KUALA LUMPUR: CGS-CIMB Research menjangkakan perintah larangan eksport yang dikenakan Indonesia untuk minyak sawit hanya akan bertahan selama sebulan kerana isu mereka berdepan isu logistik dan penyimpanan buah tandan segar (FFB).
Pada 2021, Indonesia mengeksport 64 peratus produk minyak sawit mereka. Harga minyak sawit mentah (MSM) di Malaysia meningkat sebanyak 10 peratus daripada RM6,775 satu tan pada 22 April kepada RM7,469 satu tan pada 5 Mei 2022 selepas Indonesia mengumumkan perintah larangan eksport sementara untuk produk seperti MSM, olein sawit yang ditapis, diluntur dan dinyahbau (RBD) dan minyak sawit RBD bermula 28 April 2022.
"Seandainya, perintah larangan itu berterusan, ia akan membawa kepada kemusnahan permintaan disebabkan harga minyak sawit yang lebih tinggi akibat kekurangan bekalan di dalam pasaran.
"Bagaimanapun kerjaan Indonesia tidak menetapkan sebarnag tarikh khusus untuk larangan itu namun dipercayai larangan itu akan diteruskan sehingga harga minyak masak pukal mereka menurun kepada paras Rp14,000 (RM4.22) seliter," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
Firma itu menjangkakan, syarikat perladangan Malaysia akan mencatatkan pendapatan yang lebih baik untuk Q1FY22.
Katanya, pertambahan pendapatan itu didorong oleh kenaikan harga purata MSM sebanyak 55 peratus dan 4 peratus peningkatan daripada pengeluaran MSM.
Dari suku ke suku, peningkatan 20 peratus terhadap MSM kepada RM6,051 satu tan akan diseimbangkan dengan kada pengeluaran yang rendah iaitu -20 peratus dan cukai makmur yang tinggi.
"Kami kekal 'neutral' untuk sektor itu dengan Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK), Genting Plantation Berhad dan Hap Seng Plantations Holding Berhad menjadi pilihan," katanya.
* Artikel asal disiarkan di
Dagang News
Mon May 09 2022
Dari suku ke suku, peningkatan 20 peratus terhadap MSM kepada RM6,051 satu tan akan diseimbangkan dengan kada pengeluaran yang rendah iaitu -20 peratus dan cukai makmur yang tinggi. - Foto: Sinar Harian
Kate Middleton sertai Trooping the Colour bersama ahli keluarga
Puteri Wales menyertai ahli keluarganya di acara perarakan tahunan tentera, Trooping the Colour pada Sabtu.
Terbuka Australia 2024: Lee Zii Jia mara ke final
Pemain nombor lapan dunia itu bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menundukkan pemain meningkat naik dari Taiwan, Lee Chia Hao 10-21, 21-15, 21-10 pada aksi separuh akhir di Sydney Olympic Park.
Wakil rakyat kerajaan, pembangkang gesa insiden keganasan dihentikan
Insiden keganasan yang berlaku terhadap beberapa pemain bola sepak baru-baru ini merupakan titik hitam dalam dunia sukan negara khususnya industri bola sepak.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat
Bilangan kematian rakyat Palestin meningkat kepada 37,266. Menurut pihak berkuasa kesihatan Palestin, 34 rakyat Palestin telah terbunuh dan 71 orang tercedera dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Panjangkan doa buat seluruh rakyat Palestin - Sheikh Maher
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan khutbahnya pada Hari Arafah di Masjid Al-Nimrah di depan khayalak jemaah Haji.
Pro-Palestin lumur darah tiruan, baring di jalan raya Madrid
Para peserta perhimpunan pro-Palestin di Madrid berbaring di atas jalan raya sambil meletakkan darah tiruan di wajah mereka pada Sabtu.
Raja Permaisuri Agong kurnia sumbangan Aidiladha
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan mengurniakan sumbangan Aidiladha kepada 250 golongan miskin tegar dan miskin di Johor Bahru, Johor pada Sabtu.
Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal diumum calon PRK Sungai Bakap
Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal Abidin Ismail, 56, diumumkan sebagai calon mewakili Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap bulan depan.
Mayat pendaki Jepun hilang di utara Pakistan ditemui
Mayat pendaki Jepun yang hilang di utara pergunungan Pakistan telah dijumpai pasukan penyelamat pada Sabtu.
Penduduk harap Kerajaan Perpaduan bawa perubahan positif
Penduduk Afrika selatan berharap pembentukan Kerajaan Perpaduan Nasional akan membawa perubahan positif di negara tersebut.
Malaysia mahu perkenal 'diplomasi orang utan' kepada negara dagang sawit - Johari
Malaysia berhasrat untuk memperkenalkan 'diplomasi orang utan' kepada negara dagang sawit, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Penyeragaman harga komoditi tidak praktikal, jejas kecekapan pasaran - KPK
KPK berpendapat penyeragaman harga komoditi melibatkan kos yang tinggi kepada kerajaan selain dikhuatiri akan menjejaskan kecekapan pasaran.
Tiada hasrat mansuh levi keuntungan luar biasa industri sawit - Kementerian Kewangan
Kerajaan tidak berhasrat untuk memansuhkan levi keuntungan luar biasa ke atas industri sawit buat masa ini, kata Kementerian Kewangan.
Fadillah ke Nairobi bermula 3 Julai, teroka eskport pasaran sawit
Ia bagi memberi ucaptama dan merasmikan Malaysian Palm Oil Forum East Africa Region 2023.
EUDR tidak wajar tetapkan Malaysia negara berisiko tinggi - Fadillah
Hasrat Eropah untuk menetapkan Malaysia sebagai negara berisiko tinggi di bawah Peraturan Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) adalah tidak wajar.
China usaha pertingkat hubungan dua hala, sesama rakyat - Wang Yi
China bersedia untuk mengimport lebih banyak minyak sawit, buah-buahan tropika dan produk pertanian lain dari Malaysia, kata Menteri Luar China, Wang Yi.
Malaysia dapat penuhi permintaan global untuk minyak sawit - Zuraida
Industri tempatan boleh meningkatkan pengeluaran dan produktiviti minyak sawit kerana pintu sempadan sudah dibuka semula.
IOI Corp sasar tanam durian di kawasan seluas 200 hektar dalam tempoh 5 tahun
IOI Corp mahu meningkatkan hasil minyak perladangan sebanyak 15% menjelang 2024.
11 hektar tanaman sawit haram dimusnahkan di Hutan Simpan Kuala Langat Selatan
Jabatan Perhutanan Negeri Selangor memusnahkan tanaman kelapa sawit seluas 11 hektar yang ditanam secara haram di Hutan Simpan Kuala Langat Selatan.
Pelupusan hutang peneroka: Manfaat lebihan untuk belanja dapur, hadapi pandemik
Apabila pengurangan hutang itu mula dilaksanakan, ia sekurang-kurangnya memberi wang lebih kepada peneroka untuk dibelanjakan.