SHAH ALAM: Kes penyelewengan dana RM42 juta milik Syarikat SRC International Sdn Bhd melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat merupakan satu titik penting dalam mengubah politik negara yang lebih beramanah, berintegriti dan demokratik.
Ketua Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Muhamad Nadzri Mohamed Noor berkata, institusi politik negara yang baik amat penting dalam melahirkan sistem semak dan imbang yang telus seterusnya memastikan pembangunan negara secara konsisten.
“Jadi transformasi atau reformasi institusi politik negara itu amat penting. Kalau kita lihat jika Pakatan Harapan (PH) tidak memerintah tempoh hari, mungkin kes (Najib) ini tidak dimulakan.
“Mungkin pemimpin-pemimpin yang kontroversi ini akan terlepas begitu sahaja. Di situ, saya melihat kes ini sebagai satu titik penting diharapkan untuk mengubah politik negara kepada lebih beramanah, berintegriti dan demokratik.
“Kerana kita bukan bercerita tentang seseorang, kita bercerita tentang nasib lebih 30 juta rakyat Malaysia dan pelbagai isu-isu lain,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika dalam program Wacana Sinar Edisi ke-362 bertajuk Najib ke Penjara: Apa Nasib BN? yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Selasa.
Turut diundang menjadi panelis adalah Penganalisis Keselamatan dan Politik, Dr Noor Nirwandy Mat Noordin, manakala Nani Roslan sebagai moderator.
Ulas beliau, kes-kes melibatkan penyelewengan dana daripada ahli-ahli politik dilihat memberi kesan yang besar kepada negara sama ada dari sudut pembangunan, keselamatan dan lain-lain.
“Sebenarnya kita terkesan dengan politik personaliti, politik penaungan, amalan politik semasa yang terlalu ilitis dan juga perbezaan antara politik dan ekonomi yang kabur.
“Jadi bila ada reformasi atau transformasi institusi politik, kita boleh melihat mula ada semak dan imbang, namun perjalanan ke arah pencerahan dan demokrasi itu, ia tidak mudah kerana ada turun dan naik,” ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Aug 23 2022
Muhamad Nadzri ketika dalam program Wacana Sinar Edisi ke-362 bertajuk 'Najib ke Penjara: Apa Nasib BN?' yang disiarkan platform digital Sinar Harian pada Selasa. - Foto Sinar Harian
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Najib miliki kuasa penuh dalam SRC - Bekas pengarah
Bekas pengarah SRC International memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa Najib mempunyai kuasa penuh untuk membuat semua keputusan dalam SRC.
AS$8.99 juta diterima BVI dikawal sekutu Jho Low - Saksi
Seorang penyelesai hutang (liquidator) memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa bayaran AS$8.99 juta diterima syarikat Blackstone Real Asia Estate Partners Ltd (BVI) dikawal oleh sekutu Jho Low.
Tiada temu bual terhadap Pengarah SRC atas urus niaga syarikat - Saksi
Penyelesai hutang bagi SRC BVI memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa dia tidak menemu bual mana-mana pengarah SRC International berkaitan urus niaga syarikat itu.
AS$120 juta pinjaman KWAP kepada SRC masuk ke akaun peribadi Najib - Saksi
Datuk Seri Najib Tun Razak menerima AS$120 juta daripada hasil pinjaman KWAP kepada SRC International Sdn Bhd antara Dis 2011 hingga Mei 2012, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.
Bekas pengurusan kanan bank BSI mengaku tidak semak dakwaan Jho Low
Bekas pengurusan kanan bank BSI mendedahkan pihak bank tidak pernah melakukan semakan untuk mengesahkan Jho Low bertindak bagi pihak Najib berkaitan hal ehwal SRC International.
SRC mangsa penipuan berskala besar yang didalangi Najib - Peguam
Peguam utama SRC International Datuk Lim Chee Wee berkata Najib melakukan kesalahan ini melalui pelbagai jawatan awam yang dipegang beliau.
Najib akan mohon pengampunan kali kedua - Shafee
Peguamnya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan permohonan itu dibuat disebabkan anak guamnya tidak mendapat keadilan ketika perbicaraan dan proses Lembaga Pengampunan.
Kes Najib: Perlu pendekatan proaktif dari segi komunikasi - Penganalisis
Rozhan Othman berpendapat, kelemahan komunikasi ini menyebabkan timbul bermacam pandangan berhubung perkara tersebut.
Najib hanya terima belas ihsan, bukan pengampunan penuh - Prof Shamrahayu
Lembaga Pengampunan bukanlah satu badan yang berperanan seperti mahkamah, tetapi lebih kepada memberikan belas kasihan atau belas ihsan kepada pesalah.
Hukuman Najib turun kepada 6 tahun, denda RM50 juta
Hukuman penjara bekas Perdana Menteri itu dikurangkan daripada 12 tahun ke 6 tahun, dan denda terhadapnya dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.