KUALA LUMPUR: Kerajaan melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) memuktamadkan Garis Panduan Perancangan Laluan Kenderaan Mikromobiliti yang memperincikan mengenai pembangunan dan reka bentuk laluan bagi kenderaan tersebut.
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata, garis panduan itu memberi fokus kepada elemen keperluan infrastruktur serta kemudahan sokongan yang lain bagi kenderaan mikromobiliti iaitu jenis moped, personal mobility devices (PMD) dan personal mobility aids (PMA).
"Garis panduan ini disediakan sebagai dokumen panduan dan rujukan kepada jabatan atau agensi persekutuan, pihak berkuasa negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pihak berkepentingan dalam merancang, membangunkan dan mereka bentuk laluan kenderaan mikromobiliti di kawasan pembangunan sedia ada dan pembangunan baharu.
"Dalam hubungan ini, pihak-pihak yang berkuasa berkenaan hendaklah menyediakan suatu infrastruktur jalan yang selamat bagi penggunaan kenderaan mikromobiliti tersebut, berdasarkan kepada garis panduan yang telah dibangunkan atau ditetapkan," katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) yang ingin tahu solusi untuk pengusaha perkhidmatan sewaan kenderaan mikromobiliti yang terjejas pendapatan akibat penguatkuasaan undang-undang larangan penggunaan kenderaan mikromobiliti di atas jalan raya.
Di samping itu, Hasbi berkata Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) juga sedang merangka satu keperluan spesifikasi atau program penilaian keselamatan berhubung kenderaan mikromobiliti, selain melihat keperluan mewujudkan satu standard atau piawaian kenderaan itu.
"Shah Alam melalui Majlis Bandaraya Shah Alam telah dipilih sebagai lokasi pertama pengujian atau lebih dikenali sebagai sandbox bagi menguji pakai kesemua garis panduan ini. Garis panduan dan projek sandbox ini akan dirasmikan pada 12 Mac 2023 di Shah Alam," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 08 2023
Hasbi berkata, garis panduan itu memberi fokus kepada elemen keperluan infrastruktur serta kemudahan sokongan yang lain bagi kenderaan mikromobiliti. - Bernama
AWANI Ringkas: Setakat ini hanya ibu bapa Zayn ditahan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Melly Goeslow nyata masih hebat, memukau peminat di Axiata Arena
Konsert selama lebih dua jam itu nyata memukau kira-kira 9,000 peminatnya yang rata-rata hadir dengan pakaian sekolah.
Emir Kuwait lantik Sheikh Sabah Khaled Al Sabah sebagai putera mahkota
Emir Kuwait, Mishal Al Ahmad Al Jaber Al Sabah mengeluarkan dekri melantik Sabah Khaled Al Hamad Al Sabah sebagai putera mahkota.
Dua pembantu penguasa kastam didakwa atas tuduhan rasuah
Dua Pembantu Penguasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia didakwa di atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM4,300.
Segera siasat dakwaan kontena Israel berada di Iskandar Puteri - Ahmad Zahid
Siasatan terhadap dakwaan kewujudan kontena syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM, di sebuah pelabuhan di Iskandar Puteri, Johor perlu disegerakan.
Ekosistem kewangan Islam berpotensi tarik lebih banyak pelaburan ke Malaysia
Mohd Zukime berkata, pelabur daripada negara Islam mencari peluang pelaburan yang mematuhi prinsip Syariah.
Shereen lebur rekod kebangsaan 400m miliknya di Tennessee
Atlet olahraga wanita negara Shereen Samson Vallabouy berjaya meleburkan rekod kebangsaan miliknya dalam acara 400 meter (m) pada Kejohanan Music City Track Carnival di Tennessee, Amerika Syarikat.
McDonald's Malaysia bersama Palestin, derma RM1 juta kepada tabung kemanusiaan
Azmir berkata pekerja restoran makanan segera itu telah mengumpul dana lebih RM100,000 untuk membantu mereka yang terjejas di Palestin.
KKM siasat peniaga rendam sotong dalam ‘tong sampah’
Peniaga lelaki berkenaan tular di aplikasi X apabila menggunakan tong yang biasanya digunakan sebagai tong sampah untuk merendam bahan jualannya itu sehingga mengundang kecaman ramai.
Polis tembak mati dua lelaki di R&R Tanjung Malim
PDRM mengesahkan dua lelaki ditembak mati dalam kejadian berbalas tembak dengan polis di Hentian Sebelah Tanjung Malim arah utara, Perak.
Johari ketuai delegasi Parlimen Malaysia ke Jepun
Menurut Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat, lawatan rasmi itu atas undangan Speaker Dewan Perwakilan Jepun Fukushiro Nukaga.
Rakyat Afrika Selatan mula mengundi dalam pilihan raya umum
Rakyat Afrika Selatan mula mengundi pada pagi Rabu untuk pilihan raya umum 2024 negara itu.
Akta Sewaan Kediaman perlu digubal segera bagi pelihara hak pemilik, penyewa
Pertubuhan Sewaan Kediaman Kebangsaan hari ini meminta kerajaan menggubal Akta Sewaan Kediaman dengan segera bagi memastikan hak pemilik kediaman dan penyewa sentiasa terpelihara di negara ini.
UNDP, Malaysia teruskan kerjasama pemantapan institusi legislatif, pembangunan bakat dan belia
Johari dan Xu terlibat dalam perbincangan yang membuahkan hasil positif dalam pelbagai bidang khususnya mengenai pemerkasaan Parlimen.
Enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu kosongkan kerusi - Nazri
Beliau menegaskan perkara itu merupakan asas utama akta tersebut dicadangkan dan dibentangkan di parlimen pada tahun 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 Mac 2024.
Dewan Rakyat ditangguh selepas 19 hari bersidang
Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 melabuhkan tirai hari ini selepas 19 hari bersidang bermula 26 Feb lepas.
Parlimen: 2.1 juta murid manfaatkan penggunaan DELIMa
Inisiatif itu mengandungi pelbagai perkhidmatan, aplikasi dan kandungan yang ditambah baik secara berterusan sesuai dengan perkembangan teknologi yang terkini.
Trend serangan siber meningkat - Gobind
Bagaimanapun katanya, terdapat perkembangan positif direkodkan pada 2023 apabila hanya 3,232 kes dilaporkan kepada NACSA.
Parlimen: Cadangan pindaan Akta Rukun Tetangga sedang dikemas kini - Saraswathy
Beliau berkata pindaan itu akan memberikan lebih fokus kepada inisiatif rukun tetangga yang sedang dilaksanakan pada masa ini.