Seorang lelaki yang memperoleh keuntungan sehingga RM5,000 sebulan dengan menjual sijil cuti sakit palsu ditahan polis bersama-sama seorang ejennya dalam dua serbuan berasingan semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Noorzainy Mohd Noor yang mengesahkan penangkapan itu hari ini berkata lelaki berumur 34 tahun itu ditahan di Penaga kira-kira pukul 3.00 petang, sejam selepas ejennya, seorang mekanik, 30, diberkas.
Menurutnya penangkapan itu dibuat susulan laporan polis yang dibuat pengurus sumber manusia sebuah syarikat swasta di Sungai Puyu, semalam selepas mendapati sijil cuti sakit yang dikemukakan dua orang pekerja syarikat itu mencurigakan.
"Pengurus itu menerima dua sijil cuti sakit daripada dua pekerjanya yang dikeluarkan oleh sebuah hospital kerajaan dan turut mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan namun syarikat tersebut mengesyaki ia adalah sijil sakit palsu," katanya di sini.
Beliau berkata pihak syarikat itu telah membuat pengesahan dengan pihak hospital dan mendapati bahawa nombor siri pada sijil cuti sakit tersebut adalah tidak wujud dan pegawai perubatan yang mengesahkan sijil cuti sakit tersebut juga tidak berkhidmat di hospital tersebut.
Noorzainy berkata siasatan awal polis telah membawa kepada penangkapan mekanik itu yang bekerja di syarikat berkenaan sebelum memperolehi maklumat lanjut dan menahan dalang utama kes itu di Penaga.
"Siasatan mendapati lelaki kedua yang menganggur itu merupakan dalang utama menjalankan kegiatan menjual sijil sakit palsu dan dia dipercayai mencetak sijil-sijil sakit tersebut daripada internet sebelum menjualnya kepada ejen-ejennya," katanya.
Suspek kedua ini juga dikatakan menjual setiap sijil sakit palsu berkenaan dengan harga RM10 kepada ejen-ejennya yang dipercayai bekerja di kilang-kilang sekitar Daerah SPU dan Seberang Perai Tengah dan ejen-ejen ini pula menjualnya kepada pekerja-pekerja lain pada harga di antara RM15 dan RM20 setiap satu.
"Siasatan juga mendapati dalang tersebut menjalankan kegiatan berkenaan sejak setahun lepas dan dia dipercayai mampu mengaut keuntungan sehingga RM5,000 setiap bulan," katanya.
Katanya kedua-dua lelaki itu kini direman selama empat hari bagi siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan polis juga sedang mengesan ejen-ejen lain yang menjual sijil sakit palsu berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 05 2019
Siasatan awal polis telah membawa kepada penangkapan mekanik itu yang bekerja di syarikat berkenaan sebelum memperolehi maklumat lanjut dan menahan dalang utama kes itu di Penaga. - Gambar hiasan
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik UM mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, jabatan itu menegaskan pihaknya kesal dan memandang serius terhadap perkara itu.
AWANI 7:45 [27/04/2024] - Siasatan sama ada Tun M salah guna kuasa | Jangkaan persaingan sengit | FFC umum tangguh misi | Mesyuarat khas dua hari
#AWANI745 malam ini bersama Dzulfitri Yusof;
1. Mokhzani dan Mirzan nafi disiasat SPRM
2. Pertandingan empat penjuru, PRK Kuala Kubu Baharu
3. Freedom Flotilla To Gaza ditangguh, delegasi dunia pulang
4. Mesyuarat Khas WEF berlangsung di Arab Saudi, ketika suhu geopolitik semakin panas
1. Mokhzani dan Mirzan nafi disiasat SPRM
2. Pertandingan empat penjuru, PRK Kuala Kubu Baharu
3. Freedom Flotilla To Gaza ditangguh, delegasi dunia pulang
4. Mesyuarat Khas WEF berlangsung di Arab Saudi, ketika suhu geopolitik semakin panas
Piala Thomas: Jangan pandang mudah Malaysia - Antonsen
Walaupun Malaysia membariskan skuad perseorangan kurang 'menyengat', Anders Antonsen masih menjangkakan saingan sengit.
Budak lima tahun cedera jatuh dari tingkat tiga flat
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun cedera selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga rumahnya di Flat Taman College Height pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Kasino di Forest City
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Hamas sudah terima maklum balas Israel mengenai cadangan gencatan senjata
Gesaan dari seluruh dunia untuk satu gencatan senjata semakin meningkat dengan serangan ke atas Gaza kini memasuki bulan ketujuh.
World Economic Forum berbeza dari kelaziman
Lazimnya World Economic Forum (WEF) akan berlangsung setiap musim sejuk di Davos, Switzerland, lokasi lahirnya forum berprestij dunia ini sejak lebih lebih dekad lalu.
Dalam tempoh kira-kira tiga bulan, WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28 hingga 29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Ia memberi isyarat, kepentingan kestabilan rantau Asia Barat atau timur tengah ini, bukan perakara main-main.
#AWANI745
Dalam tempoh kira-kira tiga bulan, WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28 hingga 29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Ia memberi isyarat, kepentingan kestabilan rantau Asia Barat atau timur tengah ini, bukan perakara main-main.
#AWANI745
Pemain Astro Kem Badminton 2024 berpeluang berlatih di bawah jurulatih BAM
Wan Wah menjelaskan pemain-pemain yang dipilih akan menjalani latihan intensif itu di Akademi Badminton Malaysia (ABM).
#AWANI745
#AWANI745
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi perlu pilih kestabilan - Fadillah
Fadillah berkata beliau percaya pengundi di kawasan tersebut, boleh membuat keputusan terbaik untuk menentukan calon paling layak untuk mewakili mereka.
Liga Parlimen Al-Quds: Malaysia gesa satu resolusi penyelesaian isu Palestin dapat dicapai
Malaysia antara lain mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi menghantar tentera pengaman ke Palestin.
Perbicaraan ditangguh: Siti Nuramira demam, muntah dan kejang perut
Perbicaraan kes Siti Nuramira Abdullah yang didakwa mencetuskan suasana tidak harmoni dalam kalangan penganut agama Islam di Mahkamah Sesyen ditangguhkan hingga esok kerana wanita itu cuti sakit.
Cuti sakit pekerja boleh dipinda
Kemudahan cuti sakit wajar dikaji semula kerana ia membebankan majikan dari segi kos.
Siti Bainun cuti sakit 22 hari, bicara tangguh
Mahkamah Sesyen di sini akan menetapkan tarikh baharu bagi prosiding membela diri Siti Bainun Ahd Razali selepas pengasas Rumah Bonda itu diberi sijil cuti sakit (MC) selama 22 hari.
Gagal hadir ke mahkamah, wanita dera amah diberi peringatan terakhir
Mahkamah tidak akan berkompromi lagi kerana setiap kali ditetapkan untuk perbicaraan kes, Rozita Mohamad Ali, 46, tidak hadir atas alasan sama iaitu sakit asma dan lutut.
COVID-19: Rakyat Malaysia antara 690 kes baharu di Singapura
Singapura pada Rabu telah mengenal pasti lima kluster baharu iaitu di 11, Defu Lane 1; 106, International Road; 33, Senoko Way; 17, Shaw Road; dan 182, Taman Perindustrian Woodlands E5.
COVID-19: Jururawat New York perlu justifikasi cuti sakit atau dipotong gaji
Jururawat dan pekerja kesihatan yang bertugas di Pusat Perubatan Jacobi di New York menyatakan protes terhadap polisi baharu yang dilaksanakan di tengah kebimbangan krisis COVID-19, pada Jumaat.
SPRM soal siasat doktor yang keluarkan MC kepada Rosmah - Peguam
Kata Sri Ram, persoalannya ialah sama ada tertuduh sihat atau sebaliknya untuk menghadiri perbicaraan, oleh itu, SPRM perlu menyiasat perkara tersebut dan mereka hanya menjalankan tugas.
Rosmah didakwa boleh pengaruhi keputusan kerajaan - Pendakwa
Pendakwa utama, Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata Rosmah sendiri tidak mempunyai kedudukan rasmi tetapi mempunyai pengaruh besar kerana sifatnya yang suka menguasai orang lain.
Kimanis Memilih: Kecederaan tidak halang hadir tunaikan tanggungjawab
Menurut Iswandy, kecedaraan yang dialaminya ketika menjalani latihan badminton baru-baru ini tidak mematahkan semangat untuk keluar mengundi pada PRK kali ini.
Lelaki raih RM5,000 sebulan jual cuti sakit palsu ditahan
Lelaki berumur 34 tahun itu ditahan di Penaga kira-kira pukul 3.00 petang, sejam selepas ejennya, seorang mekanik, 30, diberkas.