JOHOR BAHRU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor merampas rokok putih bernilai RM10 juta, dipercayai diseludup dari China selepas menyita sebuah kontena di Bay Pemeriksaan Kastam Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Gelang Patah di Iskandar Puteri, 22 Sept lepas.
Pengarah JKDM Johor Sazali Mohamad berkata kontena itu disita anggota Bahagian Penguatkuasaan Gelang Patah pada 11.20 pagi, selepas pemeriksaan secara imbasan dilakukan terhadap kontena itu menunjukkan imej meragukan dan tidak sama seperti yang diikrarkan di dalam manifest (senarai kargo).
Beliau berkata kontena itu diikrar di dalam manifest membawa pelbagai jenis barangan antaranya aksesori komputer, peralatan bakeri dan pemanggang barbeku elektrik.
"Berdasarkan hasil pemeriksaan, kita menemui 9.18 juta batang rokok putih tidak bercukai dan diimport dari luar negara dipercayai dari China dan destinasi terakhir yang diikrar dalam manifest adalah di Pelabuhan Kota Kinabalu, Sabah sebelum transit di PTP," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Menurut beliau rokok berkenaan bernilai RM3.67 juta, dengan keseluruhan jumlah termasuk cukai adalah sebanyak RM10 juta.
Sazali berkata modus operandi sindiket itu adalah dengan membuat pengikraran tidak benar di dalam manifest dan menjadikan PTP sebagai lokasi pemunggahan, sebelum dihantar ke lokasi lain untuk mengaburi mata pihak berkuasa.
Kes disiasat mengikut Peraturan 18 Peraturan-Peraturan Zon Bebas (Pindaan) 2019 dan Seksyen 135 (1) (a) Akta Kastam 1967.
Sementara itu, beliau berkata anggota Bahagian Penguatkuasaan Sungai Pulai mematahkan cubaan penyeludupan 69 buah tayar bernilai RM41,400, susulan penahanan dua lelaki tempatan di Taman Cemerlang Lancar di Senai pada 11 malam, Isnin lepas.
Katanya individu berusia 36 dan 41 tahun yang masing-masing memandu Toyota Alphard, pada awalnya diekori pasukan penguatkuasa daripada pintu masuk sempadan negara di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah.
"Hasil pemeriksaan mendapati dua kereta itu membawa 69 buah tayar baharu pelbagai jenama dan saiz dipercayai tidak bercukai yang diimport dari luar negara," katanya sambil menambah dua individu itu ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967.
Sazali pada masa sama berkata pihaknya turut merampas pelbagai barangan lain tidak diikrarkan, termasuk 2,335 keping 'laminate sheet' yang dianggarkan bernilai RM89,000 selepas menyita sebuah lori lapan tan di tepi jalan Austin Perdana, di bandar raya ini pada 12 Sept lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 02 2022
Semua rokok berkenaan bernilai RM3.67 juta, dengan keseluruhan jumlah termasuk cukai adalah sebanyak RM10 juta. - Gambar/ Sinar Harian
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Mayat pekerja kapal jatuh laut ditemui
Mayat lelaki warganegara Bangladesh, Miah Md Ujjal, 35, ditemukan oleh kakitangan PTP pada jam 6.32 petang.
Kru kapal dikhuatiri lemas selepas jatuh laut
Seorang kru kapal warga Bangladesh dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah, semalam.
Maersk nyatakan hasrat melabur di Pelabuhan Tanjung Pelepas - MB Johor
Kerajaan negeri yakin pelaburan Maersk di PTP mampu menarik lebih ramai pelabur dan memangkin ekonomi Johor ke tahap lebih cemerlang.
Kastam Johor rampas rokok seludup RM10 juta di Pelabuhan Tanjung Pelepas
JKDM Johor merampas rokok putih bernilai RM10 juta, dipercayai diseludup dari China di Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Axis-REIT buat pembelian terbesar dengan pengambilalihan gudang PTP pada harga RM390 juta
Sebaik selesai, dijangka pertengahan 2022, hartanah itu akan dipajak semula kepada EPSB untuk tempoh tetap 10 tahun.
Pelabuhan Klang, PTP catat pencapaian terbaik pada 2021 - Wee
Bagi Pelabuhan Klang, prestasi itu merupakan pencapaian terbaik sepanjang tempoh penubuhannya, meskipun terkesan akibat banjir besar yang melanda beberapa negeri termasuk Selangor pada akhir 2021.
Pelabuhan Tanjung Pelepas rekod pencapaian baharu, satu daripada 15 pelabuhan tersibuk dunia
Rekod kendalian itu dicapai ketika proses kendalian kontena di kapal Maersk Amazon, kira-kira jam 10 pagi, 25 Disember 2021.
Polis, kastam pintas penghantaran dadah RM14.33 juta di Pelabuhan Tanjung Pelepas
Polis merampas dadah bernilai kira-kira RM14.33 juta di dalam sebuah kontena di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Iskandar Puteri pada Sabtu.
Tiga warga asing ditahan beri rasuah kepada anggota polis
Tiga lelaki warganegara India ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Johor atas kesalahan memberi wang rasuah kepada anggota polis.
Malaysia perlukan lebih banyak pemandu trak 'prime mover'
Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) memerlukan antara 800 hingga 1,000 trak prime mover.