KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) menjalankan siasatan berkaitan video tular menerusi media sosial melibatkan kes salah laku buli pelajar sekolah bagi memastikan perkara itu diselesaikan segera.
KPM dalam kenyataan memaklumkan, langkah awal itu berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 12 Tahun 2023: Pelaksanaan Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Buli di Institusi Pendidikan Bawah KPM.
"Ini termasuk menghubungi ibu bapa atau penjaga, menjalankan siasatan telus dan terperinci, memaklumkan kes kepada Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada semua murid terlibat.
"Pihak sekolah juga diminta memastikan tindakan disiplin diambil ke atas murid yang bersalah dan direkodkan kerana KPM tidak berkompromi dengan salah laku buli di semua institusi pendidikan di bawah kelolaannya," menurut kenyataan itu.
Hari ini, tular menerusi media sosial video rakaman aksi seorang remaja dilihat duduk di atas badan mangsa ketika mereka bergelut di dalam kawasan semak yang kemudiannya turut mengambil plastik berisi daun kering sebelum membuangnya ke atas kepala mangsa.
KPM dalam kenyataan itu turut menyeru semua pihak termasuk media dan orang ramai mematuhi peruntukan undang-undang dengan tidak menularkan identiti kanak-kanak yang terlibat dalam salah laku buli.
"Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) memperuntukkan identiti kanak-kanak yang terlibat dalam kes jenayah tidak boleh didedahkan dan perlu dilindungi. Masyarakat juga diminta untuk tidakmenormalisasikan salah laku buli," menurut KPM.
Aduan kes buli dan ganguan seksual boleh dibuat melalui talian khas Aduan Buli, aplikasi WhatsApp, e-mel [email protected] dan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA). - BERNAMA
Bernama
Sat Jan 06 2024
KPM memaklumkan langkah awal itu berdasarkan SPI Bilangan 12 Tahun 2023: Pelaksanaan Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Buli di Institusi Pendidikan Bawah KPM. - Gambar fail/Bernama
Biden bincang dengan pemimpin Qatar, Mesir cadangan gencatan senjata Gaza
Biden mengesahkan AS bersama-sama Mesir dan Qatar akan berusaha untuk memastikan pelaksanaan penuh syarat-syaratnya.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, teruskan kenaikan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.89 mata kepada 1,585.55 daripada 1,582.66 ketika ditutup pada Isnin.
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Kanak-kanak perempuan 8 tahun cedera dipercayai jadi mangsa buli anak jiran
Polis mengesahkan menerima laporan kejadian kanak-kanak berusia lapan tahun, dipercayai menjadi mangsa buli anak jiran di Hulu Langat, di sini baru-baru ini.
Kes buli: Sekolah harus selamat untuk pelajar, kata Mahkamah Persekutuan
Guru dan petugas lain yang serupa mempunyai kewajipan untuk mengawasi para pelajar ketika mereka berada di kawasan sekolah, demikian putus Mahkamah Persekutuan.
KPM pertimbang perjawatan warden bukan dalam kalangan guru
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedia mempertimbangkan untuk mewujudkan perjawatan warden bukan dalam kalangan guru di sekolah berasrama, dalam menangani pelbagai isu termasuk kes buli.
Kematian pelajar KV Lahad Datu: Reman 13 remaja lelaki disambung
Mahkamah Majistret membenarkan tempoh tahanan reman 13 remaja lelaki bagi membantu siasatan kes kematian seorang pelajar lelaki kolej vokasional disambung hingga 4 April ini.
KPM siasat kes buli pelajar sekolah
KPM menjalankan siasatan berkaitan video tular menerusi media sosial melibatkan kes salah laku buli pelajar sekolah.
Pihak sekolah diarah sediakan laporan lengkap insiden buli pelajar lari asrama - Lim
Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata KPM akan mengambil tindakan selanjutnya selepas menerima laporan lengkap dan menjalankan siasatan berhubung kejadian buli tersebut.
KPM siasat dakwaan pelajar lari dari sekolah akibat dibuli
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menjalankan siasatan dakwaan kes buli melibatkan seorang pelajar sekolah baru-baru ini, bagi memastikan isu itu dapat diselesaikan segera.
Kementerian tambah warden 63 peratus atasi kes buli- Fadhlina
Kementerian Pendidikan telah menambah bilangan warden sebanyak 63 peratus bermula 1 Ogos 2022 sebagai langkah pencegahan kes buli.
KPM beri jaminan setiap aduan buli akan disiasat
Setiap aduan itu akan disiasat mengikut prosedur satu hari aduan, tiga hari siasatan dan tujuh hari penyelesaian.
Kes buli MCKK: Polis sudah lengkapkan siasatan
Polis sudah melengkapkan siasatan berkaitan kes buli di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Kuala Kangsar.