DEWAN RAKYAT pada 14 Disember 2021 meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) meminda Perlembagaan Persekutuan berkaitan MA63 bagi memberi pengiktirafan kepada tuntutan dan status istimewa Sabah dan Sarawak apabila membentuk Malaysia dalam Perlembagaan Persekutuan.
Pindaan itu diluluskan selepas melalui undi belah bahagian yang menyaksikan 200 Ahli Parlimen menyokong, manakala 20 orang tidak hadir bagi bacaan kali kedua, dan seterusnya mendapat sokongan 199 Ahli Parlimen dengan 21 orang tidak hadir pada undi belah bahagian untuk bacaan kali ketiga.
Kelulusan pindaan itu telah mencatat satu sejarah baharu khususnya kepada rakyat di Sabah dan Sarawak untuk sama merasai semua manfaat serta kebaikannya, sepertimana dinikmati rakyat di Semenanjung.
Malah, ia boleh dianggap satu pencapaian terbesar yang diketengahkan oleh kerajaan Sarawak, selepas kedudukan MA63 kini diletakkan seiring dengan dokumen-dokumen penting yang lain di peringkat Persekutuan.
Membuahkan hasil
Selepas lebih dua tahun undang-undang itu diluluskan, perbincangan serta rundingan diadakan secara berterusan yang melibatkan kerajaan pusat dan negeri termasuk di peringkat pegawai dan pemimpin tertinggi bagi persekutuan dan negeri. Hasilnya, beberapa pencapaian diperolehi dan sebahagiannya juga sudah mula dinikmati dan dilihat masyarakat di Borneo.
Contohnya bagi Sarawak, setakat akhir tahun lalu, negeri itu sudah memperoleh enam daripada 13 perkara yang dituntut daripada Kerajaan Persekutuan, di mana kejayaan itu hasil rundingan secara berterusan di antara kerajaan Sarawak dengan Kerajaan Persekutuan.
Antaranya, mengembalikan status Sarawak sebagai rakan kongsi setara dalam pembentukan Malaysia pada 1963 melalui pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan pada 2021.
Pindaan ke atas Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan meletakkan tafsiran ungkapan 'Persekutuan' dalam Perlembagaan Persekutuan digabungkan dengan MA63 dan lampirannya sebagai sebahagian daripada Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 161A Perlembagaan Persekutuan pula memberi kuasa kepada Sarawak untuk menentukan tafsiran 'anak negeri' yang lebih lengkap bagi memastikan tiada kaum tercicir.
Berikutan itu, Ordinan Tafsiran, 2005 (Cap. 61) dipinda pada Februari 2022 untuk mengemas kini senarai penduduk asal yang diiktiraf di negeri ini.
Pindaan kepada Perkara 161A itu, membolehkan kanak-kanak hasil perkahwinan campur dengan salah seorang ibu bapanya adalah anak jati, diiktiraf sebagai anak jati tertakluk kepada syarat dan keperluan yang dikenakan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Kerajaan Sarawak juga berjaya dalam tuntutannya untuk mempunyai wakil di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia seperti yang diperuntukkan dalam perenggan 24 (1) Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC).
BACA: MA63: Kerajaan Perpaduan berjaya selesai sebahagian besar kandungan perjanjian
BACA: MA63: 5 persetujuan dicapai, peruntukan interim buat Sabah dan Sarawak disegera - Fadillah
Sementara, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dan JKR Sarawak juga diiktiraf sebagai Jabatan Teknikal mengikut Arahan Perbendaharaan 182 yang memberi kuasa bagi mentadbir projek pembangunan Kerajaan Persekutuan yang dilaksanakan di Sabah dan Sarawak dengan had nilai projek tidak melebihi RM50 juta.
Pengiktirafan itu turut diperluaskan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sabah dan Sarawak.
Jumlah pemberian khas kepada kerajaan Sarawak turut ditingkatkan sehingga RM300 juta sebagai bayaran interim mulai 2023, di mana pemberiannya akan diterima pakai sehingga satu formula dimuktamadkan dan jumlah baharu boleh dipersetujui oleh kerajaan negeri dan pusat.
Bagi Sabah pula, beberapa pencapaian penting diraih kerajaan negeri hasil pindaan MA63 termasuk dalam sektor minyak dan gas, di samping kerangka ekonomi yang direncana sejak dua tahun lalu, mula menghadirkan manfaat dan kesan yang positif.
Ia menerusi pelaksanaan Pelan Pembangunan Hala Tujuh Sabah Maju Jaya (SMJ) yang memfokuskan kepada sektor pembangunan ekonomi.
Hasilnya, perdagangan Sabah pada 2022 mencapai rekod tertinggi dalam sejarah iaitu RM118.1 bilion, berbanding RM87.2 billion pada tahun 2021.
Sabah juga berjaya menarik lebih daripada RM33 bilion pelaburan dan memperoleh hasil RM7 bilion, sekali gus pencapaian tertinggi direkod sejak mencapai kemerdekaan.
Menyedari pentingnya komitmen bersama, sama ada kerajaan pusat atau negeri, dalam memastikan pelaksanaan MA63 dijayakan dengan serius dan lancar, khususnya demi manfaat masyarakat di Sabah dan Sarawak, rombakan Kabinet akhir tahun lalu, meletakkan portfolio hal ehwal Sabah dan Sarawak di bawah tanggungjawab Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Ia berbeza dengan amalan terdahulu di mana portfolio sedemikian akan ditumpukan di bawah peranan seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Pendekatan berbeza ini sudah tentunya meletakkan indikator penting dalam memastikan setiap kerangka MA63 yang sudah dipersetujui akan dapat dijayakan dengan segera dan tidak berlengah lagi.
* Wan Syamsul Amly merupakan wartawan penyiaran kanan di Astro AWANI dan lulusan Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi (CMIWS) UiTM.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Wan Syamsul Amly
Sun Feb 18 2024
Kelulusan kepada pindaan itu telah mencatat satu sejarah baharu khususnya kepada rakyat di Sabah dan Sarawak untuk sama merasai semua manfaat serta kebaikannya. - Gambar fail/Bernama
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
KKR mengesyorkan pihak berkaitan supaya mengkaji kaedah bagi memendekkan tempoh mana-mana projek pembinaan di negara ini, yang mengambil masa lama untuk disiapkan demi kepentingan rakyat.
Sarawak perlukan 17,500 hektar kawasan baharu sawah padi
Kementerian telah mengenal pasti kawasan baharu iaitu di Sri Aman, Kapit, Mukah dan Limbang bagi tujuan berkenaan.
ART bertingkat di JB miliki 32 stesen - Exco
Projek sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat yang dicadang dibangunkan di Johor Bahru akan mempunyai 32 stesen dengan jarak lebih 50 kilometer (km).
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak sedang dirangka
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak 2003 sedang dirangka sebagai usaha menubuhkan Jabatan Perikanan Negeri.
Dengar 'suara' belia, iktiraf mereka sebagai penyambung legasi
Suara belia tidak harus dipandang enteng malah penglibatan golongan ini perlu diperluas terutama dalam isu kemasyarakatan dan politik sesuai peranan mereka yang 'sering' digelar pemimpin masa hadapan.
Tumpuan Rabu - 15 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dari Madinah, seramai 563 jemaah haji Malaysia tiba di Mekah
Seramai 563 jemaah haji Malaysia yang sebelum ini menetap di Hotel Emaar Royal dan Hotel Saja al Madidah di Madinah, tiba di Mekah pada Selasa untuk urusan menunaikan ibadat haji.
10 Berita Pilihan - (14 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Banjir lahar dingin ragut lebih 50 nyawa
Banjir yang dikenali sebagai lahar dingin di Indonesia mengorbankan 52 individu setakat ini dengan 17 orang dilaporkan hilang. Situasi itu menyebabkan anggota keselamatan dan kecemasan mengerahkan tambahan aset-aset seperti jentera berat bagi memudahkan urusan semua pihak dalam operasi mencari mangsa yang hilang.
Suntikan anti-obesiti mampu kurang risiko serangan jantung
Suntikan ubat anti-obesiti mampu mengurangkan risiko serangan jantung dan strok. Satu kajian dilakukan oleh Profesor dari Kolej Universiti London (UCL) mendapati secara purata berat badan individu yang terlibat dalam kajian ini menurun 10.2 peratus selepas empat tahun.
Akta Sewaan Kediaman perlu digubal segera bagi pelihara hak pemilik, penyewa
Pertubuhan Sewaan Kediaman Kebangsaan hari ini meminta kerajaan menggubal Akta Sewaan Kediaman dengan segera bagi memastikan hak pemilik kediaman dan penyewa sentiasa terpelihara di negara ini.
UNDP, Malaysia teruskan kerjasama pemantapan institusi legislatif, pembangunan bakat dan belia
Johari dan Xu terlibat dalam perbincangan yang membuahkan hasil positif dalam pelbagai bidang khususnya mengenai pemerkasaan Parlimen.
Enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu kosongkan kerusi - Nazri
Beliau menegaskan perkara itu merupakan asas utama akta tersebut dicadangkan dan dibentangkan di parlimen pada tahun 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 Mac 2024.
Dewan Rakyat ditangguh selepas 19 hari bersidang
Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 melabuhkan tirai hari ini selepas 19 hari bersidang bermula 26 Feb lepas.
Parlimen: 2.1 juta murid manfaatkan penggunaan DELIMa
Inisiatif itu mengandungi pelbagai perkhidmatan, aplikasi dan kandungan yang ditambah baik secara berterusan sesuai dengan perkembangan teknologi yang terkini.
Trend serangan siber meningkat - Gobind
Bagaimanapun katanya, terdapat perkembangan positif direkodkan pada 2023 apabila hanya 3,232 kes dilaporkan kepada NACSA.
Parlimen: Cadangan pindaan Akta Rukun Tetangga sedang dikemas kini - Saraswathy
Beliau berkata pindaan itu akan memberikan lebih fokus kepada inisiatif rukun tetangga yang sedang dilaksanakan pada masa ini.
Parlimen: Hasil kerajaan diunjur meningkat kepada RM312.2 bilion pada 2024
Hasil kerajaan Persekutuan pada tahun ini diunjurkan meningkat kepada RM312.2 bilion selepas mengambil kira langkah cukai Belanjawan 2024, disumbangkan kutipan hasil cukai yang lebih tinggi.
265 taska tempat kerja berdaftar dengan JKM tahun lepas
Sebanyak 265 taman asuhan kanak-kanak (Taska) di tempat kerja berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara sepanjang tahun lepas membabitkan agensi kerajaan dan swasta.