KUALA LUMPUR: Kumpulan terakhir 284 jemaah haji Malaysia selamat pulang ke tanah air pada Sabtu, menandakan berakhirnya Operasi Musim Haji 1443H/2022M.
Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Tan Sri Azman Mokhtar berkata kumpulan jemaah itu, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 1.30 tengah hari menerusi penerbangan Malaysia Airlines (MH 8351), yang berlepas dari Madinah pada 11.10 malam (waktu Arab Saudi) Jumaat.
“Alhamdulillah, secara keseluruhannya, kami amat bersyukur operasi haji kali ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden besar yang tidak diingini walaupun dalam keadaan endemik COVID-19.
"Selain itu, keadaan cuaca juga agak panas sehingga mencecah hampir 50 darjah Celcius.
“Kesemua 14,305 jemaah haji Malaysia dan 340 petugas TH telah selamat pulang ke tanah air menerusi 49 penerbangan haji Malaysia Airlines dan Saudi Airlines bermula 17 Julai sehingga 13 Ogos,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan TH pada Sabtu.
Selain itu, Azman berkata pengurusan haji negara juga diiktiraf oleh Kerajaan Arab Saudi sebagai antara yang terbaik dan jemaah haji turut menerima pujian atas disiplin, pengetahuan dan tumpuan sepanjang melaksanakan ibadah itu.
Ketibaan kumpulan tersebut disambut oleh Azman bersama Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Seri Amrin Awaluddin serta Pengarah Eksekutif Haji TH merangkap Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Sementara itu, Amrin berkata TH akan sentiasa berusaha menambah baik perkhidmatan kepada jemaah haji dan persiapan awal operasi musim haji tahun hadapan (1444H/2023M) akan dilaksanakan segera berdasarkan penilaian operasi tahun ini.
Katanya TH pada awal tahun ini, telah menganggarkan kos menunaikan haji bagi jemaah haji Muassasah sebanyak RM25,540 seorang, namun kos haji sebenar telah meningkat kepada RM28,632 bagi seorang jemaah haji Muassasah.
“Antara faktor kenaikan kos yang di luar kawalan TH ini adalah peningkatan kos bagi perkhidmatan-perkhidmatan sedia ada, caj tambahan bagi kemudahan baru yang diberikan semasa Masyair termasuklah fasiliti yang disediakan di khemah-khemah Arafah dan Mina, seperti kemudahan khemah dan tandas, sajian serta penggunaan bas baru di Arab Saudi.
“Dengan peningkatan kos haji tahun ini, jemaah haji Muassasah kategori B40 menerima Bantuan Kewangan Haji sebanyak RM17,652 seorang (62 peratus daripada kos haji), manakala jemaah haji Muassasah bukan B40 menerima Bantuan Kewangan Haji sebanyak RM15,652 seorang (55 peratus daripada kos haji),” katanya.
Menurutnya bayaran haji untuk jemaah Muassasah B40 adalah sebanyak RM10,980, manakala bukan B40 adalah sejumlah RM12,980 seorang.
Beliau berkata bagi musim haji tahun 1443H/2022M, jumlah keseluruhan Bantuan Kewangan Haji adalah sebanyak RM185.7 juta dan TH akan meneruskan Bantuan Kewangan Haji untuk tahun hadapan melalui pendekatan secara bersasar, bagi memastikan ia dimanfaatkan sepenuhnya oleh golongan yang memerlukan.
Dalam kenyataan sama, TH turut menyatakan penghargaan atas kesudian Kerajaan Arab Saudi memilih Malaysia dalam menjayakan Program Pra-Perlepasan Imigresen atau dikenali sebagai ‘Makkah Route’ bagi memudahkan perjalanan jemaah haji.
“TH juga amat menghargai kerjasama yang diberikan oleh Kedutaan Diraja Arab Saudi (Kuala Lumpur), Jabatan Kastam dan Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Malaysia Airports Holdings Berhad, serta pelbagai agensi lain dalam menjayakan operasi haji tahun ini,” menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 13 2022
Kumpulan terakhir 284 jemaah haji Malaysia selamat pulang ke tanah air pada Sabtu, menandakan berakhirnya Operasi Musim Haji 1443H/2022M. - Gambar fail/BERNAMA
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Konflik Asia Barat: Jemaah Haji jangan bimbang, tumpu perhatian kepada ibadat - TH
Jemaah haji dinasihatkan untuk tidak merasa bimbang dengan konflik di Asia Barat dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada ibadat haji mereka.
Kursus Perdana Haji lengkapi persiapan diri sebagai tetamu Allah - Peserta
Antara lain, kursus itu disifatkan bakal jemaah sebagai platform atau medan ulangkaji terakhir sebelum mereka semua menjadi tetamu Allah.
Penerbangan pertama jemaah haji 9 Mei, terakhir 9 Jun - Tabung Haji
Syed Hamadah berkata kuota rasmi jemaah haji bagi Malaysia kekal pada 31,600 orang seperti diumumkan kerajaan Arab Saudi sebelum ini.
Langkah segera minimumkan kesan musim panas tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Pertanyaan itu akan diajukan oleh Isnaraissah Munirah Majilis kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
TH umum surat tawaran haji, bayaran hari ini
Perkara itu akan diumumkan dalam satu sidang media oleh Pengarah Eksekutif Tabung Haji Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Kuota haji Malaysia 2024 sebanyak 31,600 orang jemaah
Kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota jemaah haji Malaysia bagi musim haji tahun ini sebanyak 31,600 orang jemaah.
284 jemaah haji Malaysia terakhir selamat tiba di KLIA
Tahun ini, seramai 31,600 jemaah Malaysia menunaikan haji membabitkan 98 penerbangan pergi bermula 21 Mei sehingga 21 Jun lalu.
11 jemaah Thailand meninggal dunia semasa tunaikan haji
Lebih daripada 50 peratus pesakit menunjukkan simptom paru-paru dan penyakit pernafasan lain, kebanyakannya warga emas.
Jemaah haji dilarang bawa pulang air zamzam
Peringatan tersebut diberikan supaya tidak berlaku kesulitan ketika proses pergerakan balik jemaah haji ke tanah air.
Agong zahir penghargaan kepada Arab Saudi berjaya urus 2 juta jemaah haji
Yang di-Pertuan Agongmenzahirkan penghargaan kepada kerajaan Arab Saudi, atas persiapan rapi dan kejayaan menguruskan kira-kira 2 juta jemaah bagi musim haji tahun ini.