SUNGAI PETANI: Seorang lelaki warga Myanmar maut dalam pergaduhan dipercayai membabitkan beberapa rakan senegaranya di kawasan asrama sebuah kilang dekat sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Wan Azharuddin Wan Ismail berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada 11.53 malam.
"Siasatan awal menemukan seorang lelaki warga Myanmar berusia 23 tahun dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah dipercayai ditikam dan dipukul pada bahagian kepala.
"Motif pergaduhan dipercayai akibat mabuk kerana mereka minum bersama sebelum berlaku perselisihan faham dan pergaduhan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata dalam kejadian itu, seorang lagi lelaki warga Myanmar berusia 29 tahun cedera pada bahagian pinggang dan kepala.
"Mangsa yang cedera dipercayai baharu setahun bekerja di kilang itu dan kini dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, di sini dan berada dalam keadaan stabil," katanya.
Beliau berkata susulan itu, polis menahan enam lelaki warga Myanmar berusia antara 20-an hingga 40-an yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu dan kesemuanya direman seminggu untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Menurut Wan Azharuddin polis juga sedang mengesan empat lagi suspek yang masih bebas dan menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi balai polis berhampiran.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 27 2024
Seorang lelaki ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah dipercayai ditikam dan dipukul pada bahagian kepala.
30 CEO TVET swasta Malaysia adakan lawatan ke China
Menerusi lawatan berkenaan kesemua institusi TVET tempatan akan menandatangani MoU dengan lima buah institusi TVET China.
Lawatan Anwar ke Qatar berjaya jana potensi eksport bernilai RM700 juta - Tengku Zafrul
Komitmen eksport itu diterima daripada pelbagai pemimpin utama industri Qatar semasa mesyuarat meja bulat perniagaan.
Pemimpin utama industri Qatar hadiri mesyuarat meja bulat dengan PM Anwar
Syarikat yang menghadiri pertemuan meja bulat itu kebanyakannya daripada sektor perkhidmatan, pembuatan serta pelaburan.
LKIM cadang bina slipway di Labuan
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bercadang membina satu lagi 'slipway' di Kompleks LKIM Labuan bagi mengatasi masalah kesukaran membaiki bot nelayan di kawasan berkenaan.
Mad Saril ubah tempurung jadi kraf tangan cantik, bernilai
Seorang bekas pekerja swasta di Bagan Datuk mengubah tempurung dan batang kelapa menjadi barangan dan kraf tangan bernilai tinggi.
KADA perluas 80 hektar padi di Pasir Puteh menerusi Program SMART SBB
KADA akan memperluaskan Program SMART SBB seluas 80 hektar lagi di kawasan seliaannya di sini pada musim hadapan bagi membantu lebih ramai pesawah menjana pendapatan lebih lumayan.
Rangka Kerja Integriti dan Antirasuah Industri Perkhidmatan Air perlu dikaji semula
SPAN amat komited dalam merealisasikan pemerkasaan aspek integriti dalam industri perkhidmatan air melalui kerjasama erat bersama para pemegang lesen.
Pantai Teluk Bahang diisytihar sebagai sarang penyu bertelur
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) pada Isnin mengisytiharkan Pantai Teluk Bahang sebagai sarang penyu bertelur.
TUBE-X: 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih melalui bantuan geran lebih RM3 juta
Seramai 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih tahun ini melalui bantuan geran berjumlah lebih RM3 juta di bawah Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE-X).
Sarawak selidik olah kanji sagu jadi nasi
Sarawak sedang memulakan penyelidikan untuk menjadikan kanji sagu sebagai makanan ruji alternatif kepada nasi.
Lelaki warga Myanmar maut dalam pergaduhan
Seorang lelaki ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah dipercayai ditikam dan dipukul pada bahagian kepala.
Empat ditahan bergaduh di kasino, saki-baki terlibat diburu polis
Pihak polis menerima maklumat pergaduhan melibatkan lebih kurang 10 lelaki warga tempatan berusia 23 hingga 50 tahun kira-kira 4 pagi.
Gara-gara tersiku, lelaki maut ditumbuk
Gara-gara tersiku ketika berjalan dipercayai punca tercetusnya pergaduhan antara dua lelaki yang berakhir dengan kematian di sebuah pusat hiburan, awal pagi Sabtu lepas.
Hutang jadi punca pertengkaran sekumpulan individu
Masalah hutang melibatkan urusan jual beli aksesori wanita dipercayai menjadi punca pertengkaran melibatkan sekumpulan individu di kawasan perumahan Taman Saujana dekat sini pada 16 Februari lalu.
Bergaduh: Enam pelajar sekolah dilepas tanpa dibebas
Enam pelajar sebuah sekolah menengah di Perlis dilepaskan tanpa dibebaskan atas pertuduhan bergaduh di kawasan sekolah pada tahun lalu.
Polis tahan tiga lelaki disyaki terlibat pergaduhan perlawanan bola sepak
Polis menahan tiga lelaki dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan perlawanan bola sepak antara kelab NAG FC dengan KESA FC di Kompleks Sukan Negeri Terengganu.
Liga TFL kecoh, pegawai pasukan dan pemain cedera dibelasah
Beberapa individu termasuk pegawai pasukan bola sepak cedera dalam pergaduhan yang berlaku ketika perlawanan Liga Bolasepak Terengganu (TFL) di Gong Badak.
Tiga beradik bebas tuduhan bunuh
Tiga beradik dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada Khamis daripada tuduhan membunuh seorang lelaki dalam satu pergaduhan di Machang, empat tahun lalu.
Lima ditahan bergaduh semasa main bola
Lima ditahan untuk siasatan kes pergaduhan ketika perlawanan bola sepak antara dua pasukan di Rawang pada Jumaat.
'Enam lelaki termasuk pemerhati politik ditahan terlibat pergaduhan'
Menurut sumber, ketika kejadian, pengadu dikatakan sedang makan di restoran berkenaan bersama dua rakan pada jam 4 pagi.