KOTA BHARU: Seorang kanak-kanak lelaki warga Thailand ditemukan lemas di Sungai Golok di sempadan Malaysia-Thailand, malam tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kelantan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.18 petang memaklumkan mangsa yang beralamat di Kampung Ibrahim Pencen, Rantau Panjang telah hilang di sungai itu.
Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa diketuai Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan Azmi Jaafar yang turut dibantu pihak polis Thailand dan orang kampung di sempadan negara itu.
“Pihak skuba Thailand telah hadir ke lokasi pada 6.45 petang itu dan melakukan selaman SAR, selain dibantu pasukan Pasukan Penyelamat di Air Pengkalan Kubor, di sini, sebelum mangsa dijumpai pada 10.38 malam tadi oleh pihak skuba Thailand di sebelah sempadan negara itu.
“Kanak-kanak berusia 11 tahun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Thailand dan komander operasi telah menyerahkannya kepada pihak polis Thailand,” katanya dalam kenyataan tengah malam tadi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 02 2024
Pihak skuba Thailand melakukan selaman SAR, dibantu pasukan Pasukan Penyelamat di Air Pengkalan Kubor, sebelum mangsa dijumpai pada 10.38 malam tadi. - Gambar hiasan
Asrama pelajar UniMAP terbakar dapat perhatian Perdana Menteri
Pengetua kompleks berkenaan Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim berkata pihaknya amat berbesar hati atas keprihatinan Anwar.
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.
Sarawak perlukan 17,500 hektar kawasan baharu sawah padi
Kementerian telah mengenal pasti kawasan baharu iaitu di Sri Aman, Kapit, Mukah dan Limbang bagi tujuan berkenaan.
ART bertingkat di JB miliki 32 stesen - Exco
Projek sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat yang dicadang dibangunkan di Johor Bahru akan mempunyai 32 stesen dengan jarak lebih 50 kilometer (km).
Insiden letupan: Sungai Golok 'dikawal' kereta perisai, dron
Rondaan kereta perisai dan penggunaan dron menjadi usaha terkini Briged Tenggara bagi memastikan kawalan sempadan Malaysia-Thailand di sepanjang Sungai Golok di sini berada pada tahap terbaik.
Letupan bom Sungai Golok: PDRM tingkat kawalan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand
PDRM mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom dan bunyi tembakan di Sungai Golok.
Kanak-kanak lelaki warga Thailand ditemukan lemas di Sungai Golok
Bomba menerima panggilan kecemasan memaklumkan mangsa yang beralamat di Kampung Ibrahim Pencen, Rantau Panjang telah hilang di sungai itu.
Sungai Golok kering, jalan kaki sahaja ke Thailand
Tinjauan mendapati paras air sungai itu mulai kering sejak dua minggu lalu akibat kemarau sekali gus menyaksikan beting pasir mulai timbul.
Perlumbaan perahu kolek di Sungai Golok, erat hubungan Malaysia -Thailand
Cuaca panas kesan fenomena El Nino tidak menghalang lebih 2,000 penduduk yang tinggal berhampiran sempadan Malaysia-Thailand datang menyaksikan perlumbaan perahu kolek yang diadakan di Sungai Golok.
Sungai Golok melimpah, penduduk mula pindahkan barangan
Lebih 3,000 penduduk daripada 10 kampung di sekitar jajahan Tumpat mula membuat persiapan awal termasuk memindahkan barang ke tempat tinggi berikutan limpahan air Sungai Golok sejak semalam.
Mangsa banjir di Kelantan dan Pahang makin meningkat
Banjir di Kelantan dan Pahang semakin buruk apabila masing-masing mencatatkan mangsa seramai 6,851 orang dan 523 orang pada Isnin.
Penduduk berhampiran Sungai Golok di Pasir Mas perlu waspada banjir
Penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Golok perlu sentiasa berwaspada dengan situasi banjir dan segera berpindah susulan peningkatan paras air sungai terbabit yang melebihi paras bahaya.
Projek jambatan darat Thailand akan beri manfaat kepada Malaysia - PM Anwar
Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin telah memberi komitmen bahawa Malaysia akan turut dilibatkan dalam pelaksanaan projek itu.
Pelantikan kontraktok PLSB Sungai Golok Fasa 2, 3 dibuat November - Nik Nazmi
Pelantikan kontraktor untuk projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok Fasa 2 dan 3 dijangka dapat dibuat pada November ini.