awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kluster PUI Sivagangga: 45 positif COVID-19, merebak ke tiga negeri

Astro Awani
Astro Awani
09/08/2020
10:38 MYT
Kluster PUI Sivagangga: 45 positif COVID-19, merebak ke tiga negeri
Dr Noor Hisham berkata, saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif masih diteruskan.
Seramai 45 individu dikesan positif COVID-19 dalam Kluster PUI Sivagangga setakat hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, semua mereka disaring daripada 4,636 orang di tiga negeri iaitu Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.
"Seramai 4,078 orang telah disaring di Kedah dan daripada jumlah itu, seramai 31 orang didapati positif COVID-19, 4,020 individu negatif dan 27 individu masih menunggu keputusan.
"Di Perlis, 390 orang disaring, dengan 11 kes dikesan positif COVID-19 dan 379 individu masih menunggu keputusan.
"Hasil saringan 168 individu di Pulau Pinang, tiga kes dikesan positif COVID-19, 85 individu negatif dan 80 individu masih menunggu keputusan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) masih diteruskan.
"Langkah-langkah pencegahan seperti proses nyah kuman dan nyah cemar juga turut dijalankan di kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti berkait rapat dengan kluster ini," ujarnya.
BACA: Dua kluster baharu dikesan. Ini lima tumpuan kenyataan media COVID-19
BACA: Kes baharu COVID-19 kembali dua angka
BACA: COVID-19: Dua kluster baharu dikesan, Kluster Kurau, Meranti
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kedah
#kes positif
#kesihatan
#koronavirus
#Kuala Lumpur
#Noor Hisham Abdullah
#Perlis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan