KUALA LUMPUR: Pengambilan secara lantikan kontrak dalam perkhidmatan awam merupakan langkah interim (bersifat sementara) ke arah pelaksanaan kaedah baharu lantikan tetap pegawai awam yang akan melibatkan pindaan akta berkaitan.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pegawai yang dilantik menerusi lantikan kontrak (interim) akan dilantik secara tetap menerusi kaedah baharu di bawah sistem saraan perkhidmatan awam yang akan dimuktamadkan kelak.
"Lantikan ke jawatan tetap ini juga tertakluk kepada prestasi dan perakuan Ketua Jabatan selanjutnya.
"Pelantikan ini adalah berdasarkan peraturan dan dasar semasa yang berkuat kuasa iaitu Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Urusan Perkhidmatan (UP) termasuk penetapan gaji dan kemudahan," katanya.
Menurut JPA, kerajaan pada 12 Julai 2023 memutuskan supaya suatu kaedah baharu bagi lantikan tetap pegawai awam diperkenal ke arah mengukuhkan lagi sistem saraan perkhidmatan awam.
Kenyataan JPA memaklumkan keputusan itu diambil bagi memastikan kemampanan kewangan kerajaan bagi jangka panjang.
JPA turut berharap penambahbaikan terhadap sistem saraan perkhidmatan awam dapat memacu kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam serta menjaga kebajikan penjawat awam selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Sementara itu, menerusi soalan lazim (FAQ), JPA memaklumkan urusan lantikan kontrak (interim) dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan lantikan Pegawai Awam Persekutuan di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dengan Skim Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia dan Polis dikecualikan dalam urusan berkenaan.
Menurut JPA, permohonan lantikan kontrak (interim) adalah seperti lantikan tetap sebelum ini menerusi portal SPA9 dengan semua urusan pengambilan dilaksanakan oleh SPA.
"Tempoh kontrak pegawai yang dilantik secara kontrak (interim) adalah selama tiga tahun atau sehingga kaedah baharu lantikan tetap berkuat kuasa. Gaji pegawai lantikan kontrak (interim) adalah sama seperti pegawai lantikan tetap," katanya.
Selain itu, faedah dan kemudahan yang disediakan untuk pegawai lantikan kontrak (interim) adalah berdasarkan peraturan serta dasar semasa yang berkuat kuasa iaitu Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Urusan Perkhidmatan (UP).
Menurut JPA, proses penilaian prestasi bagi pegawai kontrak (interim) adalah berdasarkan polisi dan peraturan semasa yang berkuat kuasa manakala proses pemberhentian/penamatan pegawai adalah berdasarkan terma kontrak.
Menyentuh isu sama ada urusan penentuan gaji permulaan semasa lantikan kontrak (interim) mengambil kira pengalaman sektor pekerjaan terdahulu, JPA berkata ia boleh dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik tertakluk kepada peraturan dan dasar semasa yang sedang berkuat kuasa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 24 2024
JPA dalam kenyataan hari ini memaklumkan pegawai yang dilantik menerusi lantikan kontrak (interim) akan dilantik secara tetap menerusi kaedah baharu di bawah sistem saraan perkhidmatan awam yang akan dimuktamadkan kelak. - Gambar hiasan/BERNAMA
Letupan bom Sungai Golok: Empat anggota keselamatan Thailand cedera
Empat anggota keselamatan Thailand cedera apabila terkena letupan bom di Sungai Golok, Thailand, malam tadi.
Berang tidak bantu angkat tong gas, penghantar barang dibelasah, motor dirosakkan
Suspek menyerang mangsa dengan topi keledar sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di dahi.
Arahan tutup pasar malam waktu Maghrib tidak babitkan peniaga bukan Islam
Arahan penutupan sementara hanya membabitkan peniaga Islam bagaimanapun turut menggalakkan peniaga bukan Islam sekiranya mahu berbuat demikian.
Pelan Tindakan Pendidikan dan Penghayatan Rukun Negara dilancar Ogos ini - Aaron
Ia melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
Peserta maraton Cyberjaya dipapah lepasi garisan penamat
Peserta maraton rebah di garisan penamat sejurus sebelum menamatkan larian 42km dalam perlumbaan Twincity Marathon Cyberjaya.
Proton buka pusat penyelidikan dan pembangunan di Teluk Hangzhou, China
Pembukaan pusat R&D itu akan meningkatkan sinergi kecekapan dalaman mereka dengan penggunaan sumber dan pengetahuan Geely.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH tayang sijil UPSR 7A, SPM 10A
Calon PH, Pang Sock Tao menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari supaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu stoking: Pengarah KK Mart, isteri akan kemuka representasi kepada AGC
Pengarah KK Mart yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Video penjawat awam: MCMC selesai rakam keterangan pengendali MyNewsHub
Rakaman percakapan tersebut merupakan susulan tindakan suspek memuat naik klip video lama dengan teks yang menyebabkan kekeliruan.
Cubaan timbulkan persepsi negatif, MCMC panggil pengendali MyNewsHub
MCMC berkata, pihaknya memandang serius penularan video tersebut, yang dilihat berniat untuk membina persepsi negatif terhadap penjawat awam.
'Itu rakaman lama simulasi kesiapsiagaan serangan provokatif' - JPA
JPA menyifatkan rakaman tersebut yang telah dimuat naik oleh sebuah portal dikongsikan dengan niat memainkan sentimen negatif terhadap kerajaan.
Poster bantuan khas kewangan RM700 palsu - JPA
Menurut JPA, poster itu merupakan dari tahun 2022 yang telah diubah suai.
Puspanita perlu jadi pelengkap kerajaan dalam menyantuni rakyat - KPPA
Katanya, sebilangan besar wanita kini merupakan pemimpin dalam pelbagai profesion, sama ada di sektor swasta atau awam termasuk di JPA.
Skim pencen: JPA di peringkat akhir kajian, belum ada keputusan - KSN
Pada 20 Jan lepas, JPA berkata Laporan Interim 1 Kajian Semula SSPA telah diserahkan kepada perdana menteri pada 19 Jan.
Lantikan kontrak perkhidmatan awam adalah sementara - JPA
Peegawai yang dilantik menerusi lantikan kontrak (interim) akan dilantik secara tetap menerusi kaedah baharu di bawah sistem saraan perkhidmatan awam yang akan dimuktamadkan kelak.
Laporan Interim 1 Kajian SSPA diserah kepada Anwar - JPA
Laporan Interim 1 Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) telah diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.
JPA diminta pertimbang tambah perjawatan kontrak, tetap APM - Armizan
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempertimbangkan penambahan perjawatan kontrak dan tetap bagi pegawai serta anggota di peringkat daerah dan negeri.
JPA akan terus taja bidang perubatan, tertakluk unjuran KKM - Armizan
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan meneruskan tajaan biasiswa kepada penuntut bidang perubatan selagi terdapat keperluan guna tenaga pegawai perubatan bagi perkhidmatan kesihatan negara.