KUALA LUMPUR: Jumlah kes demam denggi pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-50 tahun ini (ME50/22) dari 11 hingga 17 Dis meningkat 4.2 peratus iaitu 1,950 kes berbanding 1,871 kes pada minggu sebelumnya.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini memaklumkan lima kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada minggu tersebut.
Beliau berkata kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan hingga kini adalah 62,060 kes berbanding 25,161 kes bagi tempoh sama tahun lepas iaitu peningkatan sebanyak 146.7 peratus, manakala 49 kematian akibat komplikasi denggi dilaporkan berbanding 19 kematian bagi tempoh sama pada 2021.
"Sebanyak 58 lokaliti hotspot dilaporkan pada minggu ini berbanding 55 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya dengan 32 lokaliti hotspot berada di Negeri Selangor, 16 lokaliti di Sabah, enam lokaliti di Kuala Lumpur dan Putrajaya dan empat lokaliti di Pulau Pinang," katanya.
Beliau berkata survelan chikugunya pula merekodkan 22 kes pada ME ke-50 dengan 12 kes di Pulau Pinang, lima kes di Perak, Negeri Sembilan (dua kes) dan masing-masing satu kes di Selangor, Melaka serta Terengganu.
"Bagi survelan zika, sebanyak 2,132 sampel darah dan 18 sampel urin telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif," katanya.
Dr Noor Hisham turut menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga bagi mencegah peningkatan kes demam denggi terutama bagi mereka di kawasan terjejas banjir.
"Semasa bencana banjir, semua pihak yang menggunakan pusat pemindahan sementara (PPS) perlu bersama-sama menjaga kebersihan dan membuang sampah di tempat yang telah disediakan.
"Bagi mencegah gigitan nyamuk, pakai pakaian berlengan panjang dan berseluar panjang semasa berada di PPS dan pakai bahan repelan (antiserangga) pada anggota badan yang terdedah," katanya.
Beliau menyarankan agar masyarakat melakukan aktiviti gotong-royong selepas banjir surut untuk menjaga kebersihan kediaman dan persekitaran bagi memastikan ia tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 22 2022
Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini memaklumkan lima kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada minggu tersebut. - Bernama
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.
Kejayaan IJN lakukan 2 pemindahan jantung bukti perlu tingkatkan penderma organ
IJN memaklumkan terdapat terdapat 22 pesakit di pusat rawatan tersebut sedang menunggu penderma yang sesuai untuk menerima pemindahan menyelamatkan nyawa.
Dr Noor Hisham dilantik pengerusi baharu IJN
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulah dilantik sebagai Pengerusi Institut Jantung Negara (IJN) yang baharu, berkuat kuasa 1 Dis lepas.
Nama diperguna, Dr Noor Hisham saman premis minuman herba
Dr Noor Hisham berkata, beliau tidak mempunyai pilihan lain selain mengheret syarikat itu ke mahkamah.
Bekas KP Kesihatan Dr Noor Hisham dilantik Canselor UoC
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Canselor Universiti Cyberjaya (UoC) berkuat kuasa 1 Okt lepas.
Dr Noor Hisham kembali berkhidmat di hospital
Pada setiap hari Isnin, Dr Noor Hisham akan melakukan pembedahan, sementara pada hari Selasa pula memberikan konsultansi di klinik.
Dr Noor Hisham pengerusikan sesi libat urus dan perbincangan TAG UHC di Manila
Mesyuarat akan memfokuskan kepada perbincangan mengenai liputan kesihatan sejagat termasuk pembelajaran daripada impak COVID-19.
Dr Noor Hisham dilantik Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI.
Putri Ariani seorang superstar dan mungkin akan menang Grammy, kata Dr Noor Hisham
Bukan calang-calang bakat Putri Ariani dari Indonesia ini sehingga seluruh dunia mengaguminya.
Dr Muhammad Radzi Ketua Pengarah Kesihatan baharu
Dr Muhammad Radzi menggantikan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang bersara baru-baru ini.