KUALA LUMPUR: Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) menafikan dakwaan pemain hoki negara Kirandeep Kaur di laman media sosial berhubung kesukaran dihadapinya untuk melanjutkan pengajian di universiti dan mendapatkan biasiswa.
KHM dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya bersama Majlis Sukan Negara (MSN), jurulatih kebangsaan Nasihin Nubli Ibrahim dan pengurus pasukan Siti Amarina Ruhani sememangnya mengambil maklum tentang keputusan cemerlang Kirandeep serta sudah menguruskan proses pengajian pemain itu sebaik sahaja tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.
Menurut KHM, pihaknya bersama MSN turut memantau perkembangan pengajian Kirandeep yang sudah diterima masuk mengikuti program matrikulasi di Gambang pada Mei 2021 sebagai langkah pertama dalam proses untuk beliau melanjutkan pengajian.
"Selain elaun latihan diteruskan, Kirandeep juga diberi kelonggaran serta sokongan dari segi latihan yang dijalankan secara dalam talian serta di pusat matrikulasi Gambang sepanjang tempoh pengajian di Gambang dari Mei 2021 hingga Mei 2022.
"(Kelonggaran) ini merangkumi keputusan Kirandeep untuk tidak mewakili pasukan kebangsaan untuk kejohanan Juara-Juara Asia di Korea (Disember 2021) dan Piala Asia (Januari 2022) atas sebab ingin memberi tumpuan kepada pengajian matrikulasi," katanya.
Menurut KHM, Kirandeep memohon sendiri kepada Universiti Awam melalui proses Unit Pengambilan Universiti (UPU) dan salinan permohonannya dimajukan kepada Ahli Lembaga KHM pada 12 Mac dan 28 April lepas.
"Ahli Lembaga memberikan maklum balas bahawa segala bantuan yang dapat dibuat akan dijalankan sepertimana dibuat untuk semua atlet kebangsaan.
"KHM sudah membincangkan perkara berkenaan dengan pegawai di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang memberi maklum balas amat baik untuk memberi perhatian kepada perkara berkenaan," katanya.
KHM melahirkan rasa terkilan dengan kenyataan Kirandeep di laman Twitter pada Khamis lepas dan menganggap ia sebagai satu perkara yang serius memandangkan pelbagai usaha serta bantuan sudah pun dilakukan bagi membantu pemain itu.
"MSN, Kementerian Belia dan Sukan serta KPT mempunyai sistem yang amat terperinci serta menyeluruh untuk memastikan kesemua atlet diberi peluang untuk menyerlah dalam sukan dan akademik.
"KHM juga ingin menyatakan bahawa proses melanjutkan pelajaran adalah sesuatu yang mesti memberi penghormatan kepada prasyarat akademik untuk setiap bidang pengajian serta pencapaian pelajar berkenaan dalam bidang kokurikulum," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 10 2022
KHM menafikan dakwaan pemain hoki negara Kirandeep Kaur di laman media sosial berhubung kesukaran dihadapinya untuk melanjutkan pengajian di universiti dan mendapatkan biasiswa. - Foto Malaysian Hockey Confederation
Penolong pegawai mengaku tidak bersalah kemuka tuntutan palsu, salah guna harta
Seorang penolong pegawai Jabatan Perangkaan Negeri Melaka berhadapan enam pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu dan menyalahgunakan harta.
Pantau Agenda Reformasi: Apa kedudukan 6 MP & 1 ADUN Bersatu?
Saya ingin bersama dengan Dr Mohammad Tawfik Yaakub, Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Pentadbiran & Politik, Universiti Malaya
Malaysia, Kazakhstan sepakat perkukuh hubungan, teroka kerjasama baharu
Malaysia dan Kazakhstan sepakat untuk terus memperkukuhkan hubungan yang terjalin sejak 16 Mac 1992, serta meneroka peluang kerjasama baharu.
Pecah amanah: JSJK dedah dua kes baharu oleh firma guaman, pelanggan rugi RM8 juta
JSJK mendedahkan dua kes terbaharu membabitkan jenayah pecah amanah oleh firma guaman melibatkan kerugian wang pelanggan berjumlah RM8 juta.
Bersatu hantar surat kepada semua Ahli Parlimen, ADUN
Parti Pribumi Bersatu Malaysia sudah menghantar surat arahan bertulis majlis pimpinan tertinggi parti kepada semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri parti itu.
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, surat itu mengandungi lima perkara utama bagi mengingatkan ahli parti tentang tanggungjawab mereka di bawah perlembagaan Bersatu.
Enam ahli Bersatu yang berpaling tadah dengan menyatakan sokongan kepada kerajaan Perpaduan diberi tempoh 14 hari untuk mengakui menerima dan mengesahkan pematuhan semua arahan yang dilampirkan bersama surat khusus yang dihantar kepada mereka.
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, surat itu mengandungi lima perkara utama bagi mengingatkan ahli parti tentang tanggungjawab mereka di bawah perlembagaan Bersatu.
Enam ahli Bersatu yang berpaling tadah dengan menyatakan sokongan kepada kerajaan Perpaduan diberi tempoh 14 hari untuk mengakui menerima dan mengesahkan pematuhan semua arahan yang dilampirkan bersama surat khusus yang dihantar kepada mereka.
Baling bom petrol di pusat hiburan: dua lagi lelaki didakwa
Peguam M.V. Yoges yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan Muhammad Hasan mempunyai tanggungan enam orang anak serta isteri yang menghidap asma serta ibu mentua yang sakit tua
[TERKINI] Tujuh individu termasuk ahli keluarga direman pada Sabtu
Tujuh individu yang ditahan berhubung insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru akan dibawa ke Mahkamah Majistret pada Sabtu bagi mendapatkan perintah reman.
TPM Fadillah ketuai delegasi Malaysia ke Forum Air Dunia di Bali
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengetuai delegasi Malaysia ke Forum Air Dunia kali ke-10 di Bali dari 18 hingga 21 Mei atas jemputan Presiden Indonesia, Joko Widodo.
Kazakhstan beri peluang syarikat Malaysia teroka bidang baharu
Kazakhstan bersetuju memberi peluang kepada syarikat Malaysia untuk meneroka pelbagai bidang di negara Asia Tengah itu termasuk perlombongan dan tenaga boleh baharu.
Baling bom petrol di pusat hiburan: Dua lagi lelaki didakwa
Dua lelaki mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan khianat dengan membaling bom petrol di sebuah pusat hiburan di ibu kota.
Skuad hoki 5S terima durian runtuh RM96,000
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menunaikan janjinya apabila meluluskan insentif kemenangan sebanyak RM96,000 kepada skuad Hoki 5 sebelah (5s) lelaki kebangsaan.
Piala Dunia Remaja Lelaki 2023: Young Tigers mampu lakar kejutan - Subahan
KHM yakin skuad Young Tigers mampu memberikan kejutan dalam Kumpulan A Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki 2023 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, dari 5 hingga 16 Dis ini.
Tak mahu lagi 'tangkap muat', KHM mahu cari pemain tetap skuad hoki dalam dewan
Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) merancang memiliki pemain secara tetap bagi skuad hoki dalam dewan lelaki dan wanita pada masa depan.
KHM nafi dakwaan pemain hoki wanita negara
KHM menafikan dakwaan pemain hoki negara Kirandeep Kaur di laman media sosial berhubung kesukaran dihadapinya untuk melanjutkan pengajian di universiti dan mendapatkan biasiswa.
KHM rangka kertas kerja mohon imbuhan persiapan ke Piala Dunia 2023
Dana tersebut diperlukan antaranya untuk mengambil jurulatih fizikal yang berkepakaran tinggi.
Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia: Maafkan saya - Faizal Saari
Hanya ungkapan maaf mampu dituturkan penyerang skuad hoki lelaki kebangsaan Faizal Saari, selepas disahkan positif COVID-19 pada 8 Dis lepas.
Skuad hoki Malaysia kini naik tangga ke-10 hoki dunia
Setelah berusaha selama 18 tahun, skuad hoki lelaki kebangsaan akhirnya berada dalam kelompok 10 pasukan terbaik dunia setelah menampilkan aksi memberangsangkan pada Siri Jelajah United Kingdom 2021.
Bekas jurulatih hoki wanita negara William Fidelis meninggal dunia
Fidelis, bekas pemain hoki Negeri Sembilan pada era 60-an dan 70-an, menghembuskan nafas terakhir pada usia 87 tahun.
KHM bangga dua pegawai dipilih adili kejohanan antarabangsa
Subahan Kamal mengucapkan tahniah kepada kedua-dua jawatankuasa itu atas pelantikan dua pegawai berkenaan.
Reezal Merican arah PSM hantar laporan keadaan padang hoki
Keadaan padang sintetik itu mengalami masalah sehingga aksi Liga Hoki Malaysia di antara PDRM Blue Warriors dan UniKL Ladies, terpaksa dipindah ke padang 2.