awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan rancang haramkan produk tembakau kepada individu lahir selepas 2005

Hakim Rahman
Hakim Rahman
28/01/2022
02:15 MYT
Kerajaan rancang haramkan produk tembakau kepada individu lahir selepas 2005
Malaysia merasakan ia (larangan penjualan produk tembakau) akan beri impak besar terhadap (Penyakit Tidak Berjangkit) NCD. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kerajaan merancang untuk mengharamkan produk tembakau terhadap generasi akan datang dengan melarang penjualan rokok dan produk tembakau kepada golongan yang dilahirkan selepas 2005.
Ini bermakna golongan yang berusia 17 tahun hari ini tidak akan dapat membeli produk tersebut secara sah dari segi undang-undang apabila mereka mencapai umur tertentu untuk merokok tahun depan.
Perkara itu dinyatakan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada sesi ke-150 pada Mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia di Geneva.
"Malaysia ingin menekankan peranan tembakau dalam Penyakit Tidak Berjangkit (NCD). Kami seperti negara di Pejabat Serantau bagi Pasifik Barat (WPRO) di negara lain, berharap dapat meluluskan undang-undang yang jika berjaya, akan melarang penjualan produk tembakau kepada sesiapa yang lahir selepas tahun 2005.
"Malaysia merasakan ia akan beri impak besar terhadap NCD," katanya dalam video yang dikongsi di akaun Twitter beliau.
Announcing Malaysias legislative plans for a tobacco generation endgame to not sell smoking products to anyone born after 2005 at the @WHO #EB150 . pic.twitter.com/CfX44NurAB
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) January 27, 2022
Larangan merokok berdasarkan generasi akan sama seperti rancangan New Zealand untuk menaikkan umur merokok yang sah di sisi undang-undang sebanyak setahun, setiap tahun, mulai 2027.
BACA: New Zealand rancang larangan sepanjang hayat jualan rokok
Ia pada dasarnya memastikan produk tembakau dilarang kepada golongan yang lahir selepas 2008.
Khairy sebelum ini dilaporkan akan membentangkan Akta Kawalan Tembakau dan Merokok terbaru dalam mesyuarat Parlimen akan datang, yang akan menggantikan undang-undang kawalan tembakau sedia ada di bawah Akta Makanan 1983.
BACA: Malaysia selaras Pelan Strategik untuk NCD dengan Hala Tuju Pelaksanaan WHO
Undang-undang baru itu juga dilaporkan akan mengawal selia e-rokok dan produk vape.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#vape
#tembakau
#WHO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan