BUKIT MERTAJAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menumpaskan sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi dengan merampas sebuah tangki berisi 22,840 liter bahan api itu yang dianggar bernilai RM50,000 dalam serbuan, semalam.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa negeri, A. Mogan berkata Ops Tapis pada 4 petang itu menyerbu kawasan stor tidak berlesen di Permatang Pauh, di sini dan membongkar kegiatan berkenaan yang didapati beroperasi sejak sebulan lepas.
"Bertindak hasil risikan dan maklumat sejak seminggu lepas, KPDN Pulau Pinang mengesan pergerakan sebuah kepala lori yang mengisi diesel bersubsidi di beberapa stesen minyak di sekitar kawasan negeri ini sebelum membawa bahan api ke kawasan stor tersebut.
"Pasukan penguat kuasa yang mengekori lori itu mendapati pemandunya telah memindahkan sejumlah diesel dari tangki lori tersebut ke sebuah tangki yang berisi lebih 21,000 liter bahan api tersebut di situ (stor). Terdapat dua tangki di situ namun satu lagi kosong," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya menahan pemandu lori berusia 30-an itu dan hasil siasatan, dia mendakwa melakukan empat hingga enam perjalanan setiap hari untuk membeli diesel bersubsidi yang mampu mengumpul hingga 6,000 liter bahan api tersebut ke dalam tangki di kawasan stor itu.
Mogan berkata sindiket itu akan mengumpul diesel bersubsidi selama tiga hingga empat hari sehingga tangki di kawasan stor berkenaan penuh sebelum membawa keluar bahan api itu dari situ bagi dijual kepada pembeli sekali gus mengaut keuntungan 30 sen bagi setiap liter atau RM6,000 hingga RM7,000 untuk setiap tangki yang berjaya dijual.
Beliau berkata stor yang terletak di lokasi dikelilingi sawah dan jauh dari jalan utama itu disewa pada kadar RM3,000 sebulan malah stor itu juga ditutup rapi termasuk pintu utamanya hanya boleh dimasuki dengan menggunakan alat kawalan jauh dikawal sindiket berkenaan.
"Semasa menjalankan risikan, pasukan penguat kuasa turut menggunakan dron untuk melihat dalam kawasan stor kerana terdapat pergerakan mencurigakan sebelum bertindak mengekori kepala lori tersebut. Menurut pemandu lori itu, bagi setiap perjalanan dia mampu mengisi tangki (kepala lori) yang telah diubah suai hingga 1,000 liter diesel bersubsidi.
"Modus operandi sindiket ini sangat licik kerana menjadikan kawasan stor yang dikelilingi sawah dan dipercayai sebelum ini merupakan tempat menyimpan baja bagi mengelak dikesan pihak berkuasa malah sindiket itu dipercayai mampu mengaut keuntungan sehingga lebih RM30,000," katanya.
Menurut Mogan, pihaknya menyita diesel bersubsidi, kepala lori, tangki, motor pam dan satu telefon bimbit yang kesemuanya dianggar bernilai RM95,406 untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 15 2023
Modus operandi sindiket ini sangat licik kerana menjadikan kawasan stor yang dikelilingi sawah dan dipercayai sebelum ini merupakan tempat menyimpan baja. - Gambar hiasan
Rebel: Tak adil kalau tak tengok, dengar komen orang dari luar saja - Awie
Awie memberitahu kisah perjuangan berkaitan kumpulan pertubuhan yang cuba diketengahkan itu sudah lama ada di dalam masyarakat, cuma tidak diketahui saja pergerakannya.
Nahas helikopter: Kementerian pertahanan, ATM aktifkan Tabung Tragedi Lumut 24
Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia menubuhkan tabung khas 'Tabung Tragedi Lumut 24' bagi orang ramai menghulurkan bantuan kewangan.
Blok Negara Islam Sedang ‘Stress’? Langsung Dialog 4 Menteri Luar – Arab Saudi, Turkiye, Jordan dan Mesir
Situasi meruncing di Gaza, konflik Iran-Israel dan ditambah pula persaingan kuat dua kuasa, Amerika Syarikat dan China dilihat terus membayangi percaturan geopolitik dan geoekonomi negara-negara Islam di Asia Barat. Menteri Luar Turkiye dan Arab Saudi antara yang tampil duduk sepentas
membincangkan apa lagi yang bakal jadi nanti.
#SpecialMeeting24
membincangkan apa lagi yang bakal jadi nanti.
#SpecialMeeting24
Tiada bukti kaitkan guru dengan kes pedofilia di MRSM Tumpat - Polis
Tiada bukti dapat dikaitkan dengan seorang guru berhubung dakwaan berlaku kes pedofilia di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat.
Polis tahan pasangan kekasih, rampas pistol dan dadah bernilai RM4.73 juta
Polis menahan sepasang kekasih dipercayai terlibat kegiatan pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM4.73 juta dalam serbuan di sebuah kondominium di Pucho
Suami kongsi gambar nikah, netizen beri kata-kata semangat buat Irma Hasmie
Perkongsian Redza menimbulkan respons yang pelbagai dalam kalangan netizen. Beberapa peminat turut dilihat memberikan kata-kata semangat kepada Irma.
Kotak hitam helikopter mendarat cemas di Pulau Angsa dihantar ke Itali
Kotak hitam helikopter AW139 milik Maritim Malaysia yang melakukan pendaratan cemas di sekitar perairan Pulau Angsa, Kuala Selangor telah dihantar ke Itali.
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando
Leftenan Muda Chan Ming Youn dari Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja menjadi satu-satunya penuntut berbangsa cina yang berjaya menamatkan Kursus Asas Komando Gerup Gerak Khas (GGK) baru-baru ini.
Kawalan sempadan dipertingkat di sempadan Malaysia-Thailand
Polis Kelantan memantau perkembangan kejadian letupan dan insiden tembak menembak di Sungai Golok awal pagi Isnin dengan meningkatkan kawalan keselamatan di sempadan negara.
Pelancongan China dijangka meningkat
Sektor pelancongan China dijangka menyaksikan lonjakan berikutan perkembangan pasaran yang dibawa oleh Festival Qingming awal bulan ini.
Peniaga colek diberi amaran jangan naik harga sewenang-wenangnya
Pemantauan dijalankan pihaknya terutama di premis perniagaan yang tidak meletakkan tanda harga atau mengelirukan pelanggan.
KPDN akan pastikan peruntukan dibelanja tanpa sebarang ketirisan - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata setiap sen daripada peruntukan itu akan disalurkan bagi program-program menangani isu kos sara hidup.
Pembayaran tanpa tunai: Insentif buat peniaga, pengunjung Bazar Rahmah sempena Ramadan - KPDN
Insentif RM50 kepada peniaga yang tawarkan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai di lapan Bazar Rahmah di Terengganu sepanjang Ramadan ini.
MyCC sedia siasat unsur kartel dalam industri padi dan beras negara - Armizan
MyCC sentiasa terbuka untuk mengambil tindakan sewajarnya jika maklumat berkaitan perkara itu dapat disalurkan kepada pihaknya.
Sindiket penyelewengan diesel tumpas, lima ditahan
Empat lori lima tan, dua skid tank, 40 unit IBC tank, lima unit pam penyedut dan 44,000 liter cecair disyaki diesel turut disita.
KPDN teruskan penguatkuasaan Op Tiris khusus di bawah Akta 613
Op Tiris dilaksanakan KPDN bagi membanteras penyelewengan dan penyeludupan minyak diesel bersubsidi.
Pembekal belum maklum punca ketiadaan diesel di stesen Petronas Sarawak - KPDN
KPDN Sarawak dalam kenyataan berkata mereka masih lagi menunggu kenyataan rasmi daripada pihak Petronas Dagangan Berhad.
Armizan lahir rasa bangga saksi legasi kecemerlangan kepimpinan Salahuddin
Armian menzahirkan perkara itu ketika memulakan sesi penggulungan perbahasan RUU Perbekalan 2024 bagi kementerian itu di Dewan Negara.
Video tular: Pejabat Timbalan Menteri KPDN lapor polis
"Tulisan tersebut dengan sengaja mengaitkan dan mengaibkan Timbalan Menteri dengan tujuan menyakiti dan memfitnah beliau."
Polis tahan kapal kargo bawa 40,000 liter diesel tanpa permit
Tangkapan dibuat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 setelah kru kapal itu gagal menunjukkan permit atau lesen yang sah dikeluarkan KPDN.