NATIONAL
Lelaki dakwa tak sengaja racun 25 kucing hingga mati

Babah Conan akan membuat laporan polis berhubung kematian kucing peliharaan akibat di racun di rumahnya di Lorong Seri Kuantan, Selasa lalu. -Foto Sinar Harian
Seorang pencinta kucing Muhammad Nor Fiqry Zahari, 38, atau lebih dikenali dengan panggilan Babah Conan akan membuat laporan polis berhubung kematian kucing peliharaan akibat di racun di rumahnya di Lorong Seri Kuantan, Selasa lalu.
Babah Conan berkata, laporan itu dibuat selepas mendapat maklumat daripada kawannya bahawa ada individu telah menghubungi sebuah stesen radio untuk memohon maaf kerana tidak sengaja meracuni haiwan terbabit.

Babah Conan akan membuat laporan polis berhubung kematian kucing peliharaan akibat di racun di rumahnya di Lorong Seri Kuantan, Selasa lalu.
“Saya tak tahu siapa yang buat panggilan itu, tetapi panggilan suara itu dikongsikan oleh kawan menerusi aplikasi WhatsApp kepada saya. Lelaki tersebut memaklumkan yang dia tidak mengetahui ada kucing di kawasan terbabit.
“Kepala ayam yang mengandungi racun ini mahu diberikan kepada tikus dan anjing yang berkeliaran di kawasan terbabit. Saya nak kesahihan perkara ini supaya tindakan selanjutnya boleh diambil,” katanya ketika dihubungi semalam.
Menurutnya, kini jumlah kucing peliharaannya yang mati akibat diracun telah meningkat kepada 25 ekor.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami