Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh pada Khamis atas tuduhan membunuh bapanya sendiri pada 9 Mei lalu.
Tertuduh Karesh Kumar Sharma, 21, didakwa membunuh bapanya, R. Pardeep Kumar, 56, di No. 28, Jalan Bercham Sinar 1, Taman Bercham Sinar, Ipoh antara jam 4.30 petang hingga 7 petang pada tarikh tersebut.
Majistret Umzarul An-Nur Umar menetapkan 26 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Nur Asmaniza Mohamad.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Pada 11 Mei lalu, polis menahan dua beradik yang disyaki menyebabkan kematian bapa mereka dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Bercham Sinar, pada 9 Mei.
Kedua-dua mereka, yang berumur 20 dan 21 tahun direman selama seminggu dari tarikh ditangkap, sebelum ditambah reman seminggu lagi.
Abd Razak Mohd Ali
Thu May 23 2019
Tertuduh didakwa membunuh bapanya di Taman Bercham Sinar, Ipoh antara jam 4.30 petang hingga 7 petang 9 Mei lalu. - Astro AWANI
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Suspek bunuh bapa sempat beli pisau lipat sebelum ditemui rebah
Lelaki OKU mental yang didakwa membunuh bapanya di rumah mereka di Kampung Senaling Kuala Pilah sempat membeli pisau lipat di sebuah kedai sebelum tiba-tiba rebah.
Bekas pemandu lori bunuh bapa terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 35 tahun
Panel tiga hakim membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan tertuduh terhadap hukuman mati yang dijatuhi ke atasnya.
Lelaki disyaki bunuh bapa dituduh esok
Lelaki yang disyaki membunuh bapanya sebelum mayatnya dibalut dengan langsir dan dibuang di tepi jalan akan dituduh di mahkamah pada Isnin.
Mayat dibalut langsir: Bunuh bapa kerana sering dimarah
Sorang lelaki membunuh bapanya, sebelum mayatnya dibalut dengan menggunakan langsir dan dibuang di tepi jalan di hadapan sebuah kondominium di Sungai Way.
Pukul bapa hingga maut, buang tepi jalan
Seorang anak lelaki tergamak membunuh bapanya, sebelum mayatnya dibalut dengan langsir sebelum dibuang di tepi jalan di hadapan sebuah kondominium di Sungai Way, di sini, pada Sabtu.
Lelaki OKU didakwa bunuh bapa
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan membunuh bapanya, bulan lepas.
Lelaki OKU direman tujuh hari dipercayai bunuh bapa
Seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan reman selama tujuh hari bermula Isnin bagi membantu siasatan kes seorang warga emas berusia 64 tahun yang ditemui mati di sebuah flat.
Bunuh dan kerat bapa, penganggur kekal ke tali gantung
Panel tiga hakim sebulat suara memutuskan demikian selepas menolak rayuan You Poh Khoon, 57, untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya.
Tidak tahan diserang, anak pukul bapa mabuk hingga maut
Mangsa dikenali sebagai Talasai Kuyoh, 62 tahun, ditemukan mati di kebun sawit berhampiran rumahnya.
Padah ketagihan PUBG, anak bunuh dan kerat mayat bapa
Marah kerana tidak dapat bermain permainan atas talian PUBG, seorang pemuda bertindak di luar jangkaan dengan membunuh bapanya.