KUALA LUMPUR: Kenyataan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam tulisan beliau bertajuk 'Ketinggian Islam Wajib Dipertahankan' pada 20 Feb lepas yang antaranya ditujukan kepada Raja-Raja Melayu disifatkan sebagai tidak beretika dan demi kepentingan politik.
Felo Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi MARA (UiTM) Mujibu Abd Muis berkata, dalam kenyataan yang turut menyentuh kepentingan kaum Melayu dan Islam serta Perlembagaan Persekutuan itu, Abdul Hadi sekadar mahu memperlihatkan seolah-olah hanya parti beliau memperjuang perkara berkenaan.
"Inilah dia, memperjuang sesuatu yang sebenarnya tiada isu pun tapi diperjuang juga secara konsep kepartian untuk laba politik walhal sejak dari merdeka lagi, sudah jelas termaktub di dalam Perlembagaan soal Islam itu tidak boleh diganggu-gugat.
"Malah usaha memartabatkan syiar Islam, memperkasakan semua institusi berkaitan agama Islam itu sering dilakukan Raja-Raja Melayu termasuklah selepas penubuhan MKI (Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia)," katanya kepada Bernama hari ini.
Terdahulu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menerusi hantaran di laman Facebook Selangor Royal Office hari ini menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan sinis Ahli Parlimen Marang itu.
Sultan Sharafuddin bertitah ia adalah kenyataan yang amat tidak bersesuaian malah tidak beradab dari sudut budaya orang Melayu yang sentiasa menghormati dan memelihara adab ketika menyuarakan pandangan serta nasihat kepada Raja-Raja Melayu.
Mengulas lanjut, Mujibu berkata kenyataan Abdul Hadi bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana tokoh politik itu pernah melakukan perkara serupa kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.
"Dulu dia buat juga, (tetap beri ceramah) biarpun ketika itu Sultan Mizan dukacita, titah larang mereka yang tiada tauliah agama untuk beri ceramah di masjid-masjid di bawah seliaan Kerajaan Negeri Terengganu, dia langgar juga," katanya.
Senada dengan Mujibu ialah Geostrategis dan Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR) Profesor Dr Azmi Hassan berkata beliau berpandangan Abdul Hadi masih mengekalkan naratif penceritaan berteraskan perkauman serta agama seperti pada beberapa siri pilihan raya lepas demi meraih sokongan orang Melayu.
"Tidak mengejutkan, benda lazim... saya tidak nampak di mana logik fikirannya, beliau sebagai orang lama juga dipanggil ulama, untuk kali ini keluar kenyataan yang kaitkan dengan Raja-Raja Melayu.
"Jadi kenyataan beliau itu amat mengecewakan walhal tahu kedudukan Raja-Raja Melayu itu menjaga kepentingan semua orang Islam tanpa kira warna politik, Perlembagaan Persekutuan juga lindung kemas agama Islam, jadi usah kaitkan kepentingan politik Pas dengan institusi monarki kita," katanya.
Azmi juga berkata jika Abdul Hadi mempunyai sebarang cadangan mahupun masalah berkaitan hal ehwal agama Islam dan Perlembagaan Persekutuan, adalah lebih baik beliau menyuarakannya di platform Dewan Rakyat atas kapasiti sebagai Ahli Parlimen.
Bagi pensyarah kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM Kedah Dr Jazimin Zakaria, tindakan Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan yang mengheret Raja-Raja Melayu ke kancah politik amat tidak sesuai.
"Kedudukan Raja-Raja Melayu ini sensitif, suhu politik kita pula ketika ini kurang baik, jadi bagi kenyataan di platform berkenaan (laman sesawang Berita Pas menerusi kolum Minda Presiden Pas) hanya akan buka ruang kepada orang lain untuk kritik kedudukan istimewa Raja-Raja," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 29 2024
Mujibu berkata, dalam kenyataan itu, Abdul Hadi sekadar mahu memperlihatkan seolah-olah hanya parti beliau memperjuang perkara berkenaan. - Gambar fail
AS sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Kebanyakan tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki Israel.
AWANI Pagi: Cabaran perjalanan wanita menuju Al-Haramain
Diskusi 7:30 pagi Selasa bersama Dr Azlinariah Abdullah, Editor/Penerbit Astro Awani & Petugas Media TH Musim 1445H/2024M dan Alisha Nur Mohd Noor, Petugas TH Musim 1445H/2024M berkongsi mengenai jangkaan cabaran perjalanan Muslimah menuju ke Tanah Suci semasa musim panggilan haji tahun ini.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Menteri Luar Israel memberi amaran kepada kedutaan Israel untuk meningkatkan keselamatan kerana risiko "gelombang antisemitisme yang teruk".
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Daripada jumlah itu, lebih separuh maut di bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia meranapkan tiga buah rumah.
Banyak respons positif terhadap pelaksanaan VAR - Stuart
Ia berdasarkan maklum balas dikumpul selepas lapan perlawanan pramusim pasukan Liga-M yang menguji pelaksanaan sistem VAR baru-baru ini.
A.S sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Amerika Syarikat mendapati lima unit pasukan keselamatan Israel bertanggungjawab atas pencabulan hak asasi manusia, pada Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Serangan udara Israel membunuh sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin pada Isnin.
A.S, Britain gesa Hamas terima cadangan gencatan senjata Israel
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken menggesa Pejuang Hamas untuk segera menerima cadangan Israel untuk gencatan senjata dalam perang Gaza dan pembebasan tebusan Israel yang ditahan.
Gencatan senjata sepenuhnya perlu dilakukan
Israel perlu bersetuju untuk menghentikan peperangan dan solusi yang dipersetujui oleh banyak pihak termasuk penyelesaian dua negara.
Pas kutuk serangan Israel ke atas Pejabat Kaunselor Iran di Syria
Sewajarnya dunia Islam mengutuk Israel yang bukan sahaja dalang di sebalik serangan ini, malah sedang melakukan jenayah perang di Gaza, kata Abdul Hadi.
Pas harap Prabowo buka dimensi baharu hubungan Malaysia-Indonesia
Abdul Hadi berkata, pihaknya berharap hubungan antara Malaysia dan Indonesia akan menjadi lebih baik dan harmoni di bawah pentadbiran Prabowo.
Umat Islam tidak bersatu angkara penjajah - Abdul Hadi
Penjajahan tersebut berjaya memecahbelahkan perkauman pada generasi kini, tegas Abdul Hadi.
Kertas siasatan Hadi Awang telah dihantar kepada AGC - KPN
PDRM mengesahkan kertas siasatan membabitkan kenyataan Abdul Hadi bertajuk 'Ketinggian Islam wajib dipertahankan' telah dihantar kepada AGC.
Isu pencen: 'Ucapan Abdul Hadi tidak tepat, kelirukan orang ramai' - Nik Nazmi
Ucapan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkaitan isu pencen penjawat awam mengelirukan orang ramai, kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad.
'Kerajaan ibarat burung tiung, burung kakak tua' - Hadi Awang
Ahli Parlimen Marang itu turut melabel pemimpin di bawah kerajaan sebagai burung kakak tua dan menurutnya, walaupun tua tetapi tidak tahu bercakap.
Abdul Hadi Awang beri kerjasama, polis ambil masa sejam rakam keterangan - Setiausaha Politik
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis yang mengambil keterangan di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut.
Polis rakam percakapan Abdul Hadi esok - KPN
Pegawai khas Abdul Hadi sudah memaklumkan keadaan kesihatan Ahli Parlimen Marang itu kepada polis dan menetapkan keterangan diambil esok.
Tahap kesihatan Abdul Hadi bertambah baik - Setiausaha Politik
Tahap kesihatan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang semakin baik dan beliau dapat meneruskan rutin mingguan menyampaikan kuliah dhuha di Masjid Rusila,pada Jumaat.
Jangan guna agama capai hasrat politik - Zahid
Ahmad Zahid berkata nasihat itu bukan ditujukan kepada individu dan pemimpin parti politik sahaja, sebaliknya juga kepada pemimpin dalam UMNO.