem tulisan Braille merupakan pembelajaran tradisional OKU penglihatan jika mengikut kajian yang dilakukan, kekuatan mereka menerusi sentuhan melebihi pendengaran agar mereka lebih cepat ingat," katanya.
Beliau berharap penghasilan kamus dwibahasa itu dapat membantu murid OKU penglihatan di sekolah pendidikan khas belajar bahasa terutama bahasa Inggeris dengan lebih baik, sehingga mampu bersaing di peringkat global suatu hari nanti.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 03 2024
Mohd Norazmi berkata, jika kamus biasa hanya sekitar 500 muka surat, kamus Braille akan mengandungi 1,500 sehingga 1,700 muka surat berikutan sel tulisan Braille yang akan memakan ruang. - Foto UKM
Penduduk Malaysia cecah 34 juta - DOSM
Penduduk Malaysia pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) dianggarkan berjumlah 34 juta, meningkat 2.3 peratus berbanding suku tahun pertama 2023 (ST1 2023).
AWANI Ringkas: Saman Lim Kit Siang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Universiti seluruh dunia jadi hab sokong perjuangan Palestin
Universiti menjadi hab mega aktivisme bagi pelajar mengangkat perjuangan Palestin dan membantah pembunuhan yang sedang dilakukan oleh Israel dengan sokongan sekutunya, Amerika Syarikat.
Ippo Hafiz gagal hadirkan diri kes tuntutan cerai, hak jagaan anak
-Saya dah failkan kes ini pada Februari, harapnya dia datang lah bagi sebutan kes minggu hadapan supaya boleh selesaikan dengan cara yang baik.
Piala Asia: Kazakhstan calar rekod bersih Malaysia
Skuad hoki dalam dewan wanita alami kekalahan pertama di tangan Kazakhstan, 1-5, pada saingan ketiga Kumpulan A.
Pusat Arkeologi Guar Kepah 98 peratus siap, akan dibuka akhir tahun ini
Pembukaan pada akhir tahun itu setelah mengambil kira fasa pemindahan rangka dan artifak Guar Kepah.
MBPP, MBSP diarah periksa pokok tua
Arahan juga dikeluarkan untuk kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menjalankan pemeriksaan pokok secara berkala.
Singapura sedia mengalu-alukan PM baharu pada Rabu
Lawrence Wong, 51, akan menggantikan Lee Hsien Loong, 72, yang telah berkhidmat sebagai perdana menteri sejak tahun 2004.
Agong terima menghadap Panglima Tentera Udara, Laut
Sultan Ibrahim turut berkenan mengajukan pelbagai soalan serta pandangan mengenai perkara-perkara berkaitan TUDM dan TLDM.
Akaun Fleksibel: Memahami impak, jangkaan selepas pengeluaran
Pengenalan akaun 3 oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menawarkan kelonggaran kepada pencarum untuk mengeluarkan sebahagian daripada tabungan dalam kadar tertentu bagi tujuan perbelanjaan kecemasan atau saat-saat diperlukan.
Kamus Braille dwibahasa, bantu OKU penglihatan pelajari bahasa
Kamus Braille dwibahasa yang pertama di negara itu, bakal memberi manfaat kepada golongan OKU penglihatan dan guru-guru yang mengajarnya.
Penjawat awam Sarawak bebas guna bahasa Inggeris dalam urusan rasmi
Pendirian ini adalah mengikut Perlembagaan Sarawak yang mana kedua-dua bahasa boleh digunakan dalam urusan rasmi.
Tok Pa lancar kelas tuisyen bahasa Inggeris untuk anak-anak Jeli
Sebagai permulaan, seramai 180 orang pelajar sekolah rendah membabitkan 21 buah sekolah dari Tanah Merah dan Jeli akan mengikuti kelas tambahan bermula esok.
Memahami proses pemilihan pinjaman bahasa - DBP
Terdapat sebuah jawatankuasa di DBP yang bertanggungjawab dalam mencari setiap istilah atau perkataan baharu dalam bahasa Melayu.
Keperibadian Tan Sri Arshad jadikan Melayu sedia kuasai bahasa Inggeris - Sultan Perak
Titah baginda, ia termasuk kaedah pengajaran yang dapat memberikan nilai tambah dan membantu penguasaan ilmu.
Empat tahun tewas akibat gugup, Mohd Arfaizal akhirnya muncul juara pidato
Pegawai di Jabatan Operasi Kredit Bank Muamalat Malaysia Bhd itu mengakui musuh utamanya sepanjang penyertaan dalam pidato adalah gugup pentas.
NUTP tidak setuju guru Bahasa Inggeris duduki MUET
Sehubungan itu pihaknya merayu campur tangan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dan memperbetulkan keadaan yang disifatkan semakin menekan dan membebankan guru-guru Bahasa Inggeris dalam negara.
Pelaksanaan 'PPSMI baharu' dikhuatiri wujudkan dualisme pemikiran
Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Datuk Dr. Mohd Ali Hassan khuatir akan wujud dua kelompok yang berbeza daya fikir mengikut bahasa.
Pelanggaran Bahasa Melayu: Draf pindaan Akta Bahasa Kebangsaan beri kuasa DBP bertindak
Tujuan pindaan akta tersebut ialah kerana terdapat banyak pelanggaran terhadap Akta berkenaan dan Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan.
Kerajaan ambil jalan tengah dalam isu pengajaran Sains, Matematik di sekolah - Dr Mahathir
Katanya pendekatan jalan tengah itu diambil kerana ada rakyat Malaysia menyokong penggunaan bahasa Inggeris bagi pengajaran mata pelajaran itu manakala ada pula menentangnya.