SUBANG JAYA: Persatuan Penganut Dewi Sri Maha Mariamman Kuil Sri Maha Mariamman Ladang Subang, di sini menyumbang RM10,000 kepada Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) bagi membantu meringankan penderitaan rakyat Palestin akibat kekejaman rejim zionis Israel.
Presiden persatuan, V. Karuppiah berkata jumlah sumbangan yang dikutip selama dua bulan itu merupakan hasil derma masyarakat di sekitar kawasan Ladang Subang.
"Kita lihat banyak kalangan wanita dan kanak-kanak yang menderita di bumi Palestin, jadi kita cuba sedaya upaya membantu mereka tanpa mengira bangsa dan agama kerana kita semua adalah manusia," katanya kepada Bernama selepas sidang media penyerahan sumbangan dana kepada AAKRP di Kuil Sri Maha Mariamman Ladang Subang, di sini hari ini.
Menurut Karuppiah persatuan itu yang julung kali memberikan sumbangan bersifat kemanusiaan, akan terus mengumpul dana pada masa akan datang untuk membantu rakyat Palestin.
Sementara itu, Setiausaha Bahagian, Bahagian Asia Barat Kementerian Luar Negeri Datuk Zahairi Baharim berkata bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin menerusi Ops Ihsan yang seterusnya akan mula dihantar ke Palestin pada pertengahan bulan ini.
"Insya-Allah dengan sokongan semua pihak kita akan berusaha menghantar muatan lebih besar menggunakan pesawat besar yang boleh membawa muatan seberat 60 tan," katanya dalam sidang media itu.
Beliau berkata barangan tersebut yang kini dalam proses pembungkusan terdiri daripada ubat-ubatan dan keperluan musim sejuk kerana Palestin akan beralih ke musim sejuk tidak lama lagi.
Ditanya mengenai larangan kemasukan barangan ke Palestin, beliau menjelaskan kerajaan Mesir tidak pernah menutup pintu masuknya ke Gaza sepanjang krisis Palestin-Israel tercetus, namun pintu masuk tersebut berhadapan dengan sekatan.
"Sekatan itu disebabkan pada peringkat awal pintu di sebelah Gaza telah dibom Israel dan ia memerlukan masa untuk pembaikan," katanya
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 01 2023
Jumlah sumbangan yang dikutip selama dua bulan itu merupakan hasil derma masyarakat di sekitar kawasan Ladang Subang. - Wisma Putra
Bimbang hilang suami antara faktor wanita tidak jalani saringan kanser
Bimbang kehilangan suami dan menjadi beban kepada keluarga antara faktor menyebabkan ramai wanita di Kelantan tidak menjalani saringan awal kanser yang disediakan LPPKN di negeri ini.
SUKMA-21: Sarawak mahu cipta rekod untuk naik imej sebagai kuasa sukan
Sarawak selaku tuan rumah temasya Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 yang berlangsung bermula 17 Ogos ini, mahu mencipta rekod kejohanan untuk menaikkan imejnya sebagai kuasa sukan di negara ini.
Kelantan warta garis panduan baharu sukan Muay Thai - Exco
Kerajaan Kelantan sudah mewartakan garis panduan baharu berhubung sukan Muay Thai di negeri itu untuk diperkasakan dan dibangunkan semula bagi melahirkan atlet bertaraf dunia.
Pertumbuhan ekonomi rantau APEC dijangka cecah 3.4 peratus pada 2024 - Laporan
Pertumbuhan ekonomi di negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka mencecah 3.4 peratus pada 2024 dan perlahan kepada 2.9 peratus pada 2025-2026.
Tempoh permohonan sertai Sidang Belia Wilayah Persekutuan dilanjut hingga 31 Mei
Tempoh permohonan keahlian Sidang Belia Wilayah Persekutuan (SBWP) dilanjutkan hingga 31 Mei ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Sembilan pemain skuad juara 2022 perkuat cabaran Malaysia di Piala Asia 2024
MHC mengekalkan sembilan pemain daripada skuad 2022 yang membawa Malaysia muncul juara edisi lepas bagi menggalas tugas mempertahankan kejuaraan Piala Asia 2024 di Taldykorgan, Kazakhstan.
Kesihatan mental petugas media perlu dijaga demi kualiti kerja
Tuntutan kerja para petugas media yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai bentuk tekanan kadangkala mengakibatkan kesihatan mental menjadi lemah, sekali gus memberi impak kepada kesejahteraan mereka.
APEC harus tetapkan gaji minimum - MITI
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) harus secara kolektif mewujudkan penetapan gaji standard untuk mencegah kadar gaji tidak sesuai yang memberi kesan kepada golongan wanita.
GOL tunggal Alif Haiqal hadiahkan Selangor FC mata penuh
Alif Haiqal Lau mencipta kemenangan dramatik selepas jaringan tunggalnya membantu Selangor FC (SFC) menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) 1-0 FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
SOP keselamatan haji TH ikut ISO 9001 2015
Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disediakan Lembaga Tabung Haji (TH) berkaitan aspek keselamatan jemaah semasa di tanah suci adalah berlandaskan sistem pengurusan ISO 9001 2025 perkhidmatan haji yang perlu dipatuhi jemaah apabila berdepan kejadian luar jangka seperti insiden kren tumbang dan rempuhan di mina sebelum ini.
PM Anwar hulur sumbangan kepada Daddy Rock
Perdana Menteri berkata Shahrol Asikin yang mengalami masalah komplikasi jantung akan menjalani prosedur pembedahan jantung bulan depan.
MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Ibu perlu dana RM180,000 untuk pembedahan hati anak
Noreen Ismail memberitahu, pembedahan itu perlu dilakukan secepat mungkin bagi mengelakkan hati anaknya menjadi lebih teruk.
Wan Azizah serah sumbangan lebih RM200,000 kepada masjid, surau di Bandar Tun Razak
Setiap masjid memperoleh RM5,000 manakala surau RM2,000, menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan adalah lebih RM200,000.
Sumbangan sempena Ramadan di KL hanya boleh disalur di tiga lokasi - Dr Zaliha
NGO dan orang perseorangan di ibu negara disaran menyalurkan sumbangan atau makanan sempena Ramadan di tiga lokasi yang ditetapkan DBKL.
Senarai TSC FBI: MyCare sedia diaudit, pastikan ketelusan sumbangan
MyCare sentiasa bersedia untuk menjalankan pengauditan bagi memastikan ketelusan dalam pengurusan dana kutipan derma.
'Frog man' dapat perhatian MAIWP
Antara bantuan yang ditawarkan MAIWP kepada keluarga Salman merangkumi bantuan kewangan bulanan, sewa rumah serta bantuan perubatan.
Selamatkan harimau Malaya: FAM sumbang hampir RM100,000 kepada Perhilitan
Sumbangan itu hasil jualan tiket daripada 3 perlawanan antarabangsa pasukan Harimau Malaya yang berlangsung pada Oktober dan November tahun lepas.
Setia jaga isteri hidap kanser lidah
Selepas tiga tahun perkahwinan, Idhan setia menemani Fatihah dan tidak dapat bekerja kerana perlu menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.