PETALING JAYA: Keluarga Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, mendedahkan takut untuk membuka sebarang aplikasi media sosial sehingga kini kerana bimbang perasaan terus tergores.
Datuk kanak-kanak terbabit, Zahari Mohd Reba, 55, berkata, dia tidak melayari laman sosial miliknya sejak cucunya itu dilaporkan hilang sebelum ditemukan meninggal dunia sehingga hari ini.
"Jika buka dan saya kalau tengok (kecaman di laman media sosial) ia akan menggores perasaan saya dan keluarga, jadi lebih baik saya tidak tengok kerana akhirnya ia akan beri kesan yang mendalam.
"Biasalah setiap perkara berlaku (di media sosial) ada komen baik dan tidak baik, saya tidak mengambil berat hal ini kerana kebanyakannya ia bertujuan untuk disensasikan," katanya kepada Sinar Harian.
Dalam pada itu, datuk kepada kanak-kanak autistik berusia enam tahun itu juga menyerahkan sepenuhnya kepada polis bagi menjalankan siasatan kes berkenaan.
Zahari yang cukup rapat dengan Allahyarham berkata, dia enggan mengulas lanjut mengenai tragedi menimpa cucunya sehingga siasatan polis selesai dijalankan.
“Saya tidak berniat mahu bercakap mengenai kejadian tersebut, cuma harap orang yang terlibat dihadap ke mahkamah agar arwah cucu saya mendapat pembelaan sewajarnya," tambahnya.
Terdahulu, orang ramai khususnya pengguna media sosial diminta tidak mengeluarkan sebarang komen berkait dengan pembunuhan kanak-kanak autistik itu.
Ketua Polis Selangor, Komisioner Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan media berkata, pihaknya mengesan beberapa komen atau posting dalam laman sosial mengenai kematian kanak-kanak itu.
Menurutnya, komen-komen seperti ini bukan sahaja mencetuskan kegusaran kepada orang ramai tetapi juga akan mengganggu emosi keluarga mangsa yang masih meratapi kesedihan kerana kehilangan anak disayangi mereka.
Hussein turut meminta kerjasama orang ramai agar memberi ruang kepada pihaknya untuk menjalankan siasatan, melengkapkan kertas siasatan dan mengesan suspek.
Pada Rabu, Mayat Zayn Rayyan ditemui dalam keadaan mengiring di sebatang anak sungai kira-kira 200 meter dari kediamannya.
Polis mendapati kematian kanak-kanak enam tahun itu dibunuh selepas terdapat unsur jenayah pada tubuh mangsa. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Dec 09 2023
Pada Rabu, Mayat Zayn Rayyan ditemui dalam keadaan mengiring di sebatang anak sungai kira-kira 200 meter dari kediamannya. - Gambar fail
Mad Saril ubah tempurung jadi kraf tangan cantik, bernilai
Seorang bekas pekerja swasta di Bagan Datuk mengubah tempurung dan batang kelapa menjadi barangan dan kraf tangan bernilai tinggi.
KADA perluas 80 hektar padi di Pasir Puteh menerusi Program SMART SBB
KADA akan memperluaskan Program SMART SBB seluas 80 hektar lagi di kawasan seliaannya di sini pada musim hadapan bagi membantu lebih ramai pesawah menjana pendapatan lebih lumayan.
Rangka Kerja Integriti dan Antirasuah Industri Perkhidmatan Air perlu dikaji semula
SPAN amat komited dalam merealisasikan pemerkasaan aspek integriti dalam industri perkhidmatan air melalui kerjasama erat bersama para pemegang lesen.
Pantai Teluk Bahang diisytihar sebagai sarang penyu bertelur
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) pada Isnin mengisytiharkan Pantai Teluk Bahang sebagai sarang penyu bertelur.
TUBE-X: 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih melalui bantuan geran lebih RM3 juta
Seramai 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih tahun ini melalui bantuan geran berjumlah lebih RM3 juta di bawah Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE-X).
Sarawak selidik olah kanji sagu jadi nasi
Sarawak sedang memulakan penyelidikan untuk menjadikan kanji sagu sebagai makanan ruji alternatif kepada nasi.
Sektor pembinaan berkembang 14.2 peratus kepada RM36.8 bilion pada suku pertama 2024
Nilai kerja dalam sektor pembinaan melonjak sebanyak 14.2 peratus tahun ke tahun (y-o-y), berjumlah RM36.8 bilion pada suku pertama 2024.
Kelulusan berisiko jejas hubungan antarabangsa Georgia
Parlimen Georgia pada Isnin meluluskan pendengaran ketiga bagi undang-undang 'Ejen Asing', sekali gus membolehkan anggota Dewan Rakyat membuat undian berdasarkan perlembagaan. Akta 'Ejen Asing' itu diperkenalkan demi memastikan organisasi-organisasi di Georgia bersifat telus dari segi penerimaan dana dari luar negara serta untuk mengelakkan campur tangan pihak luar dalam urusan berkaitan.
Cubaan seludup kala jengking, labah-labah dari Turkiye gagal
DNA haiwan berkenaan boleh digunakan untuk pengeluaran ubat-ubatan yang bernilai mencecah AS$10 juta untuk seliter.
Operasi menyelamat mengesan mangsa hilang diteruskan
Pasukan menyelamat giat mencari mangsa yang masih hilang susulan banjir kilat dan lumpur di Sumatera Barat, Indonesia, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 43 orang.
Kes Zayn Rayyan: Polis nafi lambat bertindak
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, semua pihak boleh menilai sendiri berdasarkan liputan yang dibuat secara meluas sepanjang siasatan dijalankan.
Siasatan kes Zayn Rayyan tidak pernah dihentikan - Pengarah JSJ Bukit Aman
Polis Diraja Malaysia tidak pernah menghentikan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin.
Ganjaran RM20,000 beri maklumat kes bunuh Zayn Rayyan
Ganjaran ditawarkan sebagai salah satu usaha dalam memastikan individu terlibat dalam kes ini dapat segera dibawa ke muka pengadilan.
Zayn Rayyan sentiasa dalam ingatan - Ibu
Meskipun sudah sebulan setengah pemergian insan istimewa arwah Zayn Rayyan Abdul Matiin, namun keletah dan aksinya sentiasa dalam ingatan.
Kes bunuh Zayn Rayyan: Siasatan sudah 90 peratus - KPN
Siasatan melibatkan pelbagai sudut, termasuk saintifik, forensik serta konvensional, dan selain itu polis sedang memperincikan identiti suspek.
Kes bunuh Zayn Rayyan: Tiada perkembangan baharu - Ayob Khan
Ayob Khan menegaskan pihaknya tidak pernah menghentikan siasatan ke atas kes berkenaan.
Polis teruskan siasatan, tidak klasifikasi kes Zayn Rayyan 'NFA'
Hussein Omar memberi jaminan siasatan terhadap kes pembunuhan kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin tidak akan dihentikan.
Ibu Zayn Rayyan beri izin orang ramai ziarah kubur
Ismanira berkata ramai yang menyatakan hasrat mahu menziarahi pusara Zayn, terletak di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, Petaling Jaya.
Kes Zayn Rayyan: Polis tunggu laporan semakan Interpol
PDRM masih menunggu maklum balas daripada Polis Antarabangsa (Interpol) berkaitan semakan pangkalan data bagi membantu siasatan kes bunuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.
Kes bunuh Zayn Rayyan: Polis minta bantuan Interpol
Polis memohon bantuan daripada Interpol untuk mengkaji beberapa maklumat dan bahan bukti yang diperoleh dalam siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin.