NILAI: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 807.9 kilogram dadah berbahaya jenis fentanyl bernilai RM44.4 juta di Kompleks Kargo Udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, pada 9 Dis lepas.
Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Datuk Sazali Mohamad berkata dalam serbuan kira-kira 12.30 tengah malam itu, pihaknya menyita 36 kotak berisi 72 botol aluminium yang mengandungi bahan cecair dadah itu.
"Ini merupakan kes pertama JKDM merampas dadah jenis ini yang 100 kali lebih berbahaya daripada morfin dan 20 ke 40 kali lebih kuat daripada heroin.
"Sekiranya ia dicampur dengan dadah jenis xylazine akan menyebabkan manusia boleh jadi macam zombie... ia sangat berbahaya sekiranya berleluasa dalam negara, bagaimanapun ia bukan untuk pasaran Malaysia," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata siasatan awal mendapati dagangan itu dihantar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Mumbai, India dan transit di Kompleks Kargo KLIA sebelum dihantar ke Dubai menggunakan laluan udara.
Sazali berkata modus operandi sindiket adalah membuat pengikraran palsu iaitu mengisytiharkan barangan tersebut sebagai sebatian pewangi.
Berdasarkan jumlah berat, katanya rampasan itu berjaya mencegah ia disalah guna oleh kira-kira empat juta penagih dadah.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 39(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan siasatan masih dijalankan untuk mengesan individu terlibat.
Dalam pada itu, Sazali berkata untuk tempoh Januari hingga November tahun ini, JKDM berjaya menumpaskan 398 kes dadah antaranya melibatkan heroin, ketamin, kanabis dan methamphetamine berjumlah RM294.37 juta.
Beliau menyeru orang awam agar memberikan kerjasama dan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dadah dan barangan lain seperti rokok, minuman keras dan mercun dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau pejabat kastam terdekat, selain memberi jaminan bahawa identiti mereka dirahsiakan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 18 2023
Sazali pada sidang media hari ini menunjukkan botol aluminium mengandungi dadah jenis fentanyl bernilai RM44.4 juta yang dirampas di Kompleks Kargo Udara KLIA, Sepang, Selangor pada 9 Dis lepas. - Foto BERNAMA
Mahkamah Persekutuan ganti hukuman mati pendandan rambut lelaki dengan penjara 40 tahun
Dalam penghakimannya, Tengku Maimun berkata hukuman mati Teh diketepikan dan diganti dengan hukuman penjara yang bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 15 Sept 2008.
Kerajaan negeri cadang skim khas untuk kakitangan awam kesihatan Johor Selatan
Kerajaan Johor mencadangkan kewujudan skim khas atau insentif khas kepada kakitangan awam kesihatan yang bertugas di Johor Selatan bagi mengisi kekosongan penjawatan sektor berkenaan.
Tumpuan Jumaat – 16 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seorang lelaki selamat, seorang lagi hilang dalam tragedi memancing di Tasik Pedu
Mangsa dipercayai melakukan aktiviti memancing bersama rakannya sebelum terjatuh ke dalam tasik.
Tiket Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 laris
Bahang kehangatan penganjuran Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil dari 21 hingga 26 Mei ini kian dirasai selepas tiket kejohanan itu laris terjual.
Pengurus syarikat rugi lebih RM400,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang pengurus syarikat swasta kerugian RM401,075 akibat menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi, seiring niaga hadapan getah serantau
Pada 5 petang, harga rujukan getah fizikal LGM bagi GMM 20 berada pada 781 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 729.5 sen sekilogram.
Hoki Dalam Dewan Piala Asia: Malaysia raih tempat ketiga
Kemenangan tersebut mengulangi pencapaian dilakar pada edisi 2010, 2012 dan 2022.
PM Singapura Wong bercakap dengan PM Anwar, pemimpin lain pada hari pertama bertugas
Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong hari ini bercakap dengan pemimpin di rantau ini melalui telefon pada hari pertama beliau memegang jawatan, termasuk dengan Anwar.
PM ucap Hari Guru, rakam jutaan penghargaan buat warga pendidik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik yang gigih membina bangsa.
Tular kes seludup di Forest City, kastam sahkan video lama
Jabatan Kastam menafikan berlaku aktiviti penyeludupan minuman keras di kedai bebas cukai di Forest City seperti video tular di media sosial.
Kastam patahkan hampir 2,000 cubaan menyeludup, sita barangan bernilai RM350 juta setakat Mac
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan 1,856 cubaan penyeludupan melibatkan pelbagai barangan membabitkan nilai cukai RM350 juta setakat Mac lepas.
Kastam rampas lebih 22 juta rokok disembunyikan dalam kotak mainan
Taktik suatu sindiket menggunakan kotak mainan untuk menyeludup rokok berjaya dibongkar Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
PM Anwar titip pesanan kepada anggota JKDM, JIM agar sentiasa disiplin dan berintegriti
Anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia diingatkan untuk sentiasa bertugas dengan penuh disiplin dan integriti.
PM terkesan dengan kes rasuah Kastam di KLIA
Katanya, kecurangan masalah rasuah, biarpun membabitkan jabatan kecil di JKDM, masih boleh menyebabkan kerugian hampir RM2 bilion.
10 PATI bayar RM3,000 seorang untuk pulang beraya guna laluan tikus
10 PATI warga Indonesia sanggup membayar sehingga RM3,000 untuk pulang beraya ke negara asal melalui laluan tikus di perairan Tanjung Pelepas.
Kastam rampas rokok bernilai RM4.35 juta
Jabatan Kastam merampas 5.9 juta batang rokok putih bernilai lebih RM4.35 juta menerusi dua operasi berasingan di Seri Kembangan dan Kuala Lumpur.
Kastam rampas 73 pek kurma disyaki produk dari Israel
Jabatan Kastam Diraja Malaysia merampas 73 pek buah kurma disyaki produk dari Israel dalam satu serbuan di sebuah gudang di Klang.
Kastam Pulau Pinang rampas arak bernilai RM6.16 juta termasuk cukai
Jabatan Kastam Pulau Pinang merampas 361,236 tin minuman keras pelbagai jenis bernilai RM6.16 juta termasuk cukai di Pelabuhan Klang, Selangor.
Kastam gagalkan cubaan seludup keluar wang tunai RM170,000 di KLIA
Jabatan Kastam menggagalkan cubaan menyeludup keluar wang tunai berjumlah RM170,000 oleh seorang penumpang warga China di KLIA.