BENTONG: Polis membuka kertas siasatan berhubung penularan video yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook memaparkan majlis perkahwinan pasangan selebriti di Genting Highlands yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4.
Menerusi video berdurasi 41 saat yang tular itu mendapati terdapat tetamu yang hadir tidak memakai pelitup muka serta tidak mengamalkan penjarakan fizikal.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Zaihan Mohd Kahar memaklumkan, polis akan mengesan dan mengenal pasti kesemua individu yang hadir dalam majlis tersebut.
Katanya, kes disiasat di bawah Perkara 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.
Beliau turut meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan insiden ini.
Terdahulu pada 27 Disember malam, polis menerima laporan berkaitan video berkenaan.
Hasil siasatan mendapati majlis tersebut berlangsung pada 15 Disember sekitar jam 8.30 malam di sebuah vila di Genting Highlands.
Hafizi Rosli
Tue Dec 28 2021
Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Zaihan Mohd Kahar memaklumkan, polis akan mengesan dan mengenal pasti kesemua individu yang hadir dalam majlis perkahwinan pasangan selebriti yang melanggar SOP PPN. - Gambar Astro AWANI
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024
Min Youn yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur itu merupakan graduan perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Seorang maut, nahas dua kereta di Ipoh
Kemalangan melibatkan dua buah kereta iaitu jenis Honda City dan Peugeot.
Play Store kini benarkan muat turun dua aplikasi serentak
Berdasarkan laporan 9to5Google, ciri ini diberikan secara berperingkat kepada pengguna Android bermula dengan peranti\
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Tahanan PPA tekad jadikan kemahiran dalam “tirai besi” sebagai mata pencarian
Kehidupan di dalam tirai besi memberikan keinsafan kepada Fifi, Apit dan Bulat.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat.
Guna semula bangunan pawagam lama, bangkit suasana klasik
Ia bukan sahaja mampu menarik ramai pelancong tetapi juga mampu memulihara bangunan warisan yang masih elok dan ditatap oleh generasi kini.
Mesyuarat Khas WEF: PM Anwar jumpa 50 pemimpin industri, perniagaan global
PM yakin lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan pilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
Dipaksa bersalin normal, kepala bayi songsang terputus
Bahagian kemaluannya juga terkoyak teruk dan dijahit sebarangan oleh staf Rumah Sakit Banjarmasin.
AWANI Ringkas: Tangani isu ketidaksamaan & marginalisasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Langgar SOP, 145 pengunjung pusat hiburan dikompaun RM145,000
Kompaun bernilai RM1,000 dikeluarkan kepada setiap pesalah yang terdiri 135 warga tempatan dan 10 warga asing dalam operasi Op Hiburan itu.
150 individu dikompaun RM150,000 langgar SOP PPN - Polis
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata kesemua mereka yang ditahan terdiri daripada 75 lelaki dan 75 wanita warga tempatan berusia lingkungan 18 hingga 65 tahun.
PRN Johor: KKM keluarkan 42 kompaun setakat ini - Khairy
Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan 42 kompaun berikutan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) sepanjang proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, setakat ini.
Video tular berjoget di konsert, polis akan ambil tindakan
Siasatan terperinci berhubung insiden itu akan dijalankan dan tindakan diambil berdasarkan lunas undang-undang.
PRN Johor: Seorang petugas media dikompaun, seorang lagi diberi amaran
Weng Kian Yong berkata, dia dikenakan kompaun RM1,000 atas alasan melanggar penjarakan fizikal.
Langgar SOP bukan satu jenayah, tak perlu letak jawatan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesalahan yang dilakukan oleh Hishammuddin itu bukanlah satu jenayah.
Langgar SOP: Khairy arah Hishammuddin, Vigneswaran dan Hasni dikompaun
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin telah mengarahkan kompaun dikenakan terhadap beberapa pemimpin kanan Barisan Nasional, kerana didapati melanggar SOP.
154 individu dikompaun RM155,000 langgar SOP ketika berhibur - Polis
Seramai 154 individu dikompaun berjumlah RM155,000 kerana gagal mematuhi SOP ketika berhibur di sebuah premis hiburan di Bangsar, pada Jumaat.
JKNJ siasat video, gambar tular majlis libat penjawat awam klinik kesihatan
JKNJ juga sedang mengenal pasti individu yang terlibat dan tindakan akan diambil terhadap mereka.
COVID-19: Ingkar arahan penutupan, kilang kotak dikompaun
Premis di Jasin itu dikenakan kompaun selepas diserbu Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) sejurus menerima maklumat daripada kumpulan pekerja kilang berkenaan.