Kerajaan sentiasa bersikap terbuka dalam isu pindaan Perlembagaan Persekutuan 1994 yang mengehadkan kuasa Yang Di-Pertuan Agong.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said bagaimanapun berkata, ia perlu dikaji secara menyeluruh untuk mengelakkan persepsi kerajaan yang tidak konsisten.
"Apa sahaja pindaan tidak mustahil dilakukan seandainya ada arahan dan mengikuti semua prosedur undang-undang yang ditetapkan.
"Kalau Kabinet minta dikaji kita kaji. Selagi tidak diarah, saya secara peribadi melihat apa yang termaktub di dalam Perlembagaan itulah undang-undang masa kini.
"Kalau perlu diubah, memang undang-undang itu boleh diubah, tetapi kalau diubah ia perlu justifikasi," katanya semasa sidang mesia selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Jawatankuasa Kerja Khas Jabatan Bantuan Guaman (JBG), Jabatan Perdana Menteri di bangunan Parlimen di sini, hari ini.
Sebelum ini, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, UMNO tidak berhasrat untuk mengubah semula pindaan Perlembagaan Persekutuan 1994 yang mengehadkan kuasa Yang Di-Pertuan Agong.
Bagaimanapun, Hishammuddin berpendapat, masih ada ruang penambahbaikan supaya pindaan yang telah dibuat itu memberi kebaikan untuk negara.
Terdahulu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menegaskan, pindaan yang dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad semasa pemerintahannya adalah atas dasar kepentingan peribadi bekas Perdana Menteri itu.
Sementara itu, Azalina ketika mengulas objektif utama penubuhan Jawatankuasa Kerja Khas JPG berkata ia adalah untuk menaik taraf dan meningkatkan lagi akses rakyat kepada keadilan dan perkhidmatan perundangan di dalam negara.
"Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat kali ini adalah mengenal pasti langkah-langkah supaya bantuan guaman dapat diberikan dengan lebih efektif dan efisien dan merangka tadbir urus sumber bantuan guaman untuk membolehkan bantuan guaman mudah diakses dengan kos yang berpatutan kepada rakyat secara adil.
BACA: Kembalikan kuasa Agong, wujud semak dan imbang - Pakar Perlembagaan
BACA: Dr Mahathir mohon maaf kepada Agong
"Selain itu kita turut membincangkan pendekatan yang inovatif untuk meminimumkan kebergantungan rakyat terhadap bantuan guaman serta mengkaji pendekatan-pendekatan baharu untuk mentransformasi perkhidmatan bantuan guaman dalam negara," jelasnya.
Wan Syamsul Amly
Mon Aug 29 2016
Azalina ketika mengulas objektif utama penubuhan Jawatankuasa Kerja Khas JPG berkata ia adalah untuk menaik taraf dan meningkatkan lagi akses rakyat kepada keadilan dan perkhidmatan perundangan di dalam negara. - Gambar fail
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Dewan Rakyat lulus pindaan Kanun Keseksaan tangani buli siber
Rang undang-undang yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju.
Kerajaan tingkat akses keadilan, biaya khidmat guaman untuk yang layak - Azalina
Kerajaan terus mengambil langkah meningkatkan akses kepada keadilan dengan membiayai khidmat guaman untuk individu yang layak.
Batu Puteh: PM anggap satu pengkhianatan, laporan RCI dibahas di Parlimen minggu depan - Fahmi
Dewan Rakyat akan membahas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan dalam sidang yang berlangsung minggu depan.
Laporan RCI Batu Puteh dibentang di Dewan Rakyat minggu depan - Johari
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mengesahkan laporan RCI Batu Puteh akan dibentang di sidang Dewan Rakyat minggu depan.
Penubuhan Suruhanjaya Perundangan dan Undang-Undang perlu penelitian mendalam - Azalina
Cadangan penubuhan Suruhanjaya Perundangan dan Undang-Undang memerlukan pertimbangan serta penelitian lebih mendalam.
Waktu bekerja empat hari setengah tertakluk kepada justifikasi kerajaan negeri - Azalina
Cadangan Johor untuk memperkenalkan waktu bekerja empat hari setengah seminggu adalah tertakluk kepada justifikasi kerajaan negeri.
Pemberi maklumat yang mahu perlindungan perlu buat laporan dulu - Azalina
Mana-mana individu yang ingin mendapatkan pelindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 perlu membuat laporan kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab terlebih dahulu.
Dakwaan kumpulan Sulu bebas ambil tindakan terhadap Sabah tidak masuk akal - Azalina
Tuntutan Kumpulan Sulu yang mendakwa mereka bebas untuk mengambil tindakan terhadap Sabah, disifatkan sebagai tidak masuk akal.
Takiyuddin tuntut Azalina perjelas berkaitan Lembaga Pengampunan
Takiyuddin menuntut Azalina membuat penjelasan di Dewan Rakyat berhubung kenyataan mengelirukan mengenai sekretariat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan
Tuntutan Sulu: Mahkamah Agung Perancis umum keputusan bermakna buat kedaulatan Malaysia - Azalina
Mahkamah Agung Perancis hari ini menolak sepenuhnya cabaran perundangan difailkan oleh kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu.