awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes bunuh Tapah: Penduduk sekitar kawasan pembunuhan kejam trauma

Astro Awani
Astro Awani
05/11/2015
13:46 MYT
Kes bunuh Tapah: Penduduk sekitar kawasan pembunuhan kejam trauma
Penduduk Tapah trauma dengan kes pembunuhan kejam - Gambar fail
Penduduk sekitar Tapah trauma dengan penyiaran berita pembunuhan kejam membabitkan sekurang-kurangnya empat individu di Jalan Pahang di kawasan berkenaan.
Walaupun suspek dilaporkan ditangkap, mereka yang ditemui mengakui masih khuatir dengan konco-konco yang masih belum dikenal pasti.
Rata-rata daripada mereka mengakui perasaan takut dan trauma terus wujud dalam diri masing-masing.
Seorang pengusaha kedai makan yang enggan dikenali berkata, suspek jarang meninggalkan bengkelnya selain tidak bercampur dengan orang ramai.
"Sekarang ini memang masih takut-takutlah. Kita takut kalau dia ada geng dia atau kuncu-kuncu dia yang lain. Mungkin mereka berkumpulan itu sebab diorang ini mungkin berkumpulan," katanya. GALERI FOTO: Pembunuhan sadis di Tapah
Sementara itu, seorang penduduk berdekatan rumah suspek yang juga enggan dikenali memberitahu, suspek sering datang memberi bantuan kepada keluarga tersebut setiap kali musim perayaan.
"Apabila saya mengetahui tentang kejadian ini memang saya rasa takut tetapi mangsa saya kenali sebagai seorang yang baik. Namun kita tetap rasa bimbang apabila membayangkan satu keluarga jadi begini," ujarnya.
Dalam pada itu, seorang jiran suspek berkata, suspek sering melarang sesiapa sahaja mendekati kawasan bengkel tersebut dan mengugut untuk melaporkan kepada polis jika ada yang berdegil.
Berita mengenai pembunuhan kejam itu mula disiarkan media masa sejak Isnin lalu.
Isnin lepas, polis menahan sepasang suami isteri dan dua anak lelaki mereka selepas dipercayai terbabit dalam kes bunuh melibatkan sekurang-kurangnya empat individu di sekitar daerah Tapah, 70 kilometer dari sini, minggu lepas.
Kesemua suspek ditahan di sebuah rumah di Jalan Pahang, Tapah pada kira-kira 1.30 tengah hari pada 26 Oktober lalu.
Topic Berkaitan
#bengkel
#Jalan Pahang
#Pembunuhan
#Som Sak Din Keliaw
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan