Sebagai persediaan mendepani pandemik COVID19 ke tahap paling kritikal, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama beberapa agensi penyelidikan dan khidmat teknikal mengadakan kolaborasi strategik dalam menghasilkan inovasi baharu peralatan bagi menangani masalah kesihatan yang melanda dunia ketika ini.
Mengumumkan Kolaborasi Strategik Inovasi Kejuruteraan Kesihatan di sini hari ini, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata KKM mengalu-alukan penghasilan idea bagi mencari kaedah serta pendekatan terbaik dalam memperbaharui teknologi sektor perubatan moden.
Beliau berkata hasil kolaborasi itu, tiga inovasi telah dihasilkan iaitu prototaip Peranti Perubatan Ventilator Menggunakan Teknologi 3D dan prototaip 'Splitter Kit' Ventilator untuk kegunaan lebih daripada seorang pesakit serta Unit Rawatan Rapi Hibrid di Lapangan (FHyICU).
"Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan KKM telah meneroka kaedah alternatif dengan menghasilkan ventilator berteknologi maju 3D Printing Medical kolaborasi bersama Universiti Teknologi Malaysia dan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia ini telah berjaya menghasilkan prototaip pertama," katanya pada majlis taklimat media mengenai kolaborasi strategik itu di sini hari ini.
Dr Adham berkata prototaip itu akan menjalani pengujian sepenuhnya bersama SIRIM agar dapat berfungsi untuk menyokong keperluan asas bantuan pernafasan bagi pesakit COVID-19.
Bagi prototaip ventilator teknologi 3D, objektif penghasilan ialah ventilator kos rendah menggunakan teknologi 3D dan perkakasan minimum bertujuan menyokong keperluan asas pesakit COVID-19 sekiranya jangkitan di negara ini sampai ke tahap kritikal.
Pembangunan prototaip 'splitter kit' pula bertujuan membolehkan sebuah ventilator digunakan oleh dua pesakit bagi menyokong keperluan pernafasan pesakit COVID-19, dengan memastikan tidak berlaku pemindahan jangkitan.
FHyICU merupakan gabungan pembinaan unit rawatan rapi (ICU) dan wad isolasi secara mudah dipasang serta dibuka selain boleh dibina di lokasi diperlukan dengan kos yang efektif.
Teknologi kolaborasi bersama UEM Edgenta Berhad ini boleh menempatkan 10 katil yang bersaiz dari 20.88 meter x 6.50 meter x 3 meter (ketinggian siling).
Berkonsepkan keperluan situasi kecemasan dan ICU hospital medan, ia dilengkapi bilik persalinan, stor linen, stesen jururawat, kawasan pesakit, tandas, bilik dof, bilik mandi, bilik bekalan dan bilik bedah.
Sementara itu, Dr Adham berkata kolaborasi pintar Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan KKM dengan pelbagai agensi kerajaan akan menggembleng kepakaran tempatan dan antarabangsa dalam memajukan teknologi kesihatan di Malaysia.
Beliau berkata ini selaras dengan usaha mewujudkan pusat kecemerlangan dalam bidang Kejuruteraan Biomedikal di KKM dan Fasiliti Kesihatan.
"Keterujaan hasil kerjasama awal ini saya kongsikan bersama dengan anda semua agar permulaan kejayaan ini perlu disebarluaskan kerana adalah penting untuk kita semua ketahui," katanya.
Dr Adham juga berkata dalam pertempuran untuk memutuskan rantaian penularan COVID-19, negara bangga dengan pengorbanan petugas barisan hadapan KKM dan seluruh agensi terlibat yang tidak pernah mengeluh malah bersemangat memastikan negara terus kekal aman serta makmur tanpa kemudaratan yang boleh membinasakan seluruh ekosistem negara ini.
Beliau mengulangi bahawa rakyat yang berperanan duduk di rumah adalah sebahagian daripada pejuang dalam usaha memenangi pertempuran menentang COVID-19 ini.
"Negara memerlukan kerjasama kita semua untuk memutuskan rantaian penularan COVID-19. Untuk menang memerlukan pengorbanan, dan semestinya pengorbanan anda semua di barisan hadapan mahu pun kecekalan mereka yang di rumah, amat kami hargai dan sanjung tinggi, " katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 13 2020
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata KKM mengalu-alukan penghasilan idea bagi mencari kaedah serta pendekatan terbaik dalam memperbaharui teknologi sektor perubatan moden. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim akan disediakan secepat mungkin - Khaled
Pihaknya bagaimanapun tidak menetapkan sebarang tempoh masa bagi penyediaan laporan itu.
Veteran ATM tidak berpencen diminta segera kemas kini maklumat untuk terima BSH
Sebanyak 35 peratus daripada 41,000 veteran ATM yang tidak berpencen, tidak menerima Bantuan Sara Hidup kerana gagal mengemas kini data peribadi.
ATM wajar kaji penglibatan Askar Wataniah dalam operasi teras - Raja Muda Perlis
ATM wajar mengkaji dsemula segala seksyen sedia ada bagi membolehkan penglibatan pasukan simpanan tentera darat dalam operasi teras.
MINDEF perkenal dua program pendidikan untuk warga ATM, ahli keluarga
Kerajaan juga telah bersetuju memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi tujuan penyelenggaraan dan naik taraf sekolah-sekolah angkatan tentera.
Maktab Tentera Diraja (RMC) bukan institusi 'biasa-biasa' - Khaled Nordin
Penubuhan Maktab Tentera Diraja (MTD) atau RMC merupakan satu agenda nasional yang penting yang bakal menyertai ketumbukan pertahanan negara.
Peletakan jawatan pengurusan kanan LTAT tak jejas operasi - Menteri Pertahanan
Pada masa ini Lembaga LTAT sedang memuktamadkan calon-calon yang berkaliber bagi mengisi jawatan Ketua Eksekutif.
Penyelarasan pencen: Mahkamah benar saman pemula 50 pesara ATM
Mahkamah Tinggi membenarkan saman pemula yang difailkan oleh 50 pesara ATM berhubung penyelarasan pencen mereka yang bersara sebelum 1 Jan 2013.
ATM redah banjir usung jenazah warga emas
Pasukan itu meredah air hingga paras pinggang sejauh hampir 100 meter sebelum jenazah dinaikkan ke dalam trak.
60 anggota ATM bantu pascabanjir di Kota Tinggi
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menempatkan 60 anggotanya bagi membantu kerja-kerja pembersihan pascabanjir di daerah ini yang bermula semalam.
131 anggota, veteran ATM terkesan banjir di Kelantan dan Terengganu - Adly
Sebanyak 131 anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terkesan dengan banjir di Kelantan dan Terengganu baru-baru ini.