SHAH ALAM: Pengambilan pelajar tingkatan satu dan empat dalam kalangan golongan berpendapatan rendah atau B40 ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi sesi 2024 adalah melebihi 80 peratus.
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata MARA menerusi Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) menawarkan 7,424 tempat kepada pelajar di seluruh negara dan daripada jumlah itu, lebih 6,000 tawaran diberikan kepada pelajar B40.
"Ini menyaksikan pengambilan kuota B40 bagi pelajar MRSM sesi 2024 menunjukkan peningkatan memberangsangkan daripada dasar yang ditetapkan iaitu 60 peratus kuota harus diisi pelajar dalam kumpulan B40.
"Tawaran melebihi peratusan asal ini merupakan usaha murni kita mengutamakan mereka yang berpendapatan rendah bagi mendapat kemudahan pembelajaran dan pengajaran terbaik menerusi sistem pendidikan MRSM," katanya dalam kenyataan susulan lawatan beliau ke MRSM Kuala Kubu Bharu dekat sini hari ini.
Menurut Asyraf Wajdi, statistik itu membuktikan MARA tidak mengabaikan hak golongan berpendapatan rendah untuk mendapatkan pendidikan di institusi berkenaan seperti dakwaan pihak tertentu.
Sementara itu, Asyraf Wajdi turut mengingatkan keluarga pelajar yang mengalami kesukaran kewangan untuk tidak sewenang-wenangnya menolak tawaran diberikan MARA.
Ini kerana MARA menyediakan Program Bantuan Untuk Pendidikan (BUDI) bagi memberikan bantuan kewangan dan kelengkapan persekolahan kepada mereka yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah, katanya.
"Laporan perkembangan terkini berhubung penerimaan tawaran oleh pelajar B40 tersebut adalah sebanyak 76 peratus," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 11 2024
Pengerusi MARA Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata MARA menerusi Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) menawarkan 7,424 tempat kepada pelajar di seluruh negara dan daripada jumlah itu, lebih 6,000 tawaran diberikan kepada pelajar B40. - Gambar fail
Bekas pegawai PTG didakwa tipu status Tanah Rizab Melayu
Rosli Che Mohamed, 64, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ibrahim Osman.
AWANI Ringkas: Menteri Besar Perlis beri keterangan kepada SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki bunuh kekasih terlepas hukuman gantung, ganti jel 30 tahun
Seorang penyelenggara stor yang membunuh teman wanitanya dengan menjerut leher menggunakan kain tudung terselamat daripada tali gantung.
Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di kuil
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek lain sedang giat dijalankan.
Pencarum perlu upskill dan reskill untuk tingkatkan jumlah wang persaraan - Pakar
Beliau berkongsi pandangan dalam program Niaga AWANI pada Selasa. Antara lain, beliau menasihatkan agar pencarum tingkatkan juga literasi kewangan.
[TERKINI] SPRM sahkan MB Perlis diambil keterangan
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan kes melibatkan anak lelakinya.
Biotoksin masih tinggi, penternak diminta jangan jual kupang - Jabatan Perikanan
Ujian makmal turut mendapati sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya kepada manusia.
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Kes lelaki Israel: Kertas siasatan 10 suspek akan dirujuk AGC minggu ini
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
Stoking kalimah Allah: Pasar raya diingati jangan ulang kesilapan, ambil iktibar - TPM Zahid
Pasar raya seluruh negara diingatkan untuk mengambil iktibar dan tidak mengulangi kesilapan, susulan penjualan stoking tertera kalimah Allah oleh pasar raya KK Mart.
Lebih 80 peratus tawaran ke MRSM buat pelajar B40
Pengambilan pelajar tingkatan satu dan empat dalam kalangan golongan berpendapatan rendah atau B40 ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi sesi 2024 adalah melebihi 80 peratus.
Ramli cadang buka kuota Orang Asli masuk ke MRSM, SBP
Kerajaan dicadang membuka sekurang-kurangnya lima peratus kuota kemasukan pelajar Orang Asli ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
25 peratus tawaran MRSM ditolak setiap tahun, kekosongan diisi calon simpanan
Asyraf Wajdi berkata, jumlah itu berdasarkan rekod yang dikenal pasti sebelum ini.
Golongan T20 hantar anak ke MRSM untuk belajar erti kesusahan
-Saya tertanya-tanya kenapa golongan (T20) itu nak hantar anak-anak ke MRSM, dan jawapan yang diterima mengejutkan saya iaitu nak ajar anak untuk hidup susah."
Tiada amalan kabel, mesti lulus UKKM untuk ke MRSM - Asyraf Wajdi
MRSM tidak berkompromi dengan sebarang rayuan atau 'amalan kabel' untuk menempatkan pelajar yang gagal ujian berkenaan bagi menjamin kualiti produk MRSM.
Tiada pelajar MRSM alami gejala keracunan makanan - Mara
Mara memaklumkan tiada pelajarnya mengalami gejala keracunan makanan setakat ini seperti yang didakwa berlaku di sebuah MRSM.
Peruntukan RM50 juta untuk selenggara Institusi Pendidikan Mara - TPM
Kerajaan memperuntukkan RM50 juta untuk projek naik taraf dan baik pulih Institut Pendidikan MARA (IPMA) tahun ini, dengan separuh daripadanya untuk Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).
Isu mewujudkan MRSM berbayar jadi tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu cadangan mewujudkan MRSM berbayar dan kos perbelanjaan jemaah haji akan jadi tumpuan di Dewan Rakyat hari ini.
Halusi cadangan tubuh MRSM berbayar untuk orang kaya - Asyraf Wajdi
Ini kerana wujud permintaan oleh ibu bapa daripada golongan berkenaan yang berhasrat menghantar anak mereka menyambung pelajaran ke institusi itu.