PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan (MOT) berpandangan kemudahan sedia ada di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) masih mampu mengendalikan permintaan kargo dan penumpang berdasarkan dapatan konsultan Pelan Strategik Lapangan Terbang Kebangsaan (NASP).
Pada masa sama, MOT berkata ia tiada halangan berhubung cadangan pelaksanaan Pusat Kecemerlangan MRO Kedah Aerotropolis (KAAMROCE) dan hab Logistik, Aeroangkasa dan Pembuatan Sidam (SLAM) sebagai sebahagian daripada pembangunan bercampur di bawah Kedah Aerotropolis tetapi tiada keperluan buat masa ini untuk sebuah lapangan terbang baharu dibangunkan.
Kerajaan Negeri Kedah wajar menjadikan lapangan terbang sedia ada iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) di Alor Setar atau LTAPP sebagai fasiliti yang menyokong pelaksanaan KAAMROCE dan SLAM bagi membolehkan projek itu dilaksanakan segera, katanya.
Kenyataan MOT pada Sabtu adalah sebagai penjelasan dan pendirian kerajaan berhubung isu Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) yang mana Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam turut menyangkal dakwaan bahawa Kerajaan Persekutuan menindas mana-mana negeri dalam soal penyaluran peruntukan mahupun pembangunan termasuk dalam isu pembinaan KXP.
MOT berkata pada masa ini ia sedang melaksanakan Kajian NASP yang dijangka siap pada akhir tahun ini antara lain bertujuan menentukan hala tuju pembangunan lapangan terbang di Malaysia dari segi pembangunan infrastruktur fizikal, keperluan ruang udara, kajian ekonomi dan strategik agar pembangunan sesebuah lapangan terbang itu dilaksanakan berdasarkan kepada keperluan sebenar bersandarkan kepada data sahih dan tepat.
"LTAPP pada masa ini masih mempunyai kapasiti yang mencukupi untuk mengendalikan sebarang peningkatan dari segi pengendalian penumpang sehingga 20 juta penumpang setahun (mppa) sehingga tahun 2042.
Dalam hubungan ini, lapangan terbang baharu iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) hanya boleh dipertimbangkan untuk dibina selepas LTAPP mencapai kapasiti maksimum 20 juta mppa yang diunjurkan pada tahun 2042. Perlu ditekankan bahawa setakat ini, tiada sebarang cadangan penyertaan swasta yang mampu membiayai kos projek KXP," menurut MOT.
Berdasarkan perbandingan unjuran kargo KXP yang disediakan oleh pihak KXP Airportcity dan unjuran LTAPP yang disediakan pihak Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) pula, MOT berkata unjuran kargo KXP yang dicadangkan didapati agak tinggi bagi sebuah lapangan terbang baharu, berbanding dengan unjuran kargo di LTAPP yang merupakan sebuah lapangan terbang yang telah lama beroperasi dengan jaringan kesalinghubungan udara yang telah meluas
"Dalam hal ini, KXP merupakan sebuah lapangan terbang yang baharu dan bukan merupakan sebuah lapangan terbang sedia ada yang mempunyai infrastruktur serta jaringan kesalinghubungan yang telah tersedia dan meluas.
Justeru itu, kemampuan KXP sebagai sebuah lapangan terbang antarabangsa kargo berasaskan kepada unjuran kargo yang disediakan oleh KXP Airportcity boleh dipertikaikan dan adalah kurang tepat," kata MOT.
MOT dalam pada itu berkata dapatan kajian NASP menunjukkan sebanyak 92 peratus kargo yang dikendalikan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) adalah daripada perkhidmatan penerbangan penumpang melalui "belly cargo", manakala hanya lapan peratus sahaja kargo yang dikendalikan oleh perkhidmatan penerbangan penuh kargo.
Ia jelas menggambarkan bahawa kebergantungan KXP terhadap perkhidmatan penerbangan penuh kargo semata-mata tidak akan memberikan lonjakan yang besar kepada KXP untuk menjadi sebuah lapangan terbang kargo yang berdaya maju, sebaliknya KXP perlu juga bergantung kepada perkhidmatan penerbangan penumpang untuk mengangkut kargo.
MOT juga berkata ia sentiasa mengambil sikap terbuka terhadap sebarang cadangan pembangunan daripada kerajaan negeri mahupun pihak pelabur swasta yang membawa manfaat ekonomi, berdaya saing dan menyumbang kepada pembangunan yang lestari tetapi dalam masa yang sama ia akan meneliti secara mendalam mana-mana pembangunan termasuk lapangan terbang bagi memastikan projek berkenaan berdaya maju dan berdaya tahan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 01 2023
LTAPP pada masa ini masih mempunyai kapasiti yang mencukupi untuk mengendalikan sebarang peningkatan. - Gambar fail Bernama
Guru didakwa denda pelajar berdiri tengah panas disiasat
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, laporan dibuat oleh ibu kepada salah seorang pelajar terbabit.
14 lelaki ditahan dalam operasi khas banteras penyeludupan, rampasan bernilai lebih RM35 juta
Tiga daripada serbuan itu dijalankan serentak pada Isnin lepas (20 Mei) manakala satu lagi serbuan pada Khamis (23 Mei).
Saya nampak bumbung jatuh timpa kereta - Penduduk Apartment Putra Ria
Santha Kumari berkata rumahnya di tingkat 20 tidak terkesan namun cermin belakang sebuah kereta milik adiknya pecah akibat kejadian itu.
Tabung Hidupan Liar Sedunia saman Norway rancangan perlombongan dasar laut
WWF percaya keputusan berkenaan dibuat berdasarkan penilaian kesan strategik yang tidak memenuhi syarat minimum.
Pendaki wanita Nepal cipta rekod tawan Gunung Everest tiga kali dalam satu musim
Bekas wartawan foto berusia 33 tahun itu berjaya mencapai puncak ketiganya pada 5.50 pagi waktu tempatan pada Sabtu.
Manchester United juara Piala FA
Gol dijaringkan Garnacho pada minit ke-30 diikuti Kobbie Mainoo sembilan minit kemudian menafikan impian City menambah koleksi kejuaraan.
Speaker Pulau Pinang serah notis kekosongan DUN Sungai Bakap Isnin ini
Kekosongan kerusi terjadi susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada Jumaat kerana mengalami keradangan dalam perut.
Jururawat tidak sangka mangsa kemalangan sepupu sendiri
Petugas di Klinik Kesihatan Ayer Tawar itu berkata, menerusi panggilan diterima, kemalangan itu melibatkan sembilan mangsa cedera.
Liga Super: JDT belasah KL City 5-1
Keputusan itu memberi skuad Harimau Selatan tiga mata penuh untuk berada di tangga teratas carta liga dengan keseluruhan sembilan mata.
Wan Arif-Roy King tumpas kepada pilihan kedua dari Denmark
Wan Arif-Roy King ditewaskan pilihan kedua kejohanan itu menerusi permainan straight set 13-21, 19-21 dalam masa 43 minit.
Dua keldai dadah warga Indonesia ditahan di LTAPP
Polis menahan dua lelaki warga Indonesia ketika cuba menyeludup keluar syabu dan pil ekstasi bernilai RM64,700 di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), Isnin lepas.
Kabinet lulus pembesaran LTAPP, kos lebih RM1 bilion - Anthony Loke
Usaha pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) yang menelan kos melebihi RM1 bilion, telah mendapat kelulusan Jemaah Menteri pada minggu lepas.
Kemudahan Lapangan Terbang Pulau Pinang masih mampu kendali permintaan penumpang, kargo
LTAPP pada masa ini masih mempunyai kapasiti yang mencukupi untuk mengendalikan sebarang peningkatan.
Tikus salai dari Vietnam dirampas di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
MAQIS Pulau Pinang merampas tikus salai bernilai RM1,000 yang cuba dibawa masuk ke negeri ini tanpa kebenaran melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).
Bergurau ada bom di LTAPP, wanita warga asing ditahan polis
Padah bergurau membawa bom dalam beg, seorang wanita warganegara asing ditahan Polis Pulau Pinang semasa pemeriksaan di Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) pada Khamis.
LTAPP: Guan Eng dakwa Ka Siong tidak bercakap benar
Lim Guan Eng mendakwa Wee Ka Siong tidak bercakap benar mengenai peruntukan yang dikeluarkan kerajaan Persekutuan berhubung isu pembesaran dan menaik taraf LTAPP.
Banjir kilat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang amat memalukan - Exco
Yeoh Soon Hin berkata kejadian banjir yang melanda pintu masuk dan keluar di luar bahagian bawah LTAPP itu, amat memalukan.
Banjir kilat: Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dinaiki air
Perkarangan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di Bayan Lepas, dilanda banjir kilat susulan hujan lebat awal pagi Sabtu.
VTL Pulau Pinang-Singapura lancar, prosedur mudahkan pengembara
Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) penerbangan pertama di antara Pulau Pinang dan Singapura yang bermula hari ini berjalan lancar.
P.Pinang mohon senaraikan LTAPP dalam VTL Malaysia-Indonesia
Dengan menjadikan LTAPP sebagai sebahagian daripada VTL juga membantu menyediakan jaringan perniagaan serta kemudahan yang lebih baik kepada pasaran tempatan dan antarabangsa.