KUALA LUMPUR: Kerajaan berhasrat untuk melaksanakan Pilihan Raya Belia bagi memilih perwakilan ke Parlimen Belia, sebagai usaha melahirkan lebih ramai pemimpin muda yang berkaliber.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata cadangan itu, bagi membolehkan Parlimen Belia dijadikan platform untuk mengasah bakat kepimpinan belia, sekali gus melahirkan pemimpin pelapis.
"Selepas AUKU diperkenalkan, debat mengenai demokrasi, sistem dan banyak isu sosial lain, seperti disekat. Kesannya sampai ke sekolah dan universiti, pelajar kita jadi tidak berminat dengan politik dan masalah sosial, dan lebih terdorong dengan pencapaian akademik dan mereka mahu skor A dan ke universiti, dan berharap untuk dapat kerja yang baik.
"Akhirnya mereka terperangkap dalam satu situasi yang dia tak boleh berubah seperti sepatutnya, apatah lagi untuk jadi pemimpin, kurangnya mereka yang semangat bercakap tentang demokrasi, perkara-perkara berkaitan masyarakat.
"Kini kita nak kembalikan kesedaran kepada belia dengan melahirkan satu kumpulan manusia yang bercakap mengenainya... sebab itu Parlimen Belia satu platform untuk mereka dan mencorak mereka untuk jadi pemimpin," katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab dengan media sempena perjumpaan bersama ketua pengarang media dan agensi, berkaitan pembukaan Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 di Parlimen, hari ini.
Johari berkata cadangan itu masih di peringkat awal dan sekiranya dapat direalisasikan, pemilihan wakil dalam parlimen Belia ini, dicadang agar diadakan dua tahun sekali dan individu yang dipilih pula dalam kalangan pengundi berumur 16 hingga 35 tahun.
Beliau berkata had umur itu memadai dan bersesuaian, kerana pelajar yang terpilih dapat kembali ke sekolah atau institusi mereka sebagai pemimpin pelajar, manakala individu dewasa boleh kembali kepada masyarakat sebagai pemimpin setempat.
"Mungkin selepas dia jadi wakil Parlimen Belia, dia mahu jadi Ahli Parlimen sebenar dan masuk parti mana-mana dan berperanan sebagai pemimpin sebenar.
"Kami akan bekerjasama dengan SPR dan melihat bagaimana pilihan raya itu boleh dilakukan, dan memilih yang terbaik dalam kalangan belia...secara peribadi saya katakan kita harus melabur banyak untuk pemimpin masa depan dan cuba membetulkan apa yang berlaku pada masa ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 19 2024
Johari berkata cadangan itu, bagi membolehkan Parlimen Belia dijadikan platform untuk mengasah bakat kepimpinan belia, sekali gus melahirkan pemimpin pelapis. - Gambar Bernama
China rakan penting Malaysia dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital - Teo
China merupakan rakan kongsi penting dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital di Malaysia.
Kematian Raisi, Amirabdollahian kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam - Mohamad
Kematian Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya, Dr Hossein Amirabdollahian merupakan satu kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam.
AWANI Ringkas: Kes denggi meningkat, 40 maut sejak Januari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Luncur air di tengah padang pasir di Arab Saudi
Aquarabia ialah sebuah taman tema air dengan kolam ombak buatan manusia terbesar di Asia Barat.
Jenazah suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan
Jenazah suspek lelaki yang mati ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan di Pusara Islam Sungai Tiram, Ulu Tiram.
Elon Musk lancar Starlink di Indonesia
ELON Musk dan Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin, telah melancarkan perkhidmatan Starlink di Indonesia semalam.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 2 anggota terkorban diklasifikasi Syahid Akhirat
Jawatankuasa Fatwa mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dan simpati ke atas suspek di atas tindakannya membunuh polis.
Lai Ching-te bakal angkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan
Lai Ching-te dari Parti Progresif Demokratik yang memerintah Taiwan, dijadualkan mengangkat sumpah dan memulakan tugas sebagai presiden pulau itu pada Isnin.
Garis Panduan Penapisan Filem baharu diperkenal - Saifuddin
Garis Panduan Penapisan Filem baharu diperkenalkan hari ini bagi memastikan penggiat seni hasilkan karya berkualiti dan mempunyai nilai estetika tanpa menyentuh perkara sensitif.
Siti Bainun tarik rayuan tangguh hukuman penjara 12 tahun
Siti Bainun menarik balik permohonan untuk menangguhkan hukuman penjara 12 tahun atas dua sabitan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom down dikenali Bella.
Akta Sewaan Kediaman perlu digubal segera bagi pelihara hak pemilik, penyewa
Pertubuhan Sewaan Kediaman Kebangsaan hari ini meminta kerajaan menggubal Akta Sewaan Kediaman dengan segera bagi memastikan hak pemilik kediaman dan penyewa sentiasa terpelihara di negara ini.
UNDP, Malaysia teruskan kerjasama pemantapan institusi legislatif, pembangunan bakat dan belia
Johari dan Xu terlibat dalam perbincangan yang membuahkan hasil positif dalam pelbagai bidang khususnya mengenai pemerkasaan Parlimen.
Enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu kosongkan kerusi - Nazri
Beliau menegaskan perkara itu merupakan asas utama akta tersebut dicadangkan dan dibentangkan di parlimen pada tahun 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 Mac 2024.
Dewan Rakyat ditangguh selepas 19 hari bersidang
Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 melabuhkan tirai hari ini selepas 19 hari bersidang bermula 26 Feb lepas.
Parlimen: 2.1 juta murid manfaatkan penggunaan DELIMa
Inisiatif itu mengandungi pelbagai perkhidmatan, aplikasi dan kandungan yang ditambah baik secara berterusan sesuai dengan perkembangan teknologi yang terkini.
Trend serangan siber meningkat - Gobind
Bagaimanapun katanya, terdapat perkembangan positif direkodkan pada 2023 apabila hanya 3,232 kes dilaporkan kepada NACSA.
Parlimen: Cadangan pindaan Akta Rukun Tetangga sedang dikemas kini - Saraswathy
Beliau berkata pindaan itu akan memberikan lebih fokus kepada inisiatif rukun tetangga yang sedang dilaksanakan pada masa ini.
Parlimen: Hasil kerajaan diunjur meningkat kepada RM312.2 bilion pada 2024
Hasil kerajaan Persekutuan pada tahun ini diunjurkan meningkat kepada RM312.2 bilion selepas mengambil kira langkah cukai Belanjawan 2024, disumbangkan kutipan hasil cukai yang lebih tinggi.
265 taska tempat kerja berdaftar dengan JKM tahun lepas
Sebanyak 265 taman asuhan kanak-kanak (Taska) di tempat kerja berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara sepanjang tahun lepas membabitkan agensi kerajaan dan swasta.