KUALA LUMPUR: Lebih 60,000 belia disasarkan menyertai Program Sekolah Rukun Negara, sebuah program mendedahkan belia dengan kefahaman dan pengetahuan demokrasi sehingga hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim.
Beliau berkata program tersebut boleh disertai belia berusia antara 15 dan 30 tahun dan terutamanya lepasan sekolah berusia 18 tahun berikutan pindaan had umur mengundi pada 2019.
Katanya, program tersebut dilaksanakan secara tiga fasa iaitu kursus asas, kursus pertengahan dan kursus lanjutan dan ia dijalankan selama setengah hari dan boleh dianjurkan di sekolah, universiti dan pusat belia.
"Sekolah Rukun Negara ialah program nasional untuk menjawab persoalan perihal literasi politik dalam kalangan belia. Dalam program ini, kita bukan hanya bagi kuliah tetapi kita galakkan peserta untuk jadikan platform ini sebagai ruang ekspresi.
"Matlamatnya, memastikan kita memberi pendidikan politik dan demokrasi sesuai dengan keperluan sekarang. Tidak adil kita mengikat golongan pengundi muda dengan tanggungjawab tanpa memberi ruang untuk mereka berbincang politik secara sihat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran Program Sekolah Rukun Negara di Dewan Panggung Seni Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, dekat sini, hari ini.
Kursus pertengahan dan lanjutan pula masing-masing akan dilaksanakan selama tiga hari dua malam atau empat hari tiga malam di Kem Wawasan Negara kendalian Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD), katanya.
Beliau berkata antara modul yang akan digunakan dalamprogram tersebut ialah Perlembagaan Persekutuan, Parlimen, proses pengundian, prinsip Rukun Negara, pilihan raya dan kerajaan tempatan.
"Pembangunan modul-modul di bawah Program Sekolah Rukun Negara melibatkan pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti politik di Malaysia," katanya.
Adam Adli berkata seramai 16,759 belia telah menyertai program itu secara bersemuka sejak ia dilaksanakan 6 Mei lalu.
Beliau berkata pihaknya juga menyasarkan sembilan juta penonton akan mengikuti perkongsian program berkenaan menerusi platform media sosial Kementerian Belia dan Sukan (KBS) seperti di TikTok, Facebook dan Youtube, yang mana setakat ini sebanyak 2.1 juta pengguna telah direkodkan.
Program Sekolah Rukun Negara adalah merupakan inisiatif i-LEAD, agensi di bawah KBS, untuk meningkatkan keutuhan dalam aspek kenegaraan dan perpaduan berteraskan penghayatan kepada prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan bagi meningkatkan pengetahuan dan kefahaman golongan belia mengenai sistem demokrasi di Malaysia.
Antara objektif pelaksanaan program tersebut adalah meningkatkan kesedaran dan kefahaman golongan belia tentang sistem Demokrasi Berparlimen Raja Berpelembagaan; dan memantapkan semangat patriotik, jati diri dan kesepaduan nasional untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
Objektif program termasuklah juga untuk menyebarluas konsep Malaysia MADANI berteraskan pemahaman terhadap prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 12 2023
Adam Adli ketika sesi Dialog Demokrasi sempena Majlis Pelancaran Program Sekolah Rukun Negara di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi hari ini. - Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pengundi muda di AS keliru pilihan Presiden 2024
Landskap politik AS kini berubah menyebabkan sesetengah belia yang sebelum ini setia kepada parti Demokrat tidak lagi pasti tentang pilihan mereka.
Senator wakili belia bakal dilantik di Dewan Negara - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan seorang senator dalam kalangan be;ia bakal dilantik di Dewan Negara bagi mewakili suara golongan itu.
PRN Johor: Peratusan keluar undi golongan belia dijangka kurang
Menurut data Indeks Belia Malaysia, sosilisasi politik dalam kalangan belia memang rendah malah menurun setiap tahun.
Keluarga muda Malaysia, mutu sukan dan isu belia fokus saya - Ahmad Faizal
Isu pengangguran, graduan kehilangan pekerja, meningkatkan kemahiran belia dan pembangunan sukan antara yang akan diberikan perhatian oleh Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Ahmad Faizal Azumu.
'Kami yakin belia mampu bantu kerajaan sebaiknya' - MPPK
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan menyambut baik komitmen kerajaan dalam mendengar dan memberi tumpuan suara anak muda dalam memulihkan negara.
PRU15: Pastikan kes rendah, kadar vaksinasi tinggi sebelum laksana
Kes harian COVID-19 perlu berada pada angka yang rendah, jika mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.
Harapan Hari Belia Antarabangsa 2021, generasi muda mahu...
KETIKA 'perang' menentang pandemik COVID-19 masih berterusan, kestabilan politik perlu terus diberi perhatian bagi memastikan kejayaan langkah-langkah yang sedang dilaksanakan.
Kenyataan Syed Saddiq tuduhan liar, tidak matang dan ada agenda tersendiri - Pemuda PN
Kenyataan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai tuduhan tidak berasas.
Beban liabiliti antara punca golongan muda sukar menyimpan
Pendapatan yang tidak mencukupi disebabkan terpaksa menanggung liabiliti dan hutang mempengaruhi trend perbelanjaan golongan muda sehingga mendorong mereka menggunakan kad kredit.
Mohammad Natsir tokoh pemikir Islam disegani - Anwar Ibrahim
Ketokohan Perdana Menteri kelima Indonesia, Dr Mohammad Natsir dalam penulisannya mengenai Islam dan modernisasi memberi kesan yang mendalam.