SHAH ALAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor mematahkan kegiatan satu sindiket menjual produk penjagaan diri popular tiruan dan membuat rampasan bernilai RM500,000 dalam serbuan di sebuah premis di Bandar Botanik, Klang, Isnin lepas.
Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDN negeri, Mohd Khairi Jamaludin berkata dalam operasi tersebut pihaknya menemukan sebanyak 37,930 unit barangan penjagaan diri seperti minyak wangi, semburan badan dan losyen badan.
Beliau berkata serbuan yang melibatkan lapan anggota KPDN Selangor itu berdasarkan aduan daripada pemilik cap dagangan berdaftar.
"Pengesahan awal ke atas barangan yang disyaki menggunakan cap dagangan palsu (tanpa kebenaran sah) telah dibuat oleh wakil pemilik cap dagang yang hadir bersama-sama semasa serbuan tersebut dijalankan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Katanya, berdasarkan maklumat yang ditemukan semasa pemeriksaan di sekitar premis turut dipercayai wujud aktiviti jualan secara dalam talian.
Mohd Khairi berkata siasatan adalah di bawah Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019 dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM10,000 bagi setiap barang yang dipakaikan dengan salah, cap dagangan berdaftar atau dipenjara sehingga 3 tahun jika gagal membayar denda.
Menurutnya lagi, bagi pertubuhan atau syarikat boleh didenda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap barang yang dipakaikan dengan salah, cap dagangan berdaftar.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 18 2023
Dalam operasi tersebut pihaknya menemukan sebanyak 37,930 unit barangan penjagaan diri seperti minyak wangi, semburan badan dan losyen badan. - Gambar hiasan
Lapangan Terbang Antarabangsa UK alami masalah sistem E-gate
Isu teknikal yang dialami di lapangan terbang terbesar di UK seperti di Heathrow itu turut menjejaskan kawalan pasport.
Isteri curang, malas masak ditikam dengan berus gigi hingga mati
Siasatan awal mendapati suspek bertindak menikam leher Risma Fatmawati dengan berus gigi kerana berasa sakit hati.
TikTok saman kerajaan AS
Saman difailkan di Mahkamah Rayuan Daerah Colombia atas alasan ia mencabuli Perlembagaan.
Selangor lancar kempen 'Stand With Faisal Halim. Stop The Violence!'
Faisal Halim hanya seorang insan kecil dari Pulau Pinang yang mempunyai impian besar.
Patuh santuni jemaah, petugas haji saban tahun
Kemahiran berkomunikasi, fasih berbahasa Arab, Melayu dan Bahasa Inggeris jadi nilai tambah kepada Pembantu Petugas Haji (PATUH) dalam menyantuni jemaah dan petugas haji dari Malaysia setiap kali ketibaan musim haji.
Operasi Israel di Rafah berbentuk terhad - AS
Operasi itu bertujuan mengekang penyeludupan senjata dan dana kepada kumpulan pejuang Hamas di Gaza.
AWANI Pagi: Harapan Palestin & pupuk sifat sukarelawan anak muda
Ikuti temuramah wartawan Afiezy Azaman dengan Mohd Azmi Abdul Hamid, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) di Kaherah, Mesir berkaitan isu Palestin.
#AWANInews #AWANIpagi
#AWANInews #AWANIpagi
'Henti serang Rafah atau tiada gencatan senjata' - Hamas
Osama Hamdan tegaskan pilihan kini berada di tangan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Hatrik Muhammad Azrai Aizad bantu Speedy Tigers kejutkan New Zealand 6-4
Sarjit menuntut anak buahnya untuk sekali lagi menampilkan aksi terpuji apabila menentang Jepun Rabu ini.
Hidup bersama secara aman antara 10 resolusi Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama
Resolusi itu dibacakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Hakimah Mohd Yusoff.
Peniaga colek diberi amaran jangan naik harga sewenang-wenangnya
Pemantauan dijalankan pihaknya terutama di premis perniagaan yang tidak meletakkan tanda harga atau mengelirukan pelanggan.
KPDN akan pastikan peruntukan dibelanja tanpa sebarang ketirisan - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata setiap sen daripada peruntukan itu akan disalurkan bagi program-program menangani isu kos sara hidup.
Pembayaran tanpa tunai: Insentif buat peniaga, pengunjung Bazar Rahmah sempena Ramadan - KPDN
Insentif RM50 kepada peniaga yang tawarkan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai di lapan Bazar Rahmah di Terengganu sepanjang Ramadan ini.
MyCC sedia siasat unsur kartel dalam industri padi dan beras negara - Armizan
MyCC sentiasa terbuka untuk mengambil tindakan sewajarnya jika maklumat berkaitan perkara itu dapat disalurkan kepada pihaknya.
Sindiket penyelewengan diesel tumpas, lima ditahan
Empat lori lima tan, dua skid tank, 40 unit IBC tank, lima unit pam penyedut dan 44,000 liter cecair disyaki diesel turut disita.
KPDN teruskan penguatkuasaan Op Tiris khusus di bawah Akta 613
Op Tiris dilaksanakan KPDN bagi membanteras penyelewengan dan penyeludupan minyak diesel bersubsidi.
Pembekal belum maklum punca ketiadaan diesel di stesen Petronas Sarawak - KPDN
KPDN Sarawak dalam kenyataan berkata mereka masih lagi menunggu kenyataan rasmi daripada pihak Petronas Dagangan Berhad.
Armizan lahir rasa bangga saksi legasi kecemerlangan kepimpinan Salahuddin
Armian menzahirkan perkara itu ketika memulakan sesi penggulungan perbahasan RUU Perbekalan 2024 bagi kementerian itu di Dewan Negara.
Video tular: Pejabat Timbalan Menteri KPDN lapor polis
"Tulisan tersebut dengan sengaja mengaitkan dan mengaibkan Timbalan Menteri dengan tujuan menyakiti dan memfitnah beliau."
Polis tahan kapal kargo bawa 40,000 liter diesel tanpa permit
Tangkapan dibuat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 setelah kru kapal itu gagal menunjukkan permit atau lesen yang sah dikeluarkan KPDN.