awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes wanita hamil mati dengan kesan tembakan, polis masih buru 'Aimay'

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
20/06/2022
08:05 MYT
Kes wanita hamil mati dengan kesan tembakan, polis masih buru 'Aimay'
Muhamad Zaki berkata setakat ini pihaknya masih mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh Farrah Emirah Mazlan. - Gambar fail
KOTA BHARU: Polis meminta orang ramai tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang wanita mengandung yang ditemukan dengan kesan tembakan di bahagian perut dalam sebuah kereta diparkir di tepi jalan di Kampung Repek, Pasir Mas, Kelantan awal bulan ini.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, setakat ini pihaknya masih mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh Farrah Emirah Mazlan, 26, itu.
"Kita meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu mengesan pelaku berkenaan dan berkongsi maklumat terbabit di balai polis yang berhampiran," katanya selepas Majlis Himpunan Bulanan Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, di sini, pagi tadi.
BACA: Wanita mengandung ditemui maut dengan kesan tembakan pada perut
Ditanya berhubung kemungkinan suspek telah melarikan diri ke Thailand, Muhamad Zaki memaklumkan pihaknya sedang berusaha menjejaki suspek dan akan meminta bantuan pihak di sana sekiranya mempunyai maklumat berkaitan.
Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, lelaki dikenali sebagai Zulhakimy Aiman Suhaidruddin, 21, atau nama gelarannya 'Aimay' yang berasal dari Kampung Pak Jak dikehendaki polis untuk membantu siasatan.
Mayat, wanita yang mengandung tujuh bulan itu ditemui mati terkena tembakan di perut kirinya dalam kereta Nissan Cefiro pada 4 Jun lalu.
Turut ditemukan satu kelongsong peluru di bahagian kaki tempat duduk penumpang belakang sebelah pemandu.
Jenayah | Wanita hamil ditembak mati, buruh direman lima hari
Topic Berkaitan
#wanita mengandung
#Aimay
#maut ditembak
#Pasir Mas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan