KUALA BERANG: Kerajaan bercadang menggunakan kaedah inokulasi atau penyuntikan pada batang pokok getah bagi membolehkan aktiviti menoreh dapat diteruskan walaupun pada musim tengkujuh.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin berkata kaedah tersebut sedang dalam tempoh percubaan di beberapa kawasan ladang getah termasuk di Melaka dan ia dijangka diperkenalkan kepada pekebun kecil dalam tempoh setahun lagi.
“Kita panggil kaedah ini sistem inokulasi seperti ‘injection’ atau cucuk dekat batang getah itu dan ada tiub masuk ke dalam bekas yang bertutup. Jadi kalau hujan, dia (pekebun kecil) tidak perlu susah hati lagi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Jelajah Agrikomoditi #Keluarga Malaysia di Kampung Kepah di sini semalam.
Zuraida berkata kementeriannya juga sedia memberi bantuan kewangan kepada pekebun kecil untuk membeli alat bagi kaedah inokulasi tersebut yang dijangka berharga antara RM10 hingga RM20 seunit.
Beliau berkata kementeriannya juga sedang meneliti untuk menggunakan sejenis cecair kimia yang boleh diletakkan pada saluran torehan di pokok getah bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti hasil getah.
Sementara itu, Zuraida berkata kementeriannya juga akan berbincang dengan Kementerian Kewangan dan kementerian berkaitan seperti Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang menguruskan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) bagi mencari kaedah menaikkan harga lantai getah sekerap.
Kebelakangan ini beberapa pihak menyuarakan isu tersebut, termasuk Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim di dalam Dewan Rakyat yang menyarankan kerajaan mempertimbang untuk menetapkan harga lantai getah sekerap pada paras RM3.50 sekilogram sebagai langkah jangka panjang meningkatkan pendapatan pekebun kecil sektor itu.
Abdul Azeez berkata jika dilaksanakan, ia mampu meningkatkan purata pendapatan pekebun kecil getah kepada kira-kira RM2,625 sebulan berbanding kurang daripada RM1,500 sebulan ketika ini.
Mengenai Jelajah Agrikomoditi #Keluarga Malaysia itu, Zuraida berkata ia merupakan inisiatif kementeriannya untuk berkongsi maklumat dan mengambil maklum keperluan para penoreh getah.
Katanya program seumpama itu amat penting memandangkan sumbangan penoreh getah sangat penting kepada pembangunan ekonomi negara sejak sebelum merdeka dan getah kini merupakan sumber eksport keenam terbesar negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 28 2021
Zuraida (kanan) meninjau jambatan yang menghubungkan jalan utama ke kebun getah sempena Jelajah Agrikomoditi Keluarga Malaysia 2021 di Kampung Kepah, Hulu Terengganu, 27 Nov 2021. --fotoBERNAMA
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Kes saman fitnah selesai, Zuraida mohon maaf kepada Saifuddin Nasution
Kes saman fitnah oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail terhadap Datuk Zuraida Kamaruddin selesai apabila bekas Naib Presiden PKR itu membuat permohonan maaf secara terbuka.
'Syed Saddiq pemimpin muda yang berani, tak bacul' - Zuraida
Syed Saddiq merupakan seorang pemimpin muda yang menunjukkan sikap berani, kata Zuraida Kamaruddin.
Rayuan Zuraida terhadap perintah bayar RM10 juta kepada PKR didengar 1 Jul 2024
Mahkamah Rayuan menetapkan 1 Julai tahun depan untuk mendengar rayuan bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zuraida Kamaruddin.
Lantik Tun Mahathir penasihat SG4 langkah tepat - Zuraida
Pelantikan Tun Mahathirsebagai penasihat tidak rasmi kepada empat kerajaan negeri ditadbir Pas atau SG4 sewajarnya diraikan.
Pejabat Zuraida nafi ada kaitan kes penipuan bernilai RM4 juta
Datuk Zuraida Kamaruddin menafikan dakwaan berhubung kes penipuan bernilai RM4 juta dan mempunyai kaitan dengan individu yang dikenali sebagai Adam Rosly Abdullah.
Tidak puas hati, Zuraida rayu keputusan bayar RM10 juta kepada PKR
Zuraida memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan, terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkannya membayar RM10 juta berhubung isu pelanggaran syarat bon yang mengikatnya kepada parti itu.
Jangan dahului mahkamah, Zuraida masih boleh buat rayuan - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin mengingatkan orang ramai supaya tidak mendahului atau menlangkaui kehakiman berhubung keputusan mahkamah yang memerintah Zuraida Kamaruddin membayar RM10 juta kepada PKR.
Keputusan tuntutan RM10 juta terhadap Zuraida belum muktamad - Azmin
Ini kerana bekas Naib Presiden PKR itu mempunyai hak di dalam Perlembagaan untuk membuat rayuan di mahkamah.
PKR teruskan saman 10 bekas ahli Parlimen keluar parti
Saifuddin Nasution berkata, fakta kes tersebut sama seperti saman yang dikemukakan PKR terhadap bekas Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin.
Mahkamah perintah Zuraida Kamaruddin bayar RM10 juta kepada PKR
Zuraida diperintah bayar RM10 juta kerana melanggar syarat bon yang mengikatnya kepada PKR.