KUALA LUMPUR: Pendirian kerajaan mengenakan tindakan terhadap golongan enggan divaksin bukan bertujuan untuk menganiaya sebaliknya ingin mengelakkan mudarat lebih besar dalam mendepani wabak COVID-19 dalam negara, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein.
"Seperti yang disebut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerajaan bukanlah hendak menganiaya atau menzalimi mana-mana pihak namun dalam usaha memerangi COVID-19, adalah penting untuk kerajaan berusaha mengelakkan mudarat lebih besar.
"Jadi, apa yang kerajaan lakukan ini ialah bertujuan menjaga nyawa orang ramai supaya mereka dapat melindungi nyawa orang lain," katanya pada sidang media khas di Wisma Pertahanan hari ini.
Beliau berkata golongan enggan divaksin bebas untuk kekal dengan pendirian mereka namun tidak boleh menganggap hak yang diberikan kepada individu yang divaksin akan diperluas kepada mereka.
Semalam, Ismail Sabri dilapor berkata kerajaan tidak berniat mahu menyusahkan mana-mana pihak dengan mengenakan pelbagai peraturan ketika menangani pandemik COVID-19 sebaliknya golongan yang enggan mengambil vaksin hanya menyusahkan diri sendiri kerana tidak dapat menikmati kemudahan yang diberikan kerajaan berbanding mereka yang lengkap vaksinasi.
Hishammuddin juga berkata pelaksanaan Eksesais Bersama Gold 2021 yang bermula 8 Okt lepas dan tamat hari ini, menerima maklum balas positif daripada peserta Australia, New Zealand, Singapura serta United Kingdom.
Eksesais itu dilaksanakan sempena ulang tahun ke-50 Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) dan Malaysia diberi penghormatan menjadi tuan rumah.
Selain itu, ia melibatkan lebih 2,000 anggota tentera dari negara peserta termasuk Malaysia, Australia, New Zealand, Singapura dan United Kingdom
Hishammudin turut memaklumkan satu sidang video antara beliau dan Setiausaha Pertahanan Filipina Delfin N. Lorenzana berlangsung hari ini bagi membincangkan tindakan memperkukuh kerjasama pertahanan kedua-dua negara.
"Perkara lain yang dibincang termasuk usaha memastikan keamanan wilayah Pasukan Pemantau Antarabangsa (IMT) di Mindanao, Selatan Filipina.
"Kerajaan turut bersetuju mengadakan mesyuarat peringkat menteri antara Malaysia, Indonesia dan Filipina dalam memperkukuhkan lagi inisiatif Perjanjian Kerjasama Tiga Hala (TCA)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 18 2021
HISHAMMUDDIN: Apa yang kerajaan lakukan ini ialah bertujuan menjaga nyawa orang ramai supaya mereka dapat melindungi nyawa orang lain. - Gambar fail/BERNAMA
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Lelaki dakwa kematian ibu jadi modal antivaksin sebar dakyah palsu
Mohamad Faeez mendakwa golongan antivaksin memfitnah ibunya menggunakan kerusi roda selepas menerima suntikan vaksin.
Rayuan visa ditolak, Djokovic berlepas dari Australia
Pesawat yang membawa bintang tenis nombor satu dunia itu berlepas dari Lapangan Terbang Melbourne pada Ahad 10.30 malam.
COVID-19: Rusia tangguh kuat kuasa sekatan tidak popular
Keputusan itu dibuat walaupun berlaku wpeningkatan kes harian dan amaran yang dikeluarkan berhubung penularan varian Omicron.
Kerana hormatkan suami, Ellie Suriaty akhirnya terima vaksin
Pelakon Ellie Suriaty nafi dia seorang yang antivaksin, cuma persoal keberkesanan vaksin.
Isu tular: Guru antivaksin diasingkan, tunggu siasatan lengkap
Orang ramai diminta supaya tidak memperbesarkan perkara itu, dan perlu menunggu laporan hasil siasatan dijalankan.
COVID-19: Jerman mula hadkan akses kepada golongan antivaksin
Parlimen Jerman dikatakan akan mengundi rang undang-undang baharu bagi sekatan COVID-19 yang dirangka oleh parti-parti yang dijangka membentuk kerajaan seterusnya di negara itu.
'Kumpulan antivaksin, jangan guna haka kami!' - Amaran suku kaum Maori
Suku Ngati Toa menyelar penggunaan haka Ka Mate untuk mendesak dan mempromosi mesej antivaksin.
COVID-19: Greece kenakan sekatan lebih ketat terhadap golongan antivaksin
Mereka yang enggan menerima vaksin diwajibkan untuk membuktikan keputusan ujian saringan negatif sebelum memasuki semua premis awam.
Usaha mengatur pertemuan KKM dengan kumpulan antivaksin belum berhasil
Cadangan untuk mengadakan perjumpaan tersebut adalah bagi memberikan penerangan berkaitan kepentingan pengambilan vaksin.
Kakitangan MBPP, MBSP enggan divaksin berdepan ditamatkan perkhidmatan
Kakitangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) yang enggan menerima suntikan vaksin COVID-19 akan dikenakan tindakan tatatertib.