HULU TERENGGANU: Polis Terengganu mengesan kes penipuan inap desa kembali berulang di negeri itu pada musim cuti persekolahan yang bermula Jumaat lalu.
Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata, pihaknya menerima aduan berhubung kejadian itu yang melibatkan kerugian RM2,900 susulan rumah yang ditawarkan bukan milik individu sebenar.
Katanya, suspek dipercayai menggunakan helah dengan mengiklankan inap desa milik orang lain dan meletakkan nombor telefon miliknya.
"Kita faham apabila musim cuti sekolah, Terengganu merupakan salah satu destinasi utama untuk mereka datang melancong.
"Bagaimanapun, ada kejadian yang berulang lagi di mana di musim yang lalu banyak terdapat kes yang melibatkan penipuan sewaan homestay.
"Maksudnya, di sini mereka membuat tempahan dalam talian, bagaimanapun yang diiklankan itu adalah berbentuk menipu," katanya.
Beliau berkata, mangsa dikatakan menyewa inap desa untuk rakannya yang akan bertandang ke negeri itu namun rumah yang ditawarkan itu bukan milik sebenar suspek.
Justeru, pihaknya masih menyiasat kejadian terbabit dan berharap orang ramai yang ingin membuat tempahan inap desa di negeri itu supaya lebih berhati-hati.
Katanya, mereka juga perlu lebih berwaspada dan membuat penilaian secara mendalam sebelum menempah serta membuat pembayaran bagi mengelakkan terjerat dengan kes penipuan seperti itu.
Nur Fazlizai Ali
Sat Sep 03 2022
Rohaimi berkata, pihaknya masih menyiasat kejadian terbabit dan berharap orang ramai yang ingin membuat tempahan inap desa di negeri itu supaya lebih berhati-hati. - Foto fail/BERNAMA
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
Lelaki ditahan lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan
Polis menahan seorang lelaki tempatan disyaki melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan di sebuah inap desa di Tampin, dekat sini pada Sabtu lepas.
Polis tahan lelaki bantu siasatan kamera tersembunyi dalam inap desa
Lelaki berusia 20-an itu ditahan di Kuala Lumpur petang ini hasil maklumat awam dan risikan yang dijalankan oleh pihak polis.
Polis kesan lelaki bantu siasatan kes kamera tersembunyi inap desa
Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung dakwaan oleh seorang wanita diintip menerusi kamera tersembunyi di dalam bilik air di sebuah inap desa di Jelutong.
Polis siasat dakwaan kamera tersembunyi di inap desa
Polis menerima laporan daripada seorang wanita mendakwa diintip menerusi kamera tersembunyi di dalam bilik air ketika menginap di sebuah inap desa di Jelutong.
Cuti panjang, musim perayaan beri limpahan rezeki kepada pengusaha inap desa Sabah
Penginapan berbentuk inap desa menjadi pilihan ramai pelawat terutama golongan berkeluarga yang mengambil peluang bercuti ke Sabah ketika musim cuti yang panjang, biasanya di hujung tahun.
Nikmati suasana Ramadan, Syawal di inap desa produk baharu pelancongan mesra Muslim
Pemain industri bersedia menawarkan pakej berkenaan di lokasi inap desa terpilih di seluruh negara bagi memulakan inisiatif ini.
Polis bongkar inap desa 'simpan' PATI di Jalan Kebun
Serbuan ini membawa tangkapan 59 warga asing termasuk 12 wanita berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun.
MOTAC pandang serius dakwaan pasang kamera tersembunyi di inap desa Sabah - Tiong
Kerajaan Negeri Sabah, MOTAC Sabah dan agensi berkaitan diminta ambil tindakan serius dan sewajarnya terhadap dakwaan tersebut.
Budak 5 tahun lemas dalam kolam renang
Kejadian kira-kira jam 5.05 petang itu disedari bapanya yang berusia 36 tahun.
Rumah inap kampung yang nostalgik semakin diminati
Rumah inap atau homestay dengan suasana kampung yang nostalgik, semakin diminati orang ramai yang ingin lari daripada hiruk-pikuk di bandar.