PUTRAJAYA: Kerajaan akan mewujudkan satu rang undang-undang (RUU) baharu bagi meningkatkan tahap keselamatan di semua pintu masuk negara, kata jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil.
Fahmi, yang juga Menteri Komunikasi, berkata RUU itu yang sedang dirangka oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membolehkan satu agensi penyelaras mengawal selia pintu masuk negara.
"Kita jangka dalam masa yang tidak terlalu lama KDN akan membawa satu RUU supaya ada satu agensi penyelaras antara beberapa agensi terlibat untuk mengawal selia pintu masuk negara... ia akan mempunyai punca kuasa dari segi undang-undang untuk mereka beroperasi dengan kuasa secukupnya.
"Perkara ini ada dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini," katanya pada sidang media di sini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada mesyuarat Jemaah Menteri membincangkan insiden tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada Ahad lepas yang menyaksikan seorang lelaki melepaskan dua das tembakan ke arah isterinya dan satu daripadanya telah terkena pengawal peribadi wanita itu.
Suspek lelaki berusia 38 tahun itu kini ditahan reman tujuh hari bermula semalam selepas ditahan pada kira-kira 3 petang di Kota Bharu, Kelantan Isnin lepas.
Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
Fahmi juga berkata aspek keselamatan di semua pintu masuk negara sentiasa diutamakan bagi menjamin tahap keselamatan dan mengekang sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang.
Beliau berkata Jemaah Menteri menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk tindakan susulan.
"Memandangkan pihak berkuasa telah memberikan kenyataan khususnya Ketua Polis Negara (Tan Sri Razarudin Husain) maka Jemaah Menteri melihat ia adalah menyeluruh dan kita serahkan kepada pihak berwajib," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 17 2024
Fahmi berkata RUU itu yang sedang dirangka oleh KDN akan membolehkan satu agensi penyelaras mengawal selia pintu masuk negara. - Gambar Bernama
Dua rakan didakwa edar 21kg heroin
Mereka didakwa melakukan perbuatan tersebut di kawasan tempat letak kereta di hadapan bangunan kedai 3 Mei lalu.
“Laporan kasino di Forest City fitnah liar, keterlaluan”- MB Johor
Dakwaan itu ulangi persepsi negatif menggagalkan pembangunan Forest City yang pernah dilakukan pihak tertentu pada 2018, tegas Onn Hafiz.
Belian baharu tingkatkan Bursa Malaysia
Pada 9.05 pagi, FBM KLCI naik 2.28 mata kepada 1,602.95 daripada 1,600.67 pada Jumaat lepas.
Dua kakitangan KKM cedera, pacuan empat roda terbabas di lebuh raya
Kemalangan berlaku kira-kira satu kilometer daripada lokasi sebuah bas terbabas menyebabkan 41 penumpang dan pemandu cedera, semalam.
Eulogi mendiang Mutang Tagal sentuh jiwa ramai
Ucapan memperingati kebaikan dan keperibadian Mutang yang disampaikan tiga orang anak dan adik mendiang membuatkan ramai yang menitiskan air mata.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9.01 pagi, ringgit merosot kepada 4.7420/7465 berbanding dolar AS daripada 4.7385/7410 pada Jumaat lepas.
Kapal perang TCG Kinaliada milik Turki singgah Malaysia
Dalam pelayaran ke Jepun, Malaysia menjadi negara ketujuh yang menjadi persinggahan TCG Kinaliada.
Wanita 'posing cantik' di jalan rosak
Ummu Hani turut menjelaskan bahawa jalan yang rosak itu merupakan jalan penghubung yang sangat penting buat penduduk di kawasan berkenaan.
Bibik 'sakit jantung' tengok bil elektrik melambung
Video berdurasi 20 saat yang dimuat naik di laman sosial, TikTok milik @Alyaninazirah, telah tular dan menjadi bualan ramai.
Mayat kru kapal warga Malaysia jatuh laut ditemukan di perairan Bangladesh
Buat masa ini, mayat mangsa masih berada di Bangladesh untuk proses bedah siasat.
KDN pilih Mini Amazon Malaysia, Kampung Beng, sebagai Kampung Angkat MADANI
Kampung Beng, yang terkenal sebagai Mini Amazon Malaysia, telah dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Sabah terus kerjasama dengan KDN perhebat usaha perangi dadah
Kerajaan Sabah akan terus bekerjasama dengan KDN bagi memperhebat usaha memerangi penyalahgunaan dadah, serta menyokong penuh inisiatif yang dapat mengurangkan masalah dadah di negeri itu.
Saifuddin Nasution sifatkan pertemuan dengan Brian Nelson sebagai berterus-terang
Saifuddin menyifatkan perjumpaan beliau dengan Brian Nelson pada Khamis lepas sebagai pertemuan yang berterus-terang.
Saifuddin Nasution jumpa Brian Nelson esok, sampaikan pendirian negara
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan beliau akan bertemu dengan Setiausaha Rendah Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) bagi keganasan dan risikan kewangan Brian Nelson
Akta Penagih Dadah 1983 kini di peringkat akhir pindaan
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata proses pindaan itu dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai pihak seperti Jabatan Penjara dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).
PIKM saran dapatkan khidmat pengawal peribadi berlesen
Syarikat itu juga perlu ada perlindungan insurans bagi memastikan kebajikan pekerja terjaga sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.
Kerajaan akan wujudkan RUU baharu pertingkat keselamatan di pintu masuk negara - Fahmi
Kerajaan akan mewujudkan satu rang undang-undang (RUU) baharu bagi meningkatkan tahap keselamatan di semua pintu masuk negara, kata jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil.
Isu stoking kalimah Allah: KDN terus pantau trend menghasut, tindakan melampau - Saifuddin
KDN diarahkan untuk memantau trend menghasut dan tindakan melampau dilakukan mana-mana rakyat Malaysia dalam isu stoking tertera kalimah Allah.
Isu pelancong asing 'overstay', JKPK panggil wakil KDN dan JIM
Wakil kementerian juga diminta memberikan taklimat berkenaan prosedur dan pemantauan aktiviti ejen pelancongan tidak berdaftar.
Isu kewarganegaraan: Jemaah Menteri setuju dengan tujuh cadangan pindaan Perlembagaan
Kerajaan bersetuju dengan tujuh daripada lapan cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan membabitkan isu kewarganegaraan yang dikemukakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).