KUCHING: Mengenal pasti berlakunya rasuah dan memastikan perbuatan itu tidak berulang, bukanlah hanya tugas pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan juruaudit semata-mata.
Sebaliknya Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata tugas itu merupakan tanggungjawab semua, terutamanya mereka yang berada dalam perkhidmatan awam.
"Menjadi tanggungjawab peribadi dan profesional kita semua, untuk melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa berkaitan. Jika kita gagal mencegah barah itu daripada merebak dalam perkhidmatan, bermakna kita telah mengkhianati akauntabiliti kita sendiri.
"Perkara ini akan menghalang kita daripada mewujudkan persekitaran yang telus, beretika dan integriti," katanya dalam ucapannya di hari tadbir urus korporat Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (STIDC) 2023, di sini semalam.
Teks ucapannya dibacakan Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Talif Salleh.
Sementara itu Awang Tengah menggesa kesemua anak syarikat STIDC untuk mempunyai peraturan dan undang-undang yang komprehensif bagi memperkasakan tadbir urus yang baik dalam syarikat masing-masing.
"Dengan prestasi anak syarikat yang baik, membolehkan mereka membayar dividen kepada STIDC dan perkara ini penting dalam usaha kita membantu visi negeri mencapai sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu RM8 bilion.
"Tadbir urus tidak datang dengan mudah, ia memerlukan penyertaan dan penglibatan aktif dari semua peringkat termasuk ahli lembaga pengarah, pengurusan dan kakitangan. Ia juga memerlukan institusi yang kukuh, peraturan undang-undang dan sistem semak dan imbang yang efektif," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 30 2023
Awang Tengah menggesa kesemua anak syarikat STIDC untuk mempunyai peraturan dan undang-undang yang komprehensif bagi memperkasakan tadbir urus yang baik dalam syarikat masing-masing. - Gambar fail BERNAMA
AWANI Pagi: Memahami akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan (pindaan) 2022
Diskusi 8.30 pagi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy, untuk memahami pindaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994 pada 2022 yang akan berkuatkuasa hari ini, bagi menjamin keselamatan pekerja.
Pendaki Malaysia maut di gunung tertinggi Amerika Utara
Zulkifli Yusuf disahkan meninggal pada jam 6 pagi Rabu semasa berlindung di gua salji di kawasan yang dikenali sebagai 'football field'.
Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari - KP Selangor
Perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.
Gentari jalin kerjasama dengan Lazada, percepat pembangunan ekosistem pengangkutan hijau
Ia merupakan tawaran penyelesaian pajakan kenderaan elektrik (EV) jangka panjang bebas kerumitan di bawah pelan -Vehicle-as-a-Service- (VaaS) yang digerakkan Gentari.
MONSTA lancar promosi BoBoiBoy Galaxy WINDARA
Rangkaiannya akan berfungsi sebagai platform utama untuk mempromosi dan menyiarkan BoBoiBoy Galaxy WINDARA.
Untung bersih suku pertama TNB susut kepada RM715.7 juta
Hasil, bagaimanapun meningkat kepada RM13.64 bilion daripada RM12.63 bilion sebelum itu, mencerminkan peningkatan dalam jualan elektrik.
Hamas positif dengan cadangan Biden berdasarkan gencatan senjata kekal
Hamas bersetuju cadangan Biden berdasarkan beberapa perkara termasuk pengunduran sepenuhnya tentera Israel dari Semenanjung Gaza.
Hanya pokok berisiko tinggi ditebang, seimbang kehijauan bandar - Datuk Bandar
Majlis Bandaraya Ipoh turut menghantar arkitek dari Bahagian Landskap untuk mengikuti kursus berkaitan arborist.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [1 Jun 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Najib Aroff & Farhan Hakimi;
Donald Trump didapati bersalah palsukan rekod perniagaan
Peminat desak Taylor Swift bersuara isu Gaza
Kerajaan tekad noktahkan kemiskinan tegar di Sabah akhir Julai ini –PM
Donald Trump didapati bersalah palsukan rekod perniagaan
Peminat desak Taylor Swift bersuara isu Gaza
Kerajaan tekad noktahkan kemiskinan tegar di Sabah akhir Julai ini –PM
El Nino: Pengeluaran durian berkurangan, pekebun jangka harga naik
Cuaca panas dan taburan hujan yang tidak menentu menyebabkan sebahagian besar bunga durian jadi kering dan buah cepat gugur sebelum matang.
'Menteri bebas rasuah berdasarkan pemantauan pihak berkuasa' - Anwar jawab Syed Saddiq
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman agar meneliti ucapannya berhubung barisan menteri Kabinet yang bersih daripada rasuah.
Tuntutan palsu: SPRM tahan lima penjawat awam di Sabah
Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Dakwaan bukan Islam paling ramai rasuah, Sanusi perlu mohon maaf - Anthony
DAP mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Muhammad Sanusi yang mengaitkan masyarakat bukan Islam sebagai pemberi dan penerima rasuah terbanyak.
Rasuah: Ramai terpalit, nak cari yang bersih cukup susah - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad tidak akan mengizinkan amalan rasuah melibatkan barisan menteri Kabinet di bawah kepimpinannya.
Jenayah rentas sempadan: Negara anggota FBINAA perlu ada set undang-undang seragam - Zahid
Kerjasama antara negara anggota mampu mengekang daripada membuka pintu untuk menyebarkan aktiviti haram, tegas TPM.
Kes Jana Wibawa: SPRM sedang kesan 'Datuk Roy'
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi hari ini mengesahkan perkara itu.
Seorang penguat kuasa ditahan SPRM terima suapan RM1,800
Pegawai penguat kuasa ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kerana disyaki menerima rasuah berjumlah kira-kira RM1,800.
Rasuah: Langkah gergasi untuk sebuah transformasi
Keputusan skor Malaysia yang jatuh 1 mata daripada tahun 2021 menunjukkan skor persepsi rasuah amat dipengaruhi oleh beberapa perkara.
Penjawat awam berdepan 16 pertuduhan terima rasuah RM45,000
Seorang penjawat awam dihadapkan ke Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu di sini hari ini atas 16 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM45,000, pada tujuh dan enam tahun lalu.
SPRM tahan lelaki terlibat kes penipuan bernilai RM730,000
Seorang lelaki ditahan SPRM Sabah dipercayai terlibat dengan satu penipuan bernilai RM730,000.