KUALA LUMPUR:Jabatan Peguam Negara membenarkan Polis Diraja Malaysia untuk mengeluarkan kompaun secara serta-merta di lapangan kepada individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) oleh pegawai berpangkat Inspektor ke atas.

Berikut merupakan lima perkara penting sidang media Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu (7 Oktober 2020):

1) Seramai 357 individu ditahan semalam (6 Oktober) kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

2) Pihak berkuasa berjaya menahan 38 pendatang asing tanpa izin (PATI), dua tekong dan empat penyeludup menerusi Operasi Benteng.

3) Kompaun akan dikeluarkan secara serta-merta di lapangan kepada individu yang melanggar SOP PKPP oleh pegawai berpangkat Inspektor dan ke atas.

4) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bersasar di rumah pangsa Tongkang Yard, Seberang Perak, di Alor Setar ditamatkan mulai 12.01 tengah malam (8 Oktober).

5) Kerajaan setuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sandakan, Papar dan Tuaran di Sabah serta Klang, Selangor bermula 9 Oktober 2020.