SHAH ALAM: Dianggarkan sebanyak RM25 bilion dapat dijimatkan sekiranya kerajaan mengamalkan sepenuhnya sistem perolehan tender terbuka seperti ditegaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EMIR Research, Datuk Rais Hussin Mohamed Ariff berkata, penjimatan itu meliputi beberapa projek yang sedang dan bakal dilaksanakan termasuk projek pelancaran 5G yang diterajui Digital Nasional Berhad (DNB).
"Walaupun projek ini akan dilancarkan secara berfasa dalam tempoh 10 tahun, tetapi kos upfront (kos masa hadapan ditanggung sekarang) kerana bon yang dikeluarkan adalah jangka masa panjang.
"Nilai pinjaman juga secara keseluruhannya sudah mencecah RM12 billion (termasuk pinjaman bank). Ia lebih kurang 0.01 peratus daripada KDNK negara.
"Walaupun jumlahnya nampak kecil, tetapi ia tidak mengambil kira pembaziran dan ketirisan dari tahun yang lalu dan juga daripada aktiviti lain seperti rasuah dan penyelewengan," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Pada Selasa, Anwar menegaskan kerajaan tidak lagi akan melaksanakan amalan kelulusan perolehan projek kerajaan tanpa tender.
Menurutnya, EMIR Research menggangarkan kira-kira RM3 trilion telah lenyap akibat rasuah, penyalahgunaan kuasa dan ketirisan dalam jangka masa 25 tahun ini.
"Jadi kalau angka purata diambil, dianggarkan RM12 bilion telah hilang. RM12 bilion ataupun RM24 bilion-RM25 bilion merupakan wang rakyat yang boleh disalurkan kepada subsidi tersasar melibatkan golongan berpendapatan rendah," katanya.
Beliau berkata, sistem tender terbuka adalah amalan telus yang radikal dan rundingan terus sepatutnya dihapuskan termasuk tender terhad dan tender terkawal.
"Jadi, sistem pentadbiran mesti menjalani satu pembersihan dalaman supaya budaya tender terbuka benar-benar diterapkan dan bukan sekadar melafaz (lip service) ataupun tindak balas paparan sahaja.
"Oleh itu, model input-output-outcome/hasil-impak (IOOI) mesti dipraktikkan dalam semua peringkat perolehan daripada perancangan bajet sehingga pelaksanaan bajet," ujarnya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Nov 30 2022
Rais Hussin berkata, penjimatan itu meliputi beberapa projek yang sedang dan bakal dilaksanakan termasuk projek pelancaran 5G yang diterajui Digital Nasional Berhad (DNB). -Foto Sinar Harian
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
PMO tentukan kelulusan projek Jana Wibawa, rundingan terus atau tender terbuka - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu bahawa Pejabat Perdana Menteri yang menentukan sama ada kelulusan projek Jana Wibawa melalui rundingan terus atau tender terbuka prakelayakan.
Rundingan secara terbatas dimulakan dalam usaha henti rundingan terus - PM Anwar
Kerajaan telah memulakan rundingan secara terbatas bagi beberapa projek untuk manfaat rakyat dalam usaha menghentikan rundingan terus atau kelulusan perolehan tanpa tender, kata Anwar.
RM80 juta untuk projek Rancangan Tebatan Banjir di Teluk Intan - Nga Kor Ming
Projek RTB sepanjang 6km di pesisir Sungai Perak itu dijangka bermula tahun ini dan siap selewat-lewatnya pada 2026.
Kebanyakan kontrak kerajaan diraih menerusi tender terbuka - Datasonic
Datasonic Group Bhd berkata kebanyakan daripada sembilan kontrak yang diperoleh daripada kerajaan berjumlah RM1.1 bilion dimenangi melalui tender terbuka.
LPT3 dilaksana secara penswastaan menerusi kaedah RFP - Nanta
Cadangan projek LPT3 ini dijangka dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya untuk anak-anak perantau balik ke kampung.
Dasar tender terbuka boleh tingkat pendapatan negara - Ahmad Maslan
Pelaksanaan dasar tender terbuka berupaya untuk mengurangkan kos kepada kerajaan dan meningkatkan pendapatan negara, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan.
Mindef laksana tender terbuka, batal lima perolehan terdahulu
Kementerian Pertahanan (Mindef) telah membatalkan lima perolehan membabitkan bekalan, perkhidmatan dan projek infrastruktur sebagai langkah bagi mengelak berlaku ketirisan dalam perbelanjaan.
Kementerian Pengangkutan semak semula lima projek pembangunan - Anthony Loke
Kementerian Pengangkutan bersetuju membuat semakan semula ke atas lima projek pembangunan yang melibatkan nilai kontrak keseluruhan hampir RM650 juta.
Kerajaan jimat RM25 bilion jika amal tender terbuka
Penjimatan itu meliputi beberapa projek yang sedang dan bakal dilaksanakan termasuk projek pelancaran 5G yang diterajui Digital Nasional Berhad (DNB).
Proses tender terbuka untuk MRT3 berjalan lancar - MRT Corp
Pelaksanaan tender terbuka ini bertujuan untuk menarik bida yang paling kompetitif.