DENGKIL: LBS Bina Group Berhad (LBS), syarikat pemaju hartanah terkemuka Malaysia telah mengadakan cabutan bertuah pusingan ke-2 bagi kempen LBS Fabulous 20-21 dengan hadiah bernilai sehingga RM731,000.

Aktiviti cabutan bertuah ini terbuka kepada pembeli rumah yang membeli dari senarai hartanah terpilih LBS dengan harga melebihi RM250,000 mulai  Januari 2020 hingga 31 Disember 2021.

Antara projek yang mengambil bahagian termasuk KITA @ Cybersouth, LBS Alam Perdana dan Prestige Residence yang baru dilancarkan.

Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San berkata, aktiviti cabutan bertuah itu terbahagi kepada dua bahagian dan telah menawarkan ganjaran hadiah bernilai lebih daripada RM1.16 juta  secara keseluruhan kepada 1,200 orang pembeli rumah yang bertuah.

Jelasnya, pusingan kedua cabutan bertuah ‘LBS Fabulous 20-21’ telah disiarkan secara langsung melalui Facebook LBS pada 28 Mac 2022 baru-baru ini.

"Pembeli rumah yang layak berpeluang memenangi rangkaian kereta Proton, seperti Proton X70 1.8L Executive 2WD, Proton Exora CVT Executive, 3-unit Proton Persona 1.6 CVT Standard dan 3-unit Proton Iriz CVT.

"Bagi penggemar aktiviti lasak, enam unit basikal Decathlon Rockrider ST30 juga menanti para pemenang serta hadiah menarik lain yang ditawarkan termasuk 15-unit Dell Vostro Notebook, 20-unit Samsung Galaxy Tab dan pelbagai peralatan rumah.

"Saya harap dengan cabutan bertuah ini, ia akan memberi pengalaman istimewa kepada pembeli rumah kami. Selain daripada hadiah menarik, LBS akan terus membawakan produk yang bernilai tinggi di samping menyediakan kualiti hidup sempurna kepada semua pembeli untuk tahun-tahun akan datang.

"Dengan pembukaan semula sempadan antarabangsa Malaysia, LBS mempunyai perancangan besar untuk negara dan rakyat," katanya kepada Astro AWANI. 

Turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif LBS, Datuk Joey Lim Hock Guan dan Pengarah Eksekutif LBS, Datuk Cynthia Lim Mooi Pang.

Proses undian tersebut dikawal selia rakan penasihat undang-undang, Steven Tai, Wong & Partners yang telah dilantik khas bagi memastikan ianya dilakukan dengan adil dan saksama.


Pemenang hadiah utama Proton X70, Hanif Abdul Rahman (kanan) dan pemenang kereta Exora,Chong Ai Li (kiri) ketika sesi bergambar

Sementara itu, pemenang utama hadiah cabutan bertuah tersebut, Hanif Abdul Rahman, 34, yang juga seorang pegawai khidmat pelanggan meluahkan rasa teruja dan bersyukur atas rezeki yang diperolehinya kerana berjaya membawa pulang sebuah kereta Proton X70 pada cabutan hadiah bertuah tersebut. 

"Alhamdulillah, sebab pertama kali saya memenangi cabutan bertuah sebegini dan sejak pandemik ini ramai orang mempunyai  masalah kewangan dan saya juga salah seorang diantara yang terkesan.

"Alhamdulliah, ini rezeki keluarga dan kereta itu akan dihadiahkan kepada isteri saya, Siti Aminah Mohamad yang banyak menyokong saya selama ini," katanya.   

Bagi Chong Ai Li, 36, yang juga pengarah syarikat produk makanan dan minuman yang memenangi kereta Proton Exora CVT Executive berkata, usaha LBS merupakan niat murni kerana ingin membantu orang ramai untuk mampu memiliki rumah idaman mereka dengan harga yang berpatutan. 

"Saya sangat terharu kerana LBS memberikan hadiah istimewa berupa sebuah kereta selepas saya membeli sebuah rumah di tapak perumahan tersebut.

"Pada masa sama, saya sangat menghargai dengan apa yang LBS laksanakan iaitu dengan memberikan  promosi harga istimewa agar semua warganegara Malaysia khususnya mampu untuk memiliki rumah impian mereka," katanya.

Untuk maklumat lanjut, boleh melayari di laman www.lbs.com.my  bagi  produk terkini serta kempen jualan LBS.

Ini adalah kandungan berbayar