KUALA LUMPUR:Jumlah kes di nnegeri Selangor dijangka berkurangan sehingga 50 peratus jika nilai kebolehjangkitan (Rt) atau R-Naught (R0) dapat dikurangkan sehingga 0.5.

Itu jelas Pakar Mikrobiologi Klinikal, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malayisa (USIM), Profesor Madya Dr Nurul Azmawati Mohamed.

Jelasnya, selepas hampir dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan, nilai R-Naught di Selangor telah menunjukkan angka yang stabil.

"Semasa awal gelombang ketiga pada September lalu, Nilai R-Naught di Selangor adalah 2.2 tetapi selepas dua minggu PKPB dilaksanakan, sekarang nilai R-Naught adalah 0.95.

"Ini bermakna masih ada kes setiap hari, tetapi angka kes harian dilaporkan adalah stabil. Sepanjang minggu lepas, paling sedikit 70 kes dan semalam paling banyak 225 kes. Jadi purata kes dalam 150 sehari, dalam keadaan stabil bukan meningkat," katanya.

BACA: COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)

Malah Jika Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ujarnya dapat mengurangkan nilai R-Naught kepada 0.5 sepertimana yang disasarkan, dia percaya, angka jangkitan harian akan berkurangan sehingga 50 peratus.

"Jadi sebenarnya walaupun R-Naught kurang dari 1.0, tetapi sasaran KKM adalah 0.5. Apabila kurang nilai R-Naught maka kita akan lihat penyusutan kes.

"Contoh jika nilai R-Naught adalah 0.5, kita akan lihat pengurangan kes 50 peratus setiap hari," katanya ketika ditemubual Astro AWANI pada Isnin.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sebanyak 225 kes positif COVID-19 dicatatkan di negeri Selangor.

Daripada jumlah itu, 172 kes daripada kluster aktif. Manakala satu lagi Kluster baharu iaitu Kluster Usaha dicatatkan di negeri itu.