Kapal layar mewah Equanimity akan dijual kepada Genting Malaysia Bhd, atau syarikat ‘special purpose vehicle’ (SPV) milik Genting, pada harga USD126 juta (RM514 juta).
Peguam Negara Tommy Thomas berkata, penjualan kapal itu dibuat selepas Mahkamah Admiralti Kuala Lumpur hari ini memberi kelulusan untuk menerima tawaran membeli Equanimity daripada Genting atas Terma-terma dan Syarat-syarat Syerif.
Equanimity disita oleh Jabatan Peguam Negara daripada ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho, atau Jho Low, tahun lepas, didakwa mempunyai kaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
BACA: Equanimity: Jho Low perlu bertanggungjawab jika...
Tommy berkata, harga jualan USD126 juta akan dibayar oleh Genting Malaysia Bhd dan diterima oleh mahkamah pada penghujung April 2019.
“Ini bakal menjadi jumlah pemulihan daripada skandal 1MDB yang tertinggi setakat ini untuk Kerajaan Malaysia; dalam jangka masa cuma lapan bulan dari tarikh tindakan ini dimulakan.
“Jumlah USD126 juta ini ialah tawaran terbaik yang diterima dalam tempoh lima bulan semenjak Oktober 2018, apabila Equanimity mula-mula sekali diumumkan untuk jualan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
BACA: Equanimity dihantar ke Langkawi hanya untuk pelihara keadaannya
Tommy berkata banyak tawaran yang telah diterima dalam tempoh tersebut, namun Genting telah menawarkan harga tertinggi dan menerima kelulusan daripada mahkamah.
Jelasnya, tiada komisyen ejen yang perlu dibayar dan ia telah membawa kepada penjimatan sebanyak USD4.4 juta (RM17 juta).
“Kesannya, meskipun nilaian harga pasaran Equanimity oleh Winterbotham sebanyak USD130 juta tidak dicapai, namun pulangan bersih kepada Kerajaan Malaysia ialah yang sebaiknya, kalaupun tidak lebih baik daripada yang dijangkakan.
Beliau juga menyifatkan jualan kehakiman pada nilai USD126 juta itu sebagai "bersejarah" dari mana-mana segi pun.
"Jumlah ini merekodkan tanda aras yang tinggi bagi sistem kehakiman kita dalam hal memastikan nilai pasaran diperoleh daripada kapal yang dijual melalui proses mahkamah, tanpa sebarang diskaun,” tambahnya.
BACA: Bidaan Equanimity ditutup hari ini, dan pemenangnya...
Tommy berkata, harga jualan sebanyak USD126 juta yang berjaya dicapai merupakan hasil daripada kepakaran dan kemahiran Kumpulan Perundangan yang mewakili Kerajaan Malaysia.
Katanya, Kumpulan Perundangan ini telah bertindak melangkaui tuntutan tugas mereka dengan bergerak untuk bertemu pembeli berpotensi di Hong Kong dan London, dan menanggung sendiri kos-kos perjalanan.
“Usaha mereka dilengkapi dengan kerjasama daripada Syerif Mahkamah yang tangkas dan mantap serta profesionalisme dan kesediaan Hakim Admiralti untuk bertindak dalam keadaan-keadaan yang amat luar biasa,” katanya.
BACA: Mewahnya bahagian dalaman Equanimity
Dalam pada itu, Tommy berkata kerajaan turut melahirkan ucapan terima kasih kepada Tentera Laut Diraja Malaysia kerana memberi ruang untuk Equanimity berlabuh selama lebih lima bulan tanpa menggenakan sebarang caj.
Sejak Ogos tahun lalu, kerajaan membelanjakan kira-kira RM14.22 juta kos penyelenggaraan kapal Equanimity.
Astro Awani
Wed Apr 03 2019

Harga jualan Equanimity sebanyak USD126 juta yang berjaya dicapai merupakan hasil daripada kepakaran dan kemahiran Kumpulan Perundangan yang mewakili Kerajaan Malaysia. - Gambar fail

Polis tahan lelaki khianat cabut batu nisan
Polis menahan seorang gelandangan lelaki hari ini yang disyaki terlibat dalam kes khianat mencabut beberapa batu nisan di Sibu.

Kenal pasti 'hot spot', bomba siap siaga hadapi musim kemarau - KP
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah siap siaga dari segi aset dan anggotanya bagi menghadapi musim kemarau yang lazimnya berlaku antara bulan Mei hingga September.

Polis tahan empat lelaki bantu siasatan kes pukul bapa, anak
Polis menahan empat lelaki hari ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang lelaki dan bapanya cedera dipukul sekumpulan suspek di Kampung Pondok Upeh, di sini semalam.

AWANI Ringkas: Skandal LCS: Bekas pengarah urusan bakal didakwa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

RS-1 bantu merangsangkan peningkatan ekonomi
Rancangan Selangor Pertama (RS-1) yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor baru-baru ini ialah rancangan pertama dalam sejarah negeri tersebut.

Kertas Putih Kesihatan kritikal, titik mula pembaharuan sistem kesihatan di Malaysia
Kertas Putih Kesihatan adalah kritikal dan akan menjadi titik permulaan bagi perjalanan ke arah pembaharuan sistem kesihatan Malaysia, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
![AWANI 7:45 [15/08/2022] – Permohonan tangguh kes SRC | Kes LCS ke mahkamah | Data pergerakan harga ayam AWANI 7:45 [15/08/2022] – Permohonan tangguh kes SRC | Kes LCS ke mahkamah | Data pergerakan harga ayam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1982775/thumbnails/3548345001660570194504_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [15/08/2022] – Permohonan tangguh kes SRC | Kes LCS ke mahkamah | Data pergerakan harga ayam
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqman Hariz Tumpuan #AWANI745 malam ini: Bukti baharu Najib, hanya lengahkan perbicaraan, tegas Timbalan Pendakwa Raya Polemik LCS, bekas pengarah urusan didakwa esok Penetapan harga siling ayam sedang diteliti #AWANInews #RasuahBusters

Tahap pendapatan perlu ditingkatkan - Pakar Ekonomi
Tahap pendapatan secara menyeluruh yang rendah menjadi masalah utama untuk mereka yang sudah pencen untuk hidup dalam keadaan yang selesa.

Sejarah tercipta, Malaysia juara Kejohanan Hoki Dalam Dewan Piala Asia 2022
MALAYSIA mengakhiri penguasaan Iran di Kejohanan Hoki Dalam Dewan Piala Asia apabila menundukkan juara bertahan tersebut dalam perlawanan akhir edisi 2022 di Bangkok pada Isnin.

JIM Selangor perkenal Kiosk MyOnline Pasport
Kiosk itu bertujuan memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang ingin mendapatkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) dengan lebih mudah dan cepat.

Kes 1MDB: Bukit Aman siasat Apandi Ali
Polis sedang menyiasat bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkaitan dakwaan salah guna kuasa dalam siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Skandal 1MDB: Permohonan pendakwaan gantung pelaksanaan perintah pemulangan harta ditolak
Mahkamah Tinggi menolak permohonan pihak pendakwaan bagi menggantung pelaksanaan perintah pemulangan harta yang disita daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, ister

SRC International: Dakwaan Najib terhadap Nazlan perbuatan terdesak - Pendakwaan
Pihak pendakwaan mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan percubaan yang terdesak untuk membatalkan keseluruhan perbicaraan penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd.

Jabatan Peguam Negara sahkan tolak tawaran penyelesaian Jho Low
Jabatan Peguam Negara mengesahkan kerajaan menolak tawaran penyelesaian ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali dengan Jho Low.

Permohonan Irwan Serigar, Arul Kanda batal saman 1MDB tuntut AS$6.59 bilion didengar 19 Okt
Permohonan untuk membatalkan saman itu difailkan Arul Kanda bulan lepas manakala Mohd Irwan memfailkan permohonan pada 18 Feb.

Najib mahu jawab afidavit pendakwaan, mahkamah tetap 29 Julai pengurusan kes
Datuk Seri Najib Tun Razak akan menjawab afidavit pendakwaan yang membantah permohonannya untuk mengemukakan bukti tambahan dalam kesnya yang melibatkan dana SRC International Sdn Bhd.

Laporan asal audit dibentang kepada PAC jika tiada mesyuarat pada 24 Feb - Arul Kanda
Arul Kanda berkata Najib telah memberikan beberapa alasan kenapa beliau perlu menghadiri mesyuarat itu.

CEO beritahu 1MDB hanya berurusan dengan Najib - Saksi
Bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa 1MDB hanya berurusan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai operasi dan hal ehwal syarikat.

Mahkamah tangguh kes Roger Ng, sementara tunggu hukuman di AS 13 Sept
Kes bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa berhubung penjualan nota sekuriti dan bon bernilai US$6.5 bilion milik anak syarikat 1MDB di Mahkamah Tinggi di Mahkamah Tinggi di sini.

Tiada halangan untuk pindah wang 1MDB ke PetroSaudi - Saksi
Akaun tersebut didakwa dimiliki oleh PSI, melalui surat yang ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi.