MELAKA: Seorang penjawat awam yang membuat provokasi di media sosial dengan menyatakan sokongan secara terbuka terhadap kekejaman rejim zionis yang tular sehingga membangkitkan kemarahan netizen baru-baru ini, didapati positif dadah.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, lelaki berusia 31 tahun itu ditahan selepas diminta hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Melaka Tengah, semalam.
“Pihak polis Melaka Tengah menerima laporan berkaitan kes video tular suspek yang menyokong Israel dalam aplikasi TikTok yang mana hasil siasatan, suspek telah memuat naik video itu dengan nama pengguna @pahlawan90 sehingga menimbulkan reaksi negatif masyarakat.
“Susulan itu, suspek yang merupakan penjawat awam di Melaka itu telah dipanggil untuk diambil keterangan dan hasil saringan ujian air kencing yang dilakukan mendapati lelaki itu positif dadah jenis morfin,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut ujarnya, berdasarkan siasatan dijalankan, lelaki berkenaan juga disyaki berada di bawah pengaruh dadah ketika membuat rakaman video berkenaan sebelum memuatnaiknya ke media sosial.
“Pihak polis berjaya merampas satu telefon bimbit yang dipercayai digunakan ketika memuat naik video tersebut di aplikasi TikTok dan suspek kini ditahan reman selama dua hari dibawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
“Lelaki itu juga disiasat di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia kerana memuat naik video menyentuh sensitiviti agama itu,” katanya.
Tambah Afzanizar, pihak polis turut menyeru kepada orang awam supaya menggunakan platform media sosial dengan bertanggungjawab tanpa membuat sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti mana-mana agama dan masyarakat yang berbilang kaum.
Baru-baru ini tular rakaman video berdurasi 59 saat di aplikasi TikTok yang dimuat naik seorang penjawat awam dipercayai kakitangan penjara Sungai Udang, di sini berhubung pendiriannya yang secara terbuka menyatakan sokongan terhadap kekejaman rejim Israel kepada masyarakat Palestin.
Video itu mendapat perhatian netizen dan mendatangkan rasa kurang senang kepada rakyat Malaysia yang menganggap individu berkenaan tidak sensitif dengan isu global yang sedang berlaku ketika ini.
Shuhada Abdul Kadir
Wed May 19 2021
Individu berkenaan sempat memuat naik video pernyataan maaf dan menjelaskan tentang tindakannya, namun orang ramai masih tidak boleh menerima alasanya. - Media sosial
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Bharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Bharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Penjawat awam perlu amal kecepatan dan kepesatan dalam pelaksanaan tugas - PM Anwar
Penjawat awam digesa untuk sentiasa mengamalkan kecepatan dan kepesatan dalam pelaksanaan tugas supaya dasar-dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan pantas.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 April 2024.
Usaha tingkatkan kadar gaji penjawat awam diumum Hari Pekerja - PM Anwar
Cadangan penambahbaikan, usaha tingkatkan kadar pendapatan bersih penjawat awam akan diumumkan pada Hari Pekerja, kata Perdana Menteri
Penjawat awam, peniaga antara lima ditahan kerana mengugut
Polis berkata kesemua lelaki tempatan berumur antara 27 hingga 43 tahun itu ditahan pada Sabtu lepas dan semalam.
Cubaan timbulkan persepsi negatif, MCMC panggil pengendali MyNewsHub
MCMC berkata, pihaknya memandang serius penularan video tersebut, yang dilihat berniat untuk membina persepsi negatif terhadap penjawat awam.
Kerajaan Pahang biaya kos rawatan penjawat awam negeri, pesara di SASMEC@IIUM
Kerajaan Pahang akan membiayai kos rawatan penjawat awam dan pesara perkhidmatan awam negeri itu di SASMEC@IIUM, Kuantan bermula bulan ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 5 April 2024.