JEMPOL: Seorang kontraktor ladang sawit kerugian RM99,855 selepas ditipu penawaran kerja menerusi Facebook, pada Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata lelaki berusia 21 tahun itu melihat iklan tawaran kerja di Facebook dan kemudian berurusan dengan seorang individu menerusi aplikasi WhatsApp yang memintanya memuat turun aplikasi 'Amazon Go' dengan diberikan nama pengguna dan kata laluan.
"Lelaki itu perlu membeli barang yang diiklankan menerusi aplikasi tersebut serta membuat bayaran kepada ejen perkhidmatan pelanggan (customer service) menerusi WhatsApp di talian 01121783776.
"Setiap barangan dibeli perlu berurusan dengan ejen Customer Service tersebut dan bayaran dilakukan ke akaun-akaun yang telah dinyatakan oleh ejen berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata lelaki tersebut turut meminjam duit daripada kakaknya RM25,000 dan selebihnya menggunakan duit simpanan sendiri bagi melakukan pembayaran ke dalam beberapa akaun bank berbeza.
Hoo berkata lelaki itu perlu memasukkan wang ke dalam akaun bagi mencapai sasaran pesanan tersebut dan dia dijanjikan komisen serta wang dimasukkan itu akan dikembalikan semula.
Menurutnya, lelaki berkenaan membuat bayaran menerusi 24 transaksi pada hari sama hingga Isnin lepas ke dalam tiga akaun berbeza melibatkan jumlah RMRM99,855.
Hoo berkata mangsa kemudian membuat laporan polis semalam apabila menyedari setelah kesemua pembayaran dibuat, dia masih gagal mendapat wang komisen seperti dijanjikan serta diminta melakukan pembayaran.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan orang ramai dinasihati agar tidak mendedahkan data peribadi atau identiti diri kepada mana-mana individu serta tidak mudah terpengaruh dengan tawaran pekerjaan dengan gaji tinggi.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan orang ramai dinasihati agar tidak mendedahkan data peribadi atau identiti diri kepada mana-mana individu terutama berurusan secara dalam talian dan tidak pernah bersemuka.
Orang ramai perlu membuat semakan nombor di Semak Mule sebelum membuat sebarang transaksi dan menyemak latar belakang syarikat atau majikan sebelum memohon pekerjaan, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 11 2021
Lelaki itu perlu membeli barang yang diiklankan menerusi aplikasi tersebut.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Bharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Bharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Pemandu trak tunda didakwa tipu urusan jual beli kereta mewah
K. Thiviyen Raj, 26, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datin Sabariah Othman dan Hakim Azrul Darus.
Wanita dijerat sindiket tawaran kerja rugi lebih RM100,000
Mangsa yang berusia 22 tahun itu mendakwa ditawarkan pekerjaan oleh seorang wanita yang dikenalinya menerusi Instagram pada 23 Julai lepas.
Kakitangan sekolah direman tiga hari bantu siasatan tuntutan palsu
Seorang kakitangan di sebuah sekolah di negeri ini yang ditahan semalam bagi membantu siasatan disyaki mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM100,000, direman tiga hari bermula hari ini.
Wang pusaka arwah bapa RM35,000 lebur
Mangsa berusia 40 tahun pada mulanya melihat iklan mengenai perkhidmatan itu pada 13 Januari lalu.
Ahli perniagaan didakwa guna 'Datuk' palsu, perdaya Exco kanan Melaka
Tertuduh didakwa menipu seorang Exco Kanan Negeri Melaka, Datuk Ab Rauf Yusoh membabitkan pembelian sebuah kereta mewah.
Kes tipu tempahan inap desa dalam talian berulang
Polis terima aduan berhubung penipuan yang melibatkan kerugian RM2,900 susulan rumah yang ditawarkan bukan milik individu sebenar.
'Ramai kena tipu homestay tidak wujud'
Pelancong dari luar Terengganu yang ingin menempah rumah inap digesa lebih berwaspada supaya tidak tertipu.
Guru rugi RM45,500 diperdaya pelaburan menerusi Telegram
Seorang guru dari Jempol mendakwa kerugian RM45,500 selepas terpedaya dengan pelaburan yang ditawarkan menerusi aplikasi Telegram.
Kerani rugi RM26,348 terjerat pekerjaan tidak wujud
Orang ramai diminta berhati-hati sekiranya menerima tawaran kerja sambilan melalui media sosial.
Guru rugi lebih RM20,000 ditipu urusan jual beli perabot
Mangsa mendakwa berminat membeli perabot meja solek selepas melihat iklan menjual barangan terbabit di Facebook.